Archive for September 2014

Awal minggu yang epik

Assalamualaikum.


Epikla sangat. Pepagi tadi otak dah fikir macam-macam. Nak settlekan kerja sebab minggu ni akan jadi super busy dengan *R* audit. Lepas tu cek sim pack hotlink yg baru beli minggu lepas sebab balik ni dah plan nak singgah Maxis. Sim card tak boleh activate! Ciss, nasibla dokek yo dongan ghumah den. So, dah siap packing semua masuk kereta terus gerak pi office. 

Sampai office, nak letak beg baru perasan handphone tertinggal. Great! Dahla tab aku dah siap tinggalkan juga. Tapi kalau bawa tab tapi tak boleh guna, tak guna juga kan? Jadi, pasrah jela jadi makhluk dalam gua hari ni. Hahaha. 

Balik, singgah ambik phone then terus pergi Maxis. Alhamdulillah, weekdays depa tutup pukul 7. Kalau tak jenuh nak kena tunggu hari Jumaat / Sabtu. Tengah tunggu giliran, aku on data sekali message + email masuk bertalu-talu daa.. Haha. 


Tu dia, Whatsapp sampai 248 notifications. Dah macam orang berniaga pulak. Haha. Ada orang tu siap fikir aku busy gila sampai tak sempat reply message dia. Padahal aku duduk dalam gua hari ni. 

Tapi, setelah DUA kali tertinggal handphone, aku rasa takdelah teruk sangat pun. Hidup pun amannn je rasa. Kerja pun banyak dapat aku siapkan hari ni. Thihihi. Cuma, kalau ada emergency  memang payahlah sikitlah kot kan?

Sesekali hidup gaya primitif (ayat nak exaggerate. Haha) pun best juga sebenarnya kannn? :P

2 Comments

Friday working days


Working on Friday for 3 weeks in a row this month. Sigh. 

Dah lama tak rasa nikmat bermalas-malasan di hari Jumaat. Kononnyalah. :P

Selamat bekerja buat yang bekerja macam aku dan selamat bercuti buat yang  bercuti. Sobs. 

Assalamualaikum semua! :)


Leave a comment

Dear you,


No matter how hard your life turns to be, just stay strong. Allah takkan membebankan kita dengan dugaan yang kita tak mampu nak tanggung.

Redhalah. Yang pergi tetap akan pergi. Allah lebih menyayangi mereka dan insya-Allah mereka telah berada di tempat yang lebih baik. Hanya doa anak yang soleh dan solehah jadi bekalan buat mereka. 

May their soul rest in peace. 
May Allah ease the burden. 
May Allah bless you and your family. 
Ameen! 

Al-Fatihah...

P/s : I miss my mom. :'( Al-Fatihah. 

2 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.