Archive for 2017

Alhamdulillah

Minggu ni memang dipenuhi dengan berita baik kot. Alhamdulillah. Berkat sabar walaupun kekadang ada gak rasa nak meroyan tu. Haha. 



Ni email acting big boss pd bos aku semalam. Finally, managed to switch to a new portfolio starting next week! Alhamdulillah. ☺️

Tapi yang dilemanya bila dapat text ni pulak memalam ni. 


Haha, dah dekat year end ni memacam hal la pulak eh?

Offer mmg best. Tempat kerja yg dekat dengan rumah tapiii tak tau environment macam mana. Huhu. 

Entah. Nantila fikir. 

Till then, hidup baik-baik. 

Assalamualaikum. 😊


Leave a comment

Hadam


Terjumpa pulak quotes ni masa jenjalan kat fb. 

Hmm, apesal ntah lately asyik terjumpa quotes yang ala-ala setepek kena kat diri sendiri ni. 😜

And this one really gave the answer to some of recent redundant question.  

Kah. Silalah hadam. 😜

Till then, have a great week!

Assalamualaikum. 😊

Leave a comment

Twist and turn

Tak tahulah nak cakap macam mana eh. This feeling keep haunting me like never end. Tak tahu nak twist supaya jadi positif macam mana dah. 


A very frustration feeling.
.
Working environment.
.
Team mate yang suka ambik kesempatan.
.
Bos yang bias.
.
πŸ˜‘


Now anyone can tell me, how can I erase this uneasy feeling inside?

Macam dah tak boleh nak fikir positif sangat bila asyik kena pijak je. πŸ˜‘

Moga ada jalan keluarnya nanti. Aaminn! 

Hmmph..

Till then, hidup baik-baik.

Assalamualaikum. 

Leave a comment

Change

Bila aku tanya orang yang sedang berura-ura untuk u-turn tu kenapa dia nak buat u turn, jawapannya adalah, "Mungkin doa seseorang telah dimakbulkan Allah."


Adakah doa sewaktu aku rasa nak hempuk dia dengan kerusi itu? Haha.


Apa pun, Alhamdulillah. I'm happy with the way you changed your lifestyle. 

Change to be a better muslim. Untuk diri sendiri dan untuk dapat keredhaan Allah. Bukan untuk dapatkan perhatian saya atau orang lain. Saya doakan moga awak istiqamah okay? πŸ˜™

Till then, hidup baik-baik. 

Assalamualaikum. 😘

Leave a comment

Misi mencari Leo 😜

Sembang dengan kakak senior office tadi dia tanya aku;

KS: Awak pergi Jogja eh hari tu? Berapa hari? Seminggu eh?

Me: (Angguk) Eh, takdelah sampai seminggu. 5 hari je.

KS: Apa yang best kat situ?

Me: Macam-macam kak. Cuma yang penting tempat ni tak sesuai kot untuk makcik-makcik yang suka shoppingπŸ™Š.

Haha

Dannnn, bila tengok balik gambar-gambar kat sana, memang betullah kata kawan-kawan aku, "Ni kalau kita pergi dengan family members kita hari tu (esp mak abah / husband diorang) harus tak lepas nak buat aktiviti ni semua."🀣


Kata sorang lagi kawan, "Ha, kalau anak nak buat aktiviti ni pun mungkin kitorang tak kasi."

Hahaha.

Kata aku: syukurlahhh aku ada peluang buat semua ni dengan diorang😜


Kalau ada rasa nak baca trip acah-acah adventure ni bolehla klik sini. Kakak ni sangat rajin buat blog entry ala-ala travelog untuk every trip. Aku memang dah tak berapa nak rajin. Kekangan masa plus M besar. Haha

So hopefully kalau ada yang berniat nak ke sana, itinerary yang tak seberapa tu bisa membantu. Hihi.

Till next post. Assalamualaikum.😘  

Leave a comment

Be good but don't be stupid

Assalamualaikum. 


Fuh, lama betul menyorok, kan?

So many things to be told tapi sebab ianya terlalu peribadi, tak bolehlah nak membebel kat sini. Huhu. 

Yeah, forgiving doesn't mean that we have to forget everything, right?

Dan aku harap, suis kewarasanku masih berfungsi dengan baik. 😌

Till then, hidup baik-baik. 😘

Leave a comment

Frustration

Assalamualaikum. 


Heyya. Sorry for my long hiatus. 

Been avoiding so much exposure on social media. Banyak sangat yang negatif daripada yang positif. Dengan satu isu yang meletus manusia jadi mudah menghukum sekarang ni. So sebelum aura negatif singgah, baiklah kita hindarkan. Betul tak?

Plus, a very frustation with my current working environment. Entahlah eh, memang betul agaknya dengan satu atau dua keburukan orang boleh lupa kebaikan yang kita pernah buat. Dan aku sangatlah tak gembira dengan working environment sekarang. Moga Allah terus beri kekuatan dan kesabaran nak berdepan dengan negative environment tu. 😞



Rasa macam nak lari. Rindu tempat ni. Moga ada rezeki nak ke sini lagi. 

