Archive for January 2016

Lari?


Assalamualaikum. 

Adeh, sebenarnya hati manyak panas hari ni. Tengok gambar acah-acah sweet kat Rockworld hari Ahad hari tu pun tak mampu sejukkan hati yang panas nih. Hmmph!

Prinsip aku senang je, kerja tu amanah. So tanggungjawab sendirilah untuk jalankan amanah yg dah dipertanggungjawabkan. Bila dah bagi deadline haruslah aku kejar kan? Tak kiralah kau kawan baik aku ke apa ke, janji kerja aku siap. Sebab nanti yang nak kena menjawab dengan bos dan consultant tu aku. Jenuh tau tak? Haih..

Ni boleh pulak nak marah aku macammmlah aku ni dah takde kerja sangat nak menempel kat dia sebab nak tanya pasal task yang patutnya disiapkan tu. Ya, saya tau awak banyak kerja and so do I. Apa salahnya kita saling hormati kerja memasing tanpa persoalkan hal-hal lain?

Huwaaa, tetiba rindu ex-colleague. Orang kanan bos. Tapi masing-masing tau hormati kerja sendiri. Aku tak pernah sibuk interfere kerja dia dan dia pun sama. And bila ada kerja yang melibatkan kitorang berdua rasanya tak pernah masing-masing sentap lagi sebab tau itu hal kerja. Hmmph!

Memang makin jauhla aku lari nampaknya lepas ni. :)






Sent from my iPhone

1 Comment

Next!


Another goal for 2016. Ahem!

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk jadi budak sekolah semula. Haha. 

Pagi tadi baru attend 1st class (walaupun sebenarnya ini 3rd class utk subjek ni). Nak buat cemana, HR yang lambat register. Siap kena bebel lagi dengan administrator yg handle registration tu. Nasibla uncle handsome, ai tahan telinga jela. Hahaha. 

Jadi late comers ni buat aku teringat lak zaman register UTM dulu. Jadi student second intake yg buat aku ketinggalan 2 minggu punya kelas. Jenuh nak kejar. Huhu. Tak sangka kali ni pun sama. Uwaaa! Dahla dapat material pun tahun lepas punya. Kena tunggu next class atau update thru email la nampaknya.

Aish, apa pun aku harap semuanya dipermudahkan. Aamin! 

Lepas ni kita berkampung di Ulu Tiram 6 hari seminggulah, ya? Fighting! 

Happy weekend (untuk yang bercuti macam aku :P) and happy working (untuk orang yang mula bekerja esok :)).

Assalamualaikum!


Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.