Archive for 2014

Memimpin atau dipimpin?

Assalamualaikum.

Memang tak dinafikan, rasanya semua orang impikan segala yang terbaik dan sempurna dalam hidup, kan? Tak ada orang yang suka bila terpaksa berdepan dengan perkara atau pilihan yang kita tak suka.

Tapi, kena ingat. Allah Maha Mengetahui. Segala apa yang berlaku pada kita pasti bersebab.

Aku tiba-tiba teringatkan salah satu isu yang aku pernah sembang dengan Makmor dulu lepas aku bersembang dengan TTM petang tadi. Haih..

Antara memimpin dan dipimpin, mana satu yang akan aku pilih? Jawapan aku masa tu pastinya aku memilih untuk dipimpin. Sebab? Normallah, sebagai perempuan kita mesti nak seseorang yang boleh pimpin kita ke jalan yang lurus, kan? Tapi kata Makmor, macam mana kalau tiba-tiba yang datang tu mintak aku yang pimpin?

And now I'm realized betapa relevannya soalan itu. Hmmph!

Bagi aku, antara dipimpin dan memimpin, pastinya tugas memimpin ini lebih mencabar. Tapi dalam masa yang sama si tukang pimpin kena selalu alert untuk upgrade dan perbaiki diri sendiri supaya yang kena pimpin takkan tersasar daripada jalan sebenar.

So? Sanggupkah? Moving forward or reverse backwards?

*jerit dalam hati*

Moga Allah tunjukkan jalannya. Ameen!

1 Comment

Pain inside

Assalamualaikum.

Pernah tak rasa sakit sangat-sangat tapi rasa sakit tu tak boleh diluahkan dengan kata-kata?
 

Rasa macam nak marah orang but I guess, rasa marah tu patut dilampiaskan pada diri sendiri sebab sendiri yang cari fasal. Kalau dari awal aku letak forbidden sign, rasanya aku takkan sakit macam ni. Fuh~

Then I came accross this one;

:(

Dear you,

I was touched by the kind words (walaupun saya tau kata-kata tu bukan untuk saya).
Terima kasih untuk segala perkongsian (walaupun kita tak saling mengenali) selama ini
Moga Allah balas segala kebaikan itu.
Moga Allah permudahkan hijrah itu.
Moga Allah permudahkan segala niat baik itu.
Ameen Ya Rabb...

Leave a comment

If only I could turn back time

Assalamualaikum. 

Gara-gara terskodeng instagram Sam semalam, hari ni gigih aku pergi cari kaset ni kat stor. Haha. Cuma takde cassette player je nak test pasang. Tiba-tiba rasa nak jadi budak form 5 balik. :P


Haih, kan seronok kalau jadi budak sekolah? Tak perlu nak fikir hal-hal orang dewasa yang makin rumit sekarang ni? Haih lagi...

Itulah, orang-orang tua dah pesan. Kalau dah tau tak pandai berenang kenapa nak juga berumah di tepi pantai? La ni kena lambung ombak sikit dah mula goyang. Belum lagi kena tsunami. Nauzubillah. 

Agak-agak sempat lagi tak kalau nak pindah rumah? :P

Moga Allah tunjuk jalan terbaik. Ameen! :)

Have a great weekend peeps!

Leave a comment

XPDC Taman Negara Endau Rompin - Kg Peta

Assalamualaikum.

Fuh, dah lepas seminggu keluar hutan baru ada kesempatan nak menjenguk blog. Almaklum, keluar hutan je terus kena hambat kesibukan. Pegawai *R* bakal datang buat lawatan sekali lagi esok. Yay (Heh).

