Archive for November 2014

Pain inside

Assalamualaikum.

Pernah tak rasa sakit sangat-sangat tapi rasa sakit tu tak boleh diluahkan dengan kata-kata?
 

Rasa macam nak marah orang but I guess, rasa marah tu patut dilampiaskan pada diri sendiri sebab sendiri yang cari fasal. Kalau dari awal aku letak forbidden sign, rasanya aku takkan sakit macam ni. Fuh~

Then I came accross this one;

:(

Dear you,

I was touched by the kind words (walaupun saya tau kata-kata tu bukan untuk saya).
Terima kasih untuk segala perkongsian (walaupun kita tak saling mengenali) selama ini
Moga Allah balas segala kebaikan itu.
Moga Allah permudahkan hijrah itu.
Moga Allah permudahkan segala niat baik itu.
Ameen Ya Rabb...

Leave a comment

If only I could turn back time

Assalamualaikum. 

Gara-gara terskodeng instagram Sam semalam, hari ni gigih aku pergi cari kaset ni kat stor. Haha. Cuma takde cassette player je nak test pasang. Tiba-tiba rasa nak jadi budak form 5 balik. :P


Haih, kan seronok kalau jadi budak sekolah? Tak perlu nak fikir hal-hal orang dewasa yang makin rumit sekarang ni? Haih lagi...

Itulah, orang-orang tua dah pesan. Kalau dah tau tak pandai berenang kenapa nak juga berumah di tepi pantai? La ni kena lambung ombak sikit dah mula goyang. Belum lagi kena tsunami. Nauzubillah. 

Agak-agak sempat lagi tak kalau nak pindah rumah? :P

Moga Allah tunjuk jalan terbaik. Ameen! :)

Have a great weekend peeps!

Leave a comment

XPDC Taman Negara Endau Rompin - Kg Peta

Assalamualaikum.

Fuh, dah lepas seminggu keluar hutan baru ada kesempatan nak menjenguk blog. Almaklum, keluar hutan je terus kena hambat kesibukan. Pegawai *R* bakal datang buat lawatan sekali lagi esok. Yay (Heh).

To be honest,  aku ikut trip ni sebab terpedaya dengan janji manis kena paksa dengan Chairman kelab sukan. Haha. Tapi Alhamdulillah, rupanya takdelah teruk sangat. I had so much fun walaupun penat macam nak pengsan lepas treking. Fuh. Seronok walaupun penat. :) Ni antara gambar-gambar sepanjang ekspedisi

Jumaat 14/11/2014


Kami bertolak dari office dalam jam 2.45 petang. Sampai ke pejabat Taman Negara Kahang dalam jam 4.30 then masing-masing sibuk membeli kasut treking dan stokin pacat sebagai persediaan untuk treking hari Sabtu. Kemudian terus bergerak ke Taman Negara menaiki 4WD dan juga trak JPAM. Heh. Cabaran woh, nak sampai tu. Kena melalui jalan estet yang bertanah merah dan juga jalan berliku. Fuh. Alhamdulillah, kami selamat tiba di Kg Peta sebelum maghrib. 


Tepat jam 8.00 malam kami berkumpul di kafetaria untuk makan malam sebelum meneruskan aktiviti yang dirancangkan pada malam tu. Ada aktiviti ice breaking, briefing keselamatan dan juga briefing tentang hidupan liar oleh internal NGO. :) Aktiviti terakhir kami malam tu adalah aktiviti night walk. Depa bawa kami pusing dalam kawasan hutan / belukar sekitar kawasan penginapan. Lepas tu balik chalet, tidur! :P

 Sabtu 15/11/2014:

Aktiviti pagi selepas sarapan; senamrobik / light zumba. Untuk warming up katanya. Siap bersenam, ada taklimat ringkas daripada chairman sebelum kami bergerak terus ke jeti Pacau untuk ke Kuala Jasin.


Perjalanan ke Kuala Jasin ambik masa sekitar 40-45 minit. Kami dihidangkan dengan pemandangan yang menyenangkan sepanjang perjalanan. Phew. Priceless. Walaupun bekerja dalam kawasan hutan estet yang membolehkan aku tengok pokok dan tumbuhan hijau setiap hari, masih tak dapat menandingi kehijauan alam semulajadi hutan ni. :)



Sampai ke check point Kuala Jasin, kami diberi lunch pack dan diberi taklimat sekali lagi sebelum memulakan treking ke Kuala Marong.