Oh btw, happy belated birthday to you. Moga dilimpahkan kegembiraan dan dipermudahkan segala urusan. Aaminn. Jangan sedih bila Allah tak beri apa yang kita mahu. Mungkin masanya belum tiba. Atau mungkin Allah masih rindu nak dengar kita berdoa. (Applicable untuk diri sendiri juga sebenarnya. Uhuk!)

Till then, hidup baik-baikπŸ€’



Leave a comment

Definisi

Assalamualaikum


I know I'm supposed to update something about my post lasik experience. Tapi di sebabkan aku nampak komen someone kat facebook siang tadi, jadi terngiang-ngiang je ayat ni dari petang tadi. 

I hope someday, that person will read this πŸ˜™


I do pray for your happiness and hope the same silly mistakes won't happen again. 

Doa yang baik-baik moga yang baik-baik juga akan datang kepada kita. Insya-Allah. 😊

Till then, hidup baik-baik😘


Leave a comment

Rezeki

Assalamualaikum. 

Ada orang kata dikelilingi orang-orang dan kawan-kawan yang baik itu rezeki. Alhamdulillah. 

Ini cerita minggu lepas. Right after 1st vision follow up. Berpeluang bertentang mata dengan kawan yang dah lamaaaa tak jumpa. Haha

Lokasi : IOI Mall

Dia: Ha, jom naik dululah. Aku nak zohor jap.

Aku: (Nampak signboard Borders terus terniat nak masuk) Okey, sementara kau solat aku nak pergi kedai buku dulu ek?

Dia: Alah, kau beli buku bukannya kau baca. 
(Ouch! Dia ni memang boleh baca aku macam baca buku kot? Hahaha)

Aku: Tak dapat beli buku dapat bau buku baru pun cukuplah. 😁

Dia: Cuba kau buat v-log...(belum habis ayat dia aku dah potong)

Aku: Kau ingat aku C*c*? (Gelak)

Dia: (Gelak juga) Takdelah. Cuba kau buat v-log cerita pasal buku yang kau ada. Mana tau ada yang berkenan dengan buku tu. 

Aku: Memang takla kan.. Hahaha. 


Sorry pakcik. Gambar curi. Dan memang sengaja blur. Haha. 

Rapatnya aku dan dia ni memang dari dulu sampai orang ingat kami bercinta. Hakikatnya tidakkk. Dia cuma antara kawan lelaki yang paling rapat dengan aku. Tapi rapat cemana pun takdelah sampai tahap makan suap-suap. Ops! πŸ™ŠπŸ˜

Pakcik,
Thanks for your time. 
Thanks belanja makan. 
Thanks hantar pi airport. 
Thanks untuk semualah.
Haha. 

Till we meet again insya-Allah. 

Leave a comment

Adapting

Assalamualaikum. 


After a year of survey and research here and there, finally made my decision to undergone the surgery. Alhamdulillah.

Sangat suka dengan persekitaran klinik ni. Aura positif dari awal masuk klinik sampai dah siap procedure. 


Pengelihatan sekarang?

Alhamdulillah. Almost 90% clear vision. Cuma masih ada glaring and halo effect bila hadap komputer dan bila drive malam. And should be getting better day by day, insya-Allah.

Kena rajin titis eyedrop untuk elak mata kering. 

Kalau fikirkan takut memang sampai bila pun aku takkan buat agaknya surgery ni. Tapi aku berpegang dengan pendirian yang kita takkan tahu selagi kita tak cuba. Aku dah cuba dan Alhamdulillah aku berjaya laluinya. 

So with that, my first goal of 2017 achieved! ✔️



Leave a comment

2017

Started my new year with this; 



Dalam cuak pergi jugak menghadap big bos semalam. Hasilnya? Pheww😌

Alhamdulillah. 

Antara intipati masa jumpa big bos semalam:

- dia tanya apa target aku untuk masa akan datang sebab dia nak tau apa lagi yang aku nak belajar. Aku pun macam krik krik je nak jawab soalan bos tu. Haha. 

- dia takde halangan untuk application aku cuma mungkin kena discuss dengan current bos dan soon-to-be-boss untuk work hand over dan juga replacement tempat aku sekarang ni. 

Wehuu. Best juga sebenarnya sesekali dapat bersembang dengan bos besar ni walaupun awalnya rasa cuak dan teragak-agak nak jumpa. 

Haha. Typical me. Selalu takut pada unnecessary thing. πŸ˜‘

Anyway, my current bos tatau lagi pasal application aku ni. Petang tadi dah siap tanya aku mana appraisal form aku. Haha. Mana taknya, orang lain dah hantar kot. Aku je yang dok delay sampai dah dekat deadline ni. 

Bos suka kan buat kerja last minute? Maka mehla kita sesama buat kerja last minute lagi. For one last time, perhaps? 😜

Moga Allah permudahkan segala urusan sepanjang 2017 ni. Aaminn..

Assalamualaikum. 





Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.