To be honest,  aku ikut trip ni sebab terpedaya dengan janji manis kena paksa dengan Chairman kelab sukan. Haha. Tapi Alhamdulillah, rupanya takdelah teruk sangat. I had so much fun walaupun penat macam nak pengsan lepas treking. Fuh. Seronok walaupun penat. :) Ni antara gambar-gambar sepanjang ekspedisi

Jumaat 14/11/2014


Kami bertolak dari office dalam jam 2.45 petang. Sampai ke pejabat Taman Negara Kahang dalam jam 4.30 then masing-masing sibuk membeli kasut treking dan stokin pacat sebagai persediaan untuk treking hari Sabtu. Kemudian terus bergerak ke Taman Negara menaiki 4WD dan juga trak JPAM. Heh. Cabaran woh, nak sampai tu. Kena melalui jalan estet yang bertanah merah dan juga jalan berliku. Fuh. Alhamdulillah, kami selamat tiba di Kg Peta sebelum maghrib. 


Tepat jam 8.00 malam kami berkumpul di kafetaria untuk makan malam sebelum meneruskan aktiviti yang dirancangkan pada malam tu. Ada aktiviti ice breaking, briefing keselamatan dan juga briefing tentang hidupan liar oleh internal NGO. :) Aktiviti terakhir kami malam tu adalah aktiviti night walk. Depa bawa kami pusing dalam kawasan hutan / belukar sekitar kawasan penginapan. Lepas tu balik chalet, tidur! :P

 Sabtu 15/11/2014:

Aktiviti pagi selepas sarapan; senamrobik / light zumba. Untuk warming up katanya. Siap bersenam, ada taklimat ringkas daripada chairman sebelum kami bergerak terus ke jeti Pacau untuk ke Kuala Jasin.


Perjalanan ke Kuala Jasin ambik masa sekitar 40-45 minit. Kami dihidangkan dengan pemandangan yang menyenangkan sepanjang perjalanan. Phew. Priceless. Walaupun bekerja dalam kawasan hutan estet yang membolehkan aku tengok pokok dan tumbuhan hijau setiap hari, masih tak dapat menandingi kehijauan alam semulajadi hutan ni. :)



Sampai ke check point Kuala Jasin, kami diberi lunch pack dan diberi taklimat sekali lagi sebelum memulakan treking ke Kuala Marong.


Kena merentasi dua sungai sebelum sampai ke Kuala Marong. Sempatlah dengar jerit pekik peserta yang jumpa pacat kat kasut / stokin masing-masing. :P Lucky me cuma seekor pacat sempat naik masa aku dah naik bot nak balik. Ngeh~


Sampai ke Kuala Marong kami berehat sekejap. Ambik nafas. Sambil bergaduh dengan pacat. Haha. Dan aktivti wajib, group photo. Then kami teruskan perjalanan ke air terjun Upeh Guling.


Subhanallah. Cantik kan? Kawasan ni memang bukan untuk mandi manda ye anak-anak? Sebab kawasannya berbatu dan juga dalam airnya.


Oleh kerana tak dibenarkan mandi di air terjun Upeh Guling, kami di bawa ke Tasik Air Biru untuk makan tengahari dan mandi manda. Itu kalau nak mandilah. Aku? Memang tak laaa... :P


Lepas siap makan dan mandi manda perjalanan pulang ke Kuala Jasin diteruskan. Memang adventure sebab kena meredah hujan waktu balik ni. Alhamdulillah, lebih kurang jam 4.00 petang kami tiba di Jeti Pacau + kembali ke chalet. Penat, penat dan penat. Haha. 



Sambung lagi aktiviti sebelah malam. Ada sedikit briefing tentang wildlife dan juga aktiviti menempa animal print. Ada 3 jenis tapak haiwan yang boleh ditempa kalau nak jadikan ole-ole. :)


Final activity malam tu, kami diberikan satu task untuk cari bahan-bahan semulajadi di sekeliling kami untuk dijadikan arca berdasarkan kreativiti berkumpulan. Hasilnya, kumpulan kami dapat tempat kedua. Alhamdulillah. :)

Ahad 16/11/2014:


Balik. Yay! Siap bersarapan kami bergambar beramai-ramai buat kali terakhir sebelum bergerak ke Kahang. Suka kebanyakan gambar hari terakhir ni lebih-lebih lagi gambar 4WD yang lalu kat estet company tu. Hihi. Kami selamat kembali ke office lebih kurang jam 2.00 petang. Yay.