Kena merentasi dua sungai sebelum sampai ke Kuala Marong. Sempatlah dengar jerit pekik peserta yang jumpa pacat kat kasut / stokin masing-masing. :P Lucky me cuma seekor pacat sempat naik masa aku dah naik bot nak balik. Ngeh~


Sampai ke Kuala Marong kami berehat sekejap. Ambik nafas. Sambil bergaduh dengan pacat. Haha. Dan aktivti wajib, group photo. Then kami teruskan perjalanan ke air terjun Upeh Guling.


Subhanallah. Cantik kan? Kawasan ni memang bukan untuk mandi manda ye anak-anak? Sebab kawasannya berbatu dan juga dalam airnya.


Oleh kerana tak dibenarkan mandi di air terjun Upeh Guling, kami di bawa ke Tasik Air Biru untuk makan tengahari dan mandi manda. Itu kalau nak mandilah. Aku? Memang tak laaa... :P


Lepas siap makan dan mandi manda perjalanan pulang ke Kuala Jasin diteruskan. Memang adventure sebab kena meredah hujan waktu balik ni. Alhamdulillah, lebih kurang jam 4.00 petang kami tiba di Jeti Pacau + kembali ke chalet. Penat, penat dan penat. Haha. 



Sambung lagi aktiviti sebelah malam. Ada sedikit briefing tentang wildlife dan juga aktiviti menempa animal print. Ada 3 jenis tapak haiwan yang boleh ditempa kalau nak jadikan ole-ole. :)


Final activity malam tu, kami diberikan satu task untuk cari bahan-bahan semulajadi di sekeliling kami untuk dijadikan arca berdasarkan kreativiti berkumpulan. Hasilnya, kumpulan kami dapat tempat kedua. Alhamdulillah. :)

Ahad 16/11/2014:


Balik. Yay! Siap bersarapan kami bergambar beramai-ramai buat kali terakhir sebelum bergerak ke Kahang. Suka kebanyakan gambar hari terakhir ni lebih-lebih lagi gambar 4WD yang lalu kat estet company tu. Hihi. Kami selamat kembali ke office lebih kurang jam 2.00 petang. Yay.

Kesimpulannya? Seronok walaupun penat. Sesekali ke tempat begini dan lari dari kesibukan kota memang berbaloi. Alhamdulillah. Terima kasih ya 'tukang paksa'? Kadangkala kita tak sangka yang kita mampu tempuhi cabaran sehingga kita sendiri lalui / tempuhinya sendiri, kan?  So, jangan sesekali underestimate kebolehan diri sendiri :)

Lepas ni entah ke mana pula destinasinya. Ehem...

4 Comments

Ada ke patut?

Ni nak kena bangga atau nak kena menyorok bawah katil? Hahaha. Ngeng betoi!


Kalau rasa teringin nak makan mi hailam macam ini orang, silalah google my resipi ya? Haha. 

Selamat memasak! :P

Assalamualaikum. 

Leave a comment

Alhamdulillah syukur!

Alhamdulillah syukur!

Betullah, DIA takkan hampakan hamba-hambaNYA selagi kita tak melupakanNYA. Yang penting kita jangan lupa berdoa. Doa dan terus meminta petunjuk dariNYA. :)

Akhirnya setelah sekian lama menanti jawapan kepada persoalan itu, petunjuknya muncul juga semalam. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Since then, I know what I should do now. Moga Allah sentiasa jauhkan diriku dan ahli keluargaku dari fitnah dunia. Ameen! :)

Oh, tahniah juga buat pasukan yang menang Piala Malaysia malam tadi. As for me and my friends at the office, we have our own reason why we were happy when our team lost to the opponent. Hahaha.

Lagipun, kalah atau menang tu kan adat bertanding? Tak perlu nak emosional dengan kekalahan. Setiap apa yang berlaku tetap ada hikmahnya, kan?

Happy weekend / working peeps!

Selamat berpuasa Hari Tasu'a buat yang berpuasa.

Assalamualaikum! =)


Sent from my iPad

Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.