Archive for 2015

2016 goals



This is one of my 2016 goals. Kononnyalah. 

Dengan kelas (yang bakal bermula bulan Januari - which means NEXT WEEK!) dan acara meronggeng yang lain, harap segalanya dipermudahkan untuk aku tahun depan. Insya-Allah. 

All the best untuk diri sendiri. *Sambil tepuk bahu sendiri* Haha. 

Untuk kamu yang membaca, moga dipermudahkan segala urusan juga untuk tahun depan. Aaminn!

Assalamualaikum! :)



Leave a comment

Dilema

Assalamualaikum. Salam Jumaat. 

Starting next year company akan implement 3 flexible working hours. Dilema der nak pilih antara 8.00 pagi atau 8.30 pagi. 


Kalau lambung dadu aci tak? :P

Happy weekend peeps! 

2 Comments

Sudah

Sebenarnya nak update pasal trip ni hari tu. Tapi En. Rajin tak munculkan diri sampai hari ni. Haha. 



Such an amazing experience, I would say walaupun.... (malas nak sambung)

Nantilah, ada masa dan kesempatan insya-Allah aku kongsikan pengalaman kat sana. 

Till then, live well everyone. 

Assalamualaikum. :)

Leave a comment

Kedua


Ni cerita minggu lepas sebenarnya. Huhu. Sembang dengan salah seorang kawan kat tingkap hijau. Cerita pasal novel yang dia baca tapi quite applicable dengan situasi semasa (kot?). Heh. 



Kata Johnny Depp: kalau muncul yang kedua selepas yang pertama, pilihlah yang kedua. 

Kata aku: kalau anda jadi orang kedua yang muncul selepas yang pertama tapi 'the other party' masih teragak-agak untuk lepaskan yang pertama, silalah back off untuk selamatkan hati sendiri daripada terluka parah. 

Sekian pesanan khidmat masyarakat untuk hari ini. Heh. 

Assalamualaikum. =)

Leave a comment

Maps

Assalamualaikum.

Lama sungguh aku abaikan blog ni rupanya. Ini yang orang kata, marahkan nyamuk kelambu dibakar kot? :P

Oh btw selamat menyambut Aidiladha dan selamat berkorban untuk yang buat ibadah korban tahun ni. Moga ibadah diberkati. Ameen!

Aku ni sebenarnya on laptop nak siapkan kerja, sampai termimpi gara-gara nak kejar deadline. Cis betul.  Tapi teringat conversation geng satu department yang sengal nih petang tadi. Haha.



Dulu aku fikir, bila aku pindah kerja aku kena bersiap sedialah berdepan dengan segala kerenah manusia yang unfamiliar buat aku selama ni. Bersiap sedia untuk berdepan dengan manusia penikam, hipokrit etc. Tapi rupanya, rezeki dapat kawan-kawan yang insya-Allah jarang menolak bila kita minta tolong. Alhamdulillah.

Motif?

Entah. Mungkin nak sedarkan diri sendiri kot?

No matter how people I care about keep ignoring me, I still got a bunch of awesome friends that will always stand with me whenever I needed them the most. Alhamdulillah.

http://www.picturequotes.com/never-let-anyone-be-your-priority-if-you-are-only-their-option-quote-3198

Terima kasih korang. :P

Till then, live well everyone. =)

P/s: Kenapa tajuk Maps? Sebab teringat Adam Levine. Hahah. Takdelah, sebenarnya teringat verse dalam lagu tu;

I was there for you in your darkest times
I was there for you in your darkest nights
But I wonder where were you?
When I was at my worst down on my knees..

2 Comments

:(

Today I am really UPSET.

Mungkin salah sendiri kot. Terlalu berharap orang akan tolong kita waktu kita susah dan memerlukan pertolongan.

Hakikatnya bila aku mintak tolong tu maknanya aku memang dah terdesak. Dan bila orang tak mau tolong waktu aku terdesak dan perlukan pertolongan, maknanya dia takkan jadi tempat aku mintak tolong lagi. Terdesak macam mana sekali pun, aku akan cuba sedaya upaya untuk selesaikan masalah sendiri.

Terima kasih sebab indirectly bagitau saya kat mana saya patut letakkan kedudukan saya.

Terima kasih banyak.

Dah, aku sangat penat. Nak cerita hal yang buat aku happy hujung minggu ni pun aku tak kuasa dah.

Mudah-mudahan aku masih lagi kuat untuk lalui hidup sendiri.

Assalamualaikum!


Sent from my iPad

2 Comments

Happy Abah's Day

Assalamualaikum.

Happy Sunday!

Ada kawan tanya aku tadi, apa yang buat aku sangat berjauh hati dengan that particular person?

Cuba bayangkan, bila suatu masa kita rasa nak menangis then kita cari orang yang kita rasa KONONNYA kita boleh lean on tapi dia tak mahu layan kita sebab dia sibuk. Apa rasanya? Ha, itulah antara perkara yang buat aku berjauh hati sampai sekarang.

Everything seem so different now. Or am I too sensitive?

Entah. Makin fikir makin sakit hati dan jauh hati. Jadi biarlah rasa jauh hati tu hilang atau biar 'perasaan' tu yang hilang terus. Biar kaku dan membeku macam biasa.

Dah, malas nak fikir...