Kesimpulannya? Seronok walaupun penat. Sesekali ke tempat begini dan lari dari kesibukan kota memang berbaloi. Alhamdulillah. Terima kasih ya 'tukang paksa'? Kadangkala kita tak sangka yang kita mampu tempuhi cabaran sehingga kita sendiri lalui / tempuhinya sendiri, kan?  So, jangan sesekali underestimate kebolehan diri sendiri :)

Lepas ni entah ke mana pula destinasinya. Ehem...

4 Comments

Ada ke patut?

Ni nak kena bangga atau nak kena menyorok bawah katil? Hahaha. Ngeng betoi!


Kalau rasa teringin nak makan mi hailam macam ini orang, silalah google my resipi ya? Haha. 

Selamat memasak! :P

Assalamualaikum. 

Leave a comment

Alhamdulillah syukur!

Alhamdulillah syukur!

Betullah, DIA takkan hampakan hamba-hambaNYA selagi kita tak melupakanNYA. Yang penting kita jangan lupa berdoa. Doa dan terus meminta petunjuk dariNYA. :)

Akhirnya setelah sekian lama menanti jawapan kepada persoalan itu, petunjuknya muncul juga semalam. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Since then, I know what I should do now. Moga Allah sentiasa jauhkan diriku dan ahli keluargaku dari fitnah dunia. Ameen! :)

Oh, tahniah juga buat pasukan yang menang Piala Malaysia malam tadi. As for me and my friends at the office, we have our own reason why we were happy when our team lost to the opponent. Hahaha.

Lagipun, kalah atau menang tu kan adat bertanding? Tak perlu nak emosional dengan kekalahan. Setiap apa yang berlaku tetap ada hikmahnya, kan?

Happy weekend / working peeps!

Selamat berpuasa Hari Tasu'a buat yang berpuasa.

Assalamualaikum! =)


Sent from my iPad

Leave a comment

Mana Mungkin???

Sembang sengal sebelum solat Jumaat;

Him : Pernah dengar lagu Selimut Tetangga tak?

Me: Hah? Dah tak cukup selimut ke kat rumah sendiri sampai nak pinjam selimut jiran tetangga? Hahaha.

Him: Dengarlah dulu lagunya. Tak pun awak cari youtubenya. Bla bla bla (sambil dia cerita jalan cerita video klip lagu ni).

So aku dengan penuh bersemangat inkuiri capai ipad, cari lagu ni kat youtube.  Dan inilah lagunya. Haha



Dan, hasil sembang-sembang sengal tu aku dapat simpulkan bahawa judgement lelaki terhadap isu batas hubungan antara lelaki-perempuan memang bias. Sekian, terima kasih. :P

Happy weekend peeps! Assalamualaikum. :)

Leave a comment

Lihat dan rasa

Assalamualaikum.

Selamat hari Jumaat.

Tiba-tiba teringat satu status facebook yang aku baca sebelum ni. Bunyinya lebih kurang macam ni; amal ibadah yang kita buat tu sepatutnya untuk dapatkan keredhaan Allah, bukannya untuk dapatkan pujian manusia.

Bila dah niat nak dapat pujian manusia tu dah jadi riak pulak kan? Nauzubillah..

Bukan apa, aku nak relate kan status tu dengan situasi sekarang. Aku penat. Penat nak layan orang sentap dan penat nak jaga hati orang walaupun hati sendiri hancur lebur kekadang. Sobs. Ceh, drama sudah.

Bukan nak menidakkan penekanan hubungan baik sesama manusia tu. Tapi rasanya dah kena mula berpada kot. Sebab kadangkala niat baik pun orang boleh salah tafsir. Jadi, sendiri mau ingatlah kan? :'(

Takpelah, hidup kita bukan lama mana pun kan? So, cherish it while you can. Tapi jangan sampai lupa tujuan asal kita dijadikan di dunia ni. Janji redha Allah yang kita cari, bukannya pujian manusia. Kan? :)

Have a great weekend peeps!

