Another Random

Scene 1:

A: Jom, minum kat mamak malam ni. Boleh kita bincang pasal kerja yang pending hari tu waktu minum nanti.

B: Malas. Kalau insist juga, appointment kita hari Jumaat cancel. *evil grin*

A: Okaylah. Hari Jumaatlahhh kita jumpa.

B: Hahaha. Okay. Roger.

Scene 2:

A: Jom, teman saya pergi Jakel. Nak cari baju raya. Bolehla kita cari baju sedondon raya ni.

B: (what the....) Malaslah. Lagipun raya lambat lagi.

A: Ala, jomlah. Tahun lepas tema warna apa? Nanti kang sama pulak warna macam tahun lepas.

B: Ish, kalau sama pun tak kisah kot sebab tahun lepas saya pakai uniform batik tu je buat pakai raya. (masa taip mesej ni aku gelak guling-guling dah)

A: Eeeee, dia ni....

Scene 3:

A: Jom lunch.

B : Tak nak.

A: Kenapa tak nak?

B: Nak kena bagi sebab ke?

A: Yelah, semua yang jadi kenalah ada sebabnya.

B: Okaylah, saya malas. (Dengan riak tak bersalah)

A: .........

(After a few arguments)

A: Yelah, orang dah tak sudi nak buat macam mana kan? Takpelah, terpaksalah cari aweks kat department lain.

B: Okay, silakan.

A: Ish, langsung tak jealous? Geramnyaaa...

Hahaha....

*Sigh. Kadang-kadang rasa macam budak-budak pun ada.

The truth is, kalau nak jadi kawan aku memang tak kisah. Tapi bila mula melangkau batas yang sepatutnya aku memang kena buat macam ni.

Kadang-kadang aku rasa macam nak gegar mamat ni kot-kotlah dia lupa kewujudan anak bini kat rumah tu. Lelaki! Sigh...

Errr...Mujurlah kebekuan perasaanku buat aku immune dengan godaan macam ni. Kalis selagi boleh! Hahahaha. Kbai. Assalamualaikum!


Sent from my iPhone

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.