Sibuk

Assalamualaikum. 

It's Friday! Hihi. Alhamdulillah. Dah masuk hari ke 12 Ramadan pun. Sekejap je dah separuh Ramadan kita lalui. Haish. 

Tiba-tiba teringat argument dengan someone beberapa hari lepas tentang sibuk. Haha. 

Bila aku kata aku sibuk dan mungkin tak boleh nak commit untuk jadi next commitee, dia kata;

"Sibuk atau tak sibuk tu atas kitalah. Masa tu patutnya kita boleh susun. Jangan suka nak jadikan 'sibuk' tu sebagai alasan...bla bla bla.."

Lebih kurang macam tu lah katanya. Cuma yang aku boleh tangkap intipati utamanya adalah, jangan suka gunakan alasan sibuk. Kita yang atur masa tu bukan masa yang atur kita. Terasa gile okeh. Dalam masa yang sama dia perli aku juga sebenarnya sebab barang kiriman aku yang dia belikan hampir 3 minggu lepas aku tak ambik lagi sampai hari ni. Haha.

Tu sebenarnya bukan sibuk tapi nak mengelak, tau? 😌

Sebenarnya betul apa yang dikata tu. Cuma dah memang perangai aku suka jadikan alasan sibuk bila nak mengelak sesuatu. 🙈


Sibuk, sibuk juga tapi hasrat nak travel masih menebal ni. Hihi. Rindu Bali! 

Mana nak pergi lepas ni ek?🤔

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.