Post GST

Assalamualaikum.

Macam mana rasanya berbelanja dengan 6% caj tambahan? Huhu.

Aku cuma ada pengalaman dicaj 1 sen sebab buat internet banking transaction beberapa hari lepas. Hihi. Jadilah, merasa gak kan? :P

Sebenarnya dalam waktu macam inilah kena pandai rancang perbelanjaan. Beli apa yang perlu saja. Barang yang bukan keperluan kita ketepikan dulu. Kita masih dalam fasa penyesuaian. Nak kata redha pun tak juga sebenarnya. Tapi, apa pilihan yang kita ada, kan? Hmm..

Petang tadi ada colleague ajak aku pergi tengok Fast 7. Waktu tayangannya sebelum maghrib. Haha. Mau lebur maghrib dalam panggung wayang. :P Ikutkan hati yang tengah marah ni nak aje aku pergi. Tapi, I am not nineteen. Be rational. Takkan disebabkan aku marah kat orang lain, aku nak korbankan pendirian aku sendiri, ye tak?

Jadi pakcik-pakcik yang dok sibuk ajak aku layan movie maghrib tadi memang selamat dah kena ceramah dengan aku. Hahaha. Nasib korangla. Selalu aku je yang kena buli, hari ni korang dengar aku bebel pulak. :P

Haih, entah macam mana nak buat dengan manusia yang insensitive ni eh?

Kadang-kadang aku fikir, layan kucing-kucing kat office tu lagi baik daripada layan manusia yang menyakitkan hati nih. Huh.


Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Post GST

  1. kucing kan comel beb..
    cakap ng kucing tak menyakitkan hati..berbanding cakap ng org..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpe. Tapi kucing-kucing ni bijak der. Datang dekat time wa bawak makanan jek. Selain tu diorang tau wa akan keroyok diorang. Hahahah. :P

      Delete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.