Alah bisa...

Assalamualaikum. 

Dulu, 4 tahun lepas masa mula-mula aku berpindah kerja aku selalu ditanya;

A: Kerja mana sekarang?
Me: Dah pindah kerja, kat Ulu Tiram. 
A: Uih, jauhnya? Berulang ke setiap hari?
Me: Ha'ah, berulang. 
A : Tak penat ke berulang-alik setiap hari?
Me : (senyum aje walaupun sebenarnya 😑. Hihi)

Sekarang ni;

(Perbualan dengan jiran depan rumah cum geng senamrobik aku)

B: Jom gi senam nak?
Me: Kak, saya available Sabtu pagi je. Sabtu petang ada kelas. Ahad kelas full day. 
B: Mak ai, tak penat ke? 😳
Me: 😁

Siapa kata tak penat? Hehe. Kalau tak penat, takdelah aku sampai collapse demam 3 tahun dulu? 😁

Tapi orang kata alah bisa tegal biasa kan? Sebelum ni kalau kelas full day Ahad mesti aku akan cuti Isnin. Sekarang ni takde makna. Gagahkan diri naik kerja juga hari Isnin. Alhamdulillah masih diberi keupayaan untuk menempuhinya dan semoga terus diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan. Aaminnn..💪


P/s : Salah satu cara untuk distract diri sendiri daripada memikirkan hal yang tak sepatutnya - sibukkan diri sendiri dengan perkara yang kita suka buat. Stay postive peeps! 😘

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.