Archive for July 2014

Last day :'(

Assalamualaikum. 


Pantas sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar malam ni adalah malam terakhir Ramadan untuk tahun ni. Sobs. Alhamdulillah, sempat juga merasai nikmat terawih di malam terakhir ni. Sayu hati lebih-lebih lagi bila imam berdoa panjang lepas Isya' tadi. Macam-macam peristiwa juga berlaku sepanjang Ramadan kali ni.  Moga Allah kurniakan kekuatan dan ketabahan buat mereka yang diuji sepanjang Ramadan ni. :)

Rasanya ramai yang dah balik beraya ni kan? Bagi yang masih dalam perjalanan, moga selamat dalam perjalanan dan tiba ke destinasi yang dituju. Bagi yang sudah tiba di kampung halaman, selamat bercuti. 

Macam tahun-tahun yang sudah, tak lengkap rasanya kalau tak wish Selamat Hari Raya. Ampun dan maaf atas segala kekhilafan sama ada disedari atau pun tak. Manalah tau kan, seronok sangat menaip dan meluah rasa sampai tak sedar ada yang terguris. Untuk itu, maafkan saya. Saya hanyalah manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan. :)

Doakan keselamatan dan kesejahteraan saudara-saudara kita yang ditimpa musibah dan juga yang terkorban sepanjang Ramadan ni. Moga mereka dirahmati Allah. Dan semoga Allah terima segala amalan kita sepanjang Ramadan ni. Ameen ya rabbal'alameen. :)

Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.