Archive for August 2014

34

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, diberikan kesempatan menghirup udara untuk sehari lagi.

Bangun pagi je tengok meriah dengan mesej ucapan. Ini antaranya :-







Tapi yang paling aku suka mesej yang ni. Haha

Sebab dia wish birthday ai yang ke 24 tahun. Awwh, so sweet of you. Nanti wa belanja pizza home made okeh. Insya-Allah. Tapi bukan minggu ni haa, sebab minggu ni wa busy memenuhkan perut. Hahaha.

Siang tadi ada orang tanya aku;

Dia: Dah masuk 34 tapi rupa tak macam umur 34, apa rahsia ni? Cuba kongsi sikit.

Me: (Kembang kejap. Haha) Mana ada rahsia apa-apa. Bla bla bla... (and the rest is history)

Anyway, terima kasih atas segala ucapannnya. Thanks for all your kind and thoughtful wishes. Moga segala doa yang baik itu diperkenankan buat kalian jua. Ameen! :)

Nothing much, aku cuma harap untuk top up mana-mana kekurangan untuk persediaan ke 'sana'. Hanya mahu jadi lebih baik dari hari semalam dan kelmarin. :) Jodoh? Kalau Allah dah tetapkan sekian-sekian masa, maka usah dipertikaikan usaha hambanya ke arah itu. Got it? ;) 

Till then, live well everyone! :)



Leave a comment

Tewas jua akhirnya

Due to my restless week, inilah hasilnya. Haish. 


Alhamdulillah. Tu la, masa sihat tak mahu beringat kan? Dah sakit baru tau nak hargai nikmat sihat tu :)

Doktor comel tu siap tanya macam ni bila aku bagitau dia yang aku sakit tekak, "Weekend lepas ni mesti banyak open house kan? Dengan minum ais lagi, manalah tak sakit tekak?" Ahahah. Aku gelak jela. Takkan aku nak cerita kat dia yang aku kena buli dek bos sepanjang minggu? :P

Gilo, dengan deadline paras hidung boleh sempat pergi conference 2 hari kat KL. (Oh, sempat jejak kasih dengan Cik Famia kita yang sibuk ber 'open house' di KLCC. Macam kagum kejap bila ada orang panggil nama aku kat KL nun. Haha. :P). Balik conference sambung mengejar dan dikejar consultant sampai Jumaat. Mujurlah partner belum start maternity leave. Kalau tak memang aku semput. Phew...

Maybe it's time to update CV, kot? ;)

Minggu ni sambung lagi kesibukan sampai hari Ahad. Haish. Insya-Allah kalau aku rajin aku update tentang apa yang disibukkan minggu ni. :)

Till then, take care. May Allah bless. :)

Assalamualaikum. 

2 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.