Archive for October 2014

Mana Mungkin???

Sembang sengal sebelum solat Jumaat;

Him : Pernah dengar lagu Selimut Tetangga tak?

Me: Hah? Dah tak cukup selimut ke kat rumah sendiri sampai nak pinjam selimut jiran tetangga? Hahaha.

Him: Dengarlah dulu lagunya. Tak pun awak cari youtubenya. Bla bla bla (sambil dia cerita jalan cerita video klip lagu ni).

So aku dengan penuh bersemangat inkuiri capai ipad, cari lagu ni kat youtube.  Dan inilah lagunya. Haha



Dan, hasil sembang-sembang sengal tu aku dapat simpulkan bahawa judgement lelaki terhadap isu batas hubungan antara lelaki-perempuan memang bias. Sekian, terima kasih. :P

Happy weekend peeps! Assalamualaikum. :)

Leave a comment

Lihat dan rasa

Assalamualaikum.

Selamat hari Jumaat.

Tiba-tiba teringat satu status facebook yang aku baca sebelum ni. Bunyinya lebih kurang macam ni; amal ibadah yang kita buat tu sepatutnya untuk dapatkan keredhaan Allah, bukannya untuk dapatkan pujian manusia.

Bila dah niat nak dapat pujian manusia tu dah jadi riak pulak kan? Nauzubillah..

Bukan apa, aku nak relate kan status tu dengan situasi sekarang. Aku penat. Penat nak layan orang sentap dan penat nak jaga hati orang walaupun hati sendiri hancur lebur kekadang. Sobs. Ceh, drama sudah.

Bukan nak menidakkan penekanan hubungan baik sesama manusia tu. Tapi rasanya dah kena mula berpada kot. Sebab kadangkala niat baik pun orang boleh salah tafsir. Jadi, sendiri mau ingatlah kan? :'(

Takpelah, hidup kita bukan lama mana pun kan? So, cherish it while you can. Tapi jangan sampai lupa tujuan asal kita dijadikan di dunia ni. Janji redha Allah yang kita cari, bukannya pujian manusia. Kan? :)

Have a great weekend peeps!

P/s: Dear you, thanks for the kind words. Moga terus berkongsi kebaikan untuk semua yang mampu melihat dan 'merasa'. ;)


Sent from my iPhone

Leave a comment

Kurang kerja. :P

Assalamualaikum.

Di kala orang tengah sibuk nak beraya ni tetiba ada orang terkurang kerja pergi skodeng kawasan ni. Hahah.


I wonder, bila masa agaknya kereta peronda tu lalu eh? Sebab nampak  kawasan tu meriah cuma kereta tak banyak park kat tepi jalan tu. Hmm..

Apa pun, terima kasih kat manusia yang kurang kerja tu. Sekurang-kurangnya bila homesick waktu outstation dapat juga tengok bumbung rumah. Hahah. :P


2 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.