Memimpin atau dipimpin?

Assalamualaikum.

Memang tak dinafikan, rasanya semua orang impikan segala yang terbaik dan sempurna dalam hidup, kan? Tak ada orang yang suka bila terpaksa berdepan dengan perkara atau pilihan yang kita tak suka.

Tapi, kena ingat. Allah Maha Mengetahui. Segala apa yang berlaku pada kita pasti bersebab.

Aku tiba-tiba teringatkan salah satu isu yang aku pernah sembang dengan Makmor dulu lepas aku bersembang dengan TTM petang tadi. Haih..

Antara memimpin dan dipimpin, mana satu yang akan aku pilih? Jawapan aku masa tu pastinya aku memilih untuk dipimpin. Sebab? Normallah, sebagai perempuan kita mesti nak seseorang yang boleh pimpin kita ke jalan yang lurus, kan? Tapi kata Makmor, macam mana kalau tiba-tiba yang datang tu mintak aku yang pimpin?

And now I'm realized betapa relevannya soalan itu. Hmmph!

Bagi aku, antara dipimpin dan memimpin, pastinya tugas memimpin ini lebih mencabar. Tapi dalam masa yang sama si tukang pimpin kena selalu alert untuk upgrade dan perbaiki diri sendiri supaya yang kena pimpin takkan tersasar daripada jalan sebenar.

So? Sanggupkah? Moving forward or reverse backwards?

*jerit dalam hati*

Moga Allah tunjukkan jalannya. Ameen!

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to Memimpin atau dipimpin?

  1. bukan senang nak cari pemimpin..dan tak semestinya orang yang dipimpin itu senang untuk dipimpin.
    tolak tambah penambah rasa kekadang perlu ada..
    cuma ada masa kena lihat semula kita dipimpin atau pemimpin

    *fikir2kan dan selamat beramal

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.