Awal minggu yang epik

Assalamualaikum.


Epikla sangat. Pepagi tadi otak dah fikir macam-macam. Nak settlekan kerja sebab minggu ni akan jadi super busy dengan *R* audit. Lepas tu cek sim pack hotlink yg baru beli minggu lepas sebab balik ni dah plan nak singgah Maxis. Sim card tak boleh activate! Ciss, nasibla dokek yo dongan ghumah den. So, dah siap packing semua masuk kereta terus gerak pi office. 

Sampai office, nak letak beg baru perasan handphone tertinggal. Great! Dahla tab aku dah siap tinggalkan juga. Tapi kalau bawa tab tapi tak boleh guna, tak guna juga kan? Jadi, pasrah jela jadi makhluk dalam gua hari ni. Hahaha. 

Balik, singgah ambik phone then terus pergi Maxis. Alhamdulillah, weekdays depa tutup pukul 7. Kalau tak jenuh nak kena tunggu hari Jumaat / Sabtu. Tengah tunggu giliran, aku on data sekali message + email masuk bertalu-talu daa.. Haha. 


Tu dia, Whatsapp sampai 248 notifications. Dah macam orang berniaga pulak. Haha. Ada orang tu siap fikir aku busy gila sampai tak sempat reply message dia. Padahal aku duduk dalam gua hari ni. 

Tapi, setelah DUA kali tertinggal handphone, aku rasa takdelah teruk sangat pun. Hidup pun amannn je rasa. Kerja pun banyak dapat aku siapkan hari ni. Thihihi. Cuma, kalau ada emergency  memang payahlah sikitlah kot kan?

Sesekali hidup gaya primitif (ayat nak exaggerate. Haha) pun best juga sebenarnya kannn? :P

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Awal minggu yang epik

  1. Err. nak tanya do u still have RADHA punya softcopy? I've been looking for ages yang softcopy sebab publish punya dah diedit,

    Know that its quite random but Im really hoping that u still have it though it has been ages since your entry pasal you read RADHA tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there.

      I'm afraid you've came to the wrong place. Saya tak pernah ada soft copy RADHA. Apa yang saya mentioned in my previous entries adalah, saya baca versi buku, bukan versi web. Sorry.

      Delete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.