P/s: Dear you, thanks for the kind words. Moga terus berkongsi kebaikan untuk semua yang mampu melihat dan 'merasa'. ;)


Sent from my iPhone

Leave a comment

Kurang kerja. :P

Assalamualaikum.

Di kala orang tengah sibuk nak beraya ni tetiba ada orang terkurang kerja pergi skodeng kawasan ni. Hahah.


I wonder, bila masa agaknya kereta peronda tu lalu eh? Sebab nampak  kawasan tu meriah cuma kereta tak banyak park kat tepi jalan tu. Hmm..

Apa pun, terima kasih kat manusia yang kurang kerja tu. Sekurang-kurangnya bila homesick waktu outstation dapat juga tengok bumbung rumah. Hahah. :P


2 Comments

Awal minggu yang epik

Assalamualaikum.


Epikla sangat. Pepagi tadi otak dah fikir macam-macam. Nak settlekan kerja sebab minggu ni akan jadi super busy dengan *R* audit. Lepas tu cek sim pack hotlink yg baru beli minggu lepas sebab balik ni dah plan nak singgah Maxis. Sim card tak boleh activate! Ciss, nasibla dokek yo dongan ghumah den. So, dah siap packing semua masuk kereta terus gerak pi office. 

Sampai office, nak letak beg baru perasan handphone tertinggal. Great! Dahla tab aku dah siap tinggalkan juga. Tapi kalau bawa tab tapi tak boleh guna, tak guna juga kan? Jadi, pasrah jela jadi makhluk dalam gua hari ni. Hahaha. 

Balik, singgah ambik phone then terus pergi Maxis. Alhamdulillah, weekdays depa tutup pukul 7. Kalau tak jenuh nak kena tunggu hari Jumaat / Sabtu. Tengah tunggu giliran, aku on data sekali message + email masuk bertalu-talu daa.. Haha. 


Tu dia, Whatsapp sampai 248 notifications. Dah macam orang berniaga pulak. Haha. Ada orang tu siap fikir aku busy gila sampai tak sempat reply message dia. Padahal aku duduk dalam gua hari ni. 

Tapi, setelah DUA kali tertinggal handphone, aku rasa takdelah teruk sangat pun. Hidup pun amannn je rasa. Kerja pun banyak dapat aku siapkan hari ni. Thihihi. Cuma, kalau ada emergency  memang payahlah sikitlah kot kan?

Sesekali hidup gaya primitif (ayat nak exaggerate. Haha) pun best juga sebenarnya kannn? :P

2 Comments

Friday working days


Working on Friday for 3 weeks in a row this month. Sigh. 

Dah lama tak rasa nikmat bermalas-malasan di hari Jumaat. Kononnyalah. :P

Selamat bekerja buat yang bekerja macam aku dan selamat bercuti buat yang  bercuti. Sobs. 

Assalamualaikum semua! :)


Leave a comment

Dear you,


No matter how hard your life turns to be, just stay strong. Allah takkan membebankan kita dengan dugaan yang kita tak mampu nak tanggung.

Redhalah. Yang pergi tetap akan pergi. Allah lebih menyayangi mereka dan insya-Allah mereka telah berada di tempat yang lebih baik. Hanya doa anak yang soleh dan solehah jadi bekalan buat mereka. 

May their soul rest in peace. 
May Allah ease the burden. 
May Allah bless you and your family. 
Ameen! 

Al-Fatihah...

P/s : I miss my mom. :'( Al-Fatihah. 

2 Comments

34

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, diberikan kesempatan menghirup udara untuk sehari lagi.

Bangun pagi je tengok meriah dengan mesej ucapan. Ini antaranya :-







Tapi yang paling aku suka mesej yang ni. Haha

Sebab dia wish birthday ai yang ke 24 tahun. Awwh, so sweet of you. Nanti wa belanja pizza home made okeh. Insya-Allah. Tapi bukan minggu ni haa, sebab minggu ni wa busy memenuhkan perut. Hahaha.

