Random note

Kata orang, dalam suatu perhubungan tu, cemburu tanda sayang. 

Tapi bagi aku, nak tunjuk sayang tak perlulah nak bagitau dia yang aku cemburu. 🙄

Cara aku tunjuk sayang (yang selalunya orang tak dapat nak baca) adalah dengan menghormati pasangan itu sebagaimana dia patut dihormati. Aku takkan buat perkara-perkara yang aku tak suka sekiranya the other party buat kat aku. Pening? Contohnya, kalau aku tak suka dia keluar atau bertepuk tampar dengan kawan berlainan jantina, I won't do that in the first place. Dengan kata mudahnya, kalau aku boleh jaga diri sebaiknya untuk seseorang yang patutnya berhak (suatu masa nanti), I hope the other party will do the same too. Fair lah kan?

Haha. Ini bukan hint atau apa, cuma tiba-tiba terfikir bila teringat satu soalan annoying daripada someone dulu. Dia tanya, berapa ramai lelaki pernah naik kereta aku? Heh. Ingat aku ni apa? 🙄

Sekali lagi aku nak highlight, benda atau hal yang normal bagi kita tak semestinya normal bagi orang lain. Kalau kita biasa buat tak semestinya orang lain biasa buat juga. So tak payahlah nak serkap jarang yang tidak-tidak tentang orang lain. Selagi boleh bersangka baik, bersangka baiklah..😌

Berbalik tentang cemburu tadi, tak semestinya cemburu tu tanda sayang. Adakala bila dah keterlaluan boleh jadi annoying. Lebih-lebih lagi untuk orang yang mudah rimas macam aku ni ha. Bersederhana itu lebih afdhal. 😆

Again, its only another random note. Untuk ingatan diri sendiri suatu masa nanti. Insya-Allah. 

Till then, live well and stay positive. Assalamualaikum. 







Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.