Lihat dan rasa

Assalamualaikum.

Selamat hari Jumaat.

Tiba-tiba teringat satu status facebook yang aku baca sebelum ni. Bunyinya lebih kurang macam ni; amal ibadah yang kita buat tu sepatutnya untuk dapatkan keredhaan Allah, bukannya untuk dapatkan pujian manusia.

Bila dah niat nak dapat pujian manusia tu dah jadi riak pulak kan? Nauzubillah..

Bukan apa, aku nak relate kan status tu dengan situasi sekarang. Aku penat. Penat nak layan orang sentap dan penat nak jaga hati orang walaupun hati sendiri hancur lebur kekadang. Sobs. Ceh, drama sudah.

Bukan nak menidakkan penekanan hubungan baik sesama manusia tu. Tapi rasanya dah kena mula berpada kot. Sebab kadangkala niat baik pun orang boleh salah tafsir. Jadi, sendiri mau ingatlah kan? :'(

Takpelah, hidup kita bukan lama mana pun kan? So, cherish it while you can. Tapi jangan sampai lupa tujuan asal kita dijadikan di dunia ni. Janji redha Allah yang kita cari, bukannya pujian manusia. Kan? :)

Have a great weekend peeps!

P/s: Dear you, thanks for the kind words. Moga terus berkongsi kebaikan untuk semua yang mampu melihat dan 'merasa'. ;)


Sent from my iPhone

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.