Anyway, sempena hari bapa ni, aku nak wish selamat hari bapa untuk semua yang bergelar bapa especially untuk arwah abah (Al-Fatihah), abang-abang dan abang-abang ipar aku. Terima kasih kerana hadir sebagai figura lelaki dalam hidup aku. May Allah bless you. :)

Everytime aku tengok video ni aku selalu terfikir betapa beruntungnya aku ada adik-beradik lelaki yang boleh gantikan figura seorang ayah dalam hidup aku. Alhamdulillah. :)

And now, as long as I can, I'm holding on with both hands,
'Cause forever I believe that there's nothing I could need but you,
So if I haven't yet,
I've gotta let you know...  
You're never gonna be alone
From this moment on, if you ever feel like letting go,
I won't let you fall.
When all hope is gone, I know that you can carry on.
We're gonna see the world out,
I'll hold you 'til the hurt is gone.




Till then, selamat meneruskan puasa =)

Leave a comment

Ramadhan is here! Alhamdulillah, bertemu kita sekali lagi dengan bulan penuh berkat ni. :)

Aku suka. Sebab masa sangat terisi dengan banyak rutin lain. So tak ada masa nak fikir hal-hal yang tak sepatutnya. Hihi.

Moga Ramadhan kali ni memberi manfaat dan keberkatan buat kita semua. Ameen.

Till then, have a blessed Ramadhan everyone!

Assalamualaikum. :)



Sent from my iPhone

Leave a comment

Tak Sengaja?


Tak sengaja try eh? HAHAHA

Happy weekend!

Assalamualaikum. =)

Sent from my iPhone

2 Comments

Forgiven, not forgotten.

The magical word; FORGIVE.

For me; it will never be forgotten. :)

Happy weekend peeps.

Assalamualaikum.

Leave a comment

16 tahun

1st Rejab 1420H - 1st Rejab 1436H.


It's been 16 years but we are still missing her so damn much. 

Rinduuuu sangat kat arwah mak tapi insya-Allah dia dah ada kat tempat yang lebih baik di sana. 

No one would understand me better than you did, mak. 

Al - Fatihah untuk arwah mak. Moga mak tenang di sana. 

Till then, selamat menyambut bulan Rejab. Dah habis ganti puasa? :)

Assalamualaikum. 

P/s: Happy 3xth birthday to my crush! May you have a blessed year ahead. ;)


Leave a comment

Post GST

Assalamualaikum.

Macam mana rasanya berbelanja dengan 6% caj tambahan? Huhu.

Aku cuma ada pengalaman dicaj 1 sen sebab buat internet banking transaction beberapa hari lepas. Hihi. Jadilah, merasa gak kan? :P

Sebenarnya dalam waktu macam inilah kena pandai rancang perbelanjaan. Beli apa yang perlu saja. Barang yang bukan keperluan kita ketepikan dulu. Kita masih dalam fasa penyesuaian. Nak kata redha pun tak juga sebenarnya. Tapi, apa pilihan yang kita ada, kan? Hmm..

Petang tadi ada colleague ajak aku pergi tengok Fast 7. Waktu tayangannya sebelum maghrib. Haha. Mau lebur maghrib dalam panggung wayang. :P Ikutkan hati yang tengah marah ni nak aje aku pergi. Tapi, I am not nineteen. Be rational. Takkan disebabkan aku marah kat orang lain, aku nak korbankan pendirian aku sendiri, ye tak?

Jadi pakcik-pakcik yang dok sibuk ajak aku layan movie maghrib tadi memang selamat dah kena ceramah dengan aku. Hahaha. Nasib korangla. Selalu aku je yang kena buli, hari ni korang dengar aku bebel pulak. :P

Haih, entah macam mana nak buat dengan manusia yang insensitive ni eh?

Kadang-kadang aku fikir, layan kucing-kucing kat office tu lagi baik daripada layan manusia yang menyakitkan hati nih. Huh.


2 Comments

1st April 2015

Assalamualaikum.

Huh, selamat menyambut 1 April.

Hari yang stress. Bukan sebab GST tapi sebab stress diminta tolong untuk buat kerja yang tak sepatutnya aku buat tapi kena buat atas arahan dan kapasiti seorang bos. Sigh.

Penat dengan perperangan mental dan psikologi tak habis bersambung dengan stress yang ni pulak. Ergh!

Bila terkena macam ni aku selalu fikir beruntungnya siapa dapat bos macam bos aku dulu. Suatu masa dulu la. Sekarang aku rasa cara pemikiran dia dah tak macam dulu. Aku suka cara dia hormat privacy staff dia especially bila staff cuti. Dia tak pernah kacau pun aku bila tau aku cuti even hal tu penting (except kalau dah terdesak sangatlah). Siap boleh tunggu aku naik kerja.

Haila Encik **, kenapa boleh berubah sampai macam tu sekali?

Bos sekarang ni? Huh, nak kena aku bagitau barulah faham. Benci. Faham-fahamlah, after working hours tu bukan masa untuk dia suka-suka kacau staff. Status bujang bukan bermakna aku takde komitmen okay?

Ha, kan dah terbebel kat sini? Ni luahan rasa orang yang kena buli dek bos. :(

Agaknya nak kena settle down baru dia tak kacau masa aku kot? :-|


Sent from my iPhone

Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.