Siang tadi ada orang tanya aku;

Dia: Dah masuk 34 tapi rupa tak macam umur 34, apa rahsia ni? Cuba kongsi sikit.

Me: (Kembang kejap. Haha) Mana ada rahsia apa-apa. Bla bla bla... (and the rest is history)

Anyway, terima kasih atas segala ucapannnya. Thanks for all your kind and thoughtful wishes. Moga segala doa yang baik itu diperkenankan buat kalian jua. Ameen! :)

Nothing much, aku cuma harap untuk top up mana-mana kekurangan untuk persediaan ke 'sana'. Hanya mahu jadi lebih baik dari hari semalam dan kelmarin. :) Jodoh? Kalau Allah dah tetapkan sekian-sekian masa, maka usah dipertikaikan usaha hambanya ke arah itu. Got it? ;) 

Till then, live well everyone! :)



Leave a comment

Tewas jua akhirnya

Due to my restless week, inilah hasilnya. Haish. 


Alhamdulillah. Tu la, masa sihat tak mahu beringat kan? Dah sakit baru tau nak hargai nikmat sihat tu :)

Doktor comel tu siap tanya macam ni bila aku bagitau dia yang aku sakit tekak, "Weekend lepas ni mesti banyak open house kan? Dengan minum ais lagi, manalah tak sakit tekak?" Ahahah. Aku gelak jela. Takkan aku nak cerita kat dia yang aku kena buli dek bos sepanjang minggu? :P

Gilo, dengan deadline paras hidung boleh sempat pergi conference 2 hari kat KL. (Oh, sempat jejak kasih dengan Cik Famia kita yang sibuk ber 'open house' di KLCC. Macam kagum kejap bila ada orang panggil nama aku kat KL nun. Haha. :P). Balik conference sambung mengejar dan dikejar consultant sampai Jumaat. Mujurlah partner belum start maternity leave. Kalau tak memang aku semput. Phew...

Maybe it's time to update CV, kot? ;)

Minggu ni sambung lagi kesibukan sampai hari Ahad. Haish. Insya-Allah kalau aku rajin aku update tentang apa yang disibukkan minggu ni. :)

Till then, take care. May Allah bless. :)

Assalamualaikum. 

2 Comments

Last day :'(

Assalamualaikum. 


Pantas sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar malam ni adalah malam terakhir Ramadan untuk tahun ni. Sobs. Alhamdulillah, sempat juga merasai nikmat terawih di malam terakhir ni. Sayu hati lebih-lebih lagi bila imam berdoa panjang lepas Isya' tadi. Macam-macam peristiwa juga berlaku sepanjang Ramadan kali ni.  Moga Allah kurniakan kekuatan dan ketabahan buat mereka yang diuji sepanjang Ramadan ni. :)

Rasanya ramai yang dah balik beraya ni kan? Bagi yang masih dalam perjalanan, moga selamat dalam perjalanan dan tiba ke destinasi yang dituju. Bagi yang sudah tiba di kampung halaman, selamat bercuti. 

Macam tahun-tahun yang sudah, tak lengkap rasanya kalau tak wish Selamat Hari Raya. Ampun dan maaf atas segala kekhilafan sama ada disedari atau pun tak. Manalah tau kan, seronok sangat menaip dan meluah rasa sampai tak sedar ada yang terguris. Untuk itu, maafkan saya. Saya hanyalah manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan. :)

Doakan keselamatan dan kesejahteraan saudara-saudara kita yang ditimpa musibah dan juga yang terkorban sepanjang Ramadan ni. Moga mereka dirahmati Allah. Dan semoga Allah terima segala amalan kita sepanjang Ramadan ni. Ameen ya rabbal'alameen. :)

Leave a comment

Hari kedua

Blur sungguh rasanya hari ni. Pelik. Macam tak pernah puasa je aku ni. Ish ish