Archive for April 2015

16 tahun

1st Rejab 1420H - 1st Rejab 1436H.


It's been 16 years but we are still missing her so damn much. 

Rinduuuu sangat kat arwah mak tapi insya-Allah dia dah ada kat tempat yang lebih baik di sana. 

No one would understand me better than you did, mak. 

Al - Fatihah untuk arwah mak. Moga mak tenang di sana. 

Till then, selamat menyambut bulan Rejab. Dah habis ganti puasa? :)

Assalamualaikum. 

P/s: Happy 3xth birthday to my crush! May you have a blessed year ahead. ;)


Leave a comment

Post GST

Assalamualaikum.

Macam mana rasanya berbelanja dengan 6% caj tambahan? Huhu.

Aku cuma ada pengalaman dicaj 1 sen sebab buat internet banking transaction beberapa hari lepas. Hihi. Jadilah, merasa gak kan? :P

Sebenarnya dalam waktu macam inilah kena pandai rancang perbelanjaan. Beli apa yang perlu saja. Barang yang bukan keperluan kita ketepikan dulu. Kita masih dalam fasa penyesuaian. Nak kata redha pun tak juga sebenarnya. Tapi, apa pilihan yang kita ada, kan? Hmm..

Petang tadi ada colleague ajak aku pergi tengok Fast 7. Waktu tayangannya sebelum maghrib. Haha. Mau lebur maghrib dalam panggung wayang. :P Ikutkan hati yang tengah marah ni nak aje aku pergi. Tapi, I am not nineteen. Be rational. Takkan disebabkan aku marah kat orang lain, aku nak korbankan pendirian aku sendiri, ye tak?

Jadi pakcik-pakcik yang dok sibuk ajak aku layan movie maghrib tadi memang selamat dah kena ceramah dengan aku. Hahaha. Nasib korangla. Selalu aku je yang kena buli, hari ni korang dengar aku bebel pulak. :P

Haih, entah macam mana nak buat dengan manusia yang insensitive ni eh?

Kadang-kadang aku fikir, layan kucing-kucing kat office tu lagi baik daripada layan manusia yang menyakitkan hati nih. Huh.


2 Comments

1st April 2015

Assalamualaikum.

Huh, selamat menyambut 1 April.

Hari yang stress. Bukan sebab GST tapi sebab stress diminta tolong untuk buat kerja yang tak sepatutnya aku buat tapi kena buat atas arahan dan kapasiti seorang bos. Sigh.

Penat dengan perperangan mental dan psikologi tak habis bersambung dengan stress yang ni pulak. Ergh!

Bila terkena macam ni aku selalu fikir beruntungnya siapa dapat bos macam bos aku dulu. Suatu masa dulu la. Sekarang aku rasa cara pemikiran dia dah tak macam dulu. Aku suka cara dia hormat privacy staff dia especially bila staff cuti. Dia tak pernah kacau pun aku bila tau aku cuti even hal tu penting (except kalau dah terdesak sangatlah). Siap boleh tunggu aku naik kerja.

Haila Encik **, kenapa boleh berubah sampai macam tu sekali?

Bos sekarang ni? Huh, nak kena aku bagitau barulah faham. Benci. Faham-fahamlah, after working hours tu bukan masa untuk dia suka-suka kacau staff. Status bujang bukan bermakna aku takde komitmen okay?

Ha, kan dah terbebel kat sini? Ni luahan rasa orang yang kena buli dek bos. :(

Agaknya nak kena settle down baru dia tak kacau masa aku kot? :-|


Sent from my iPhone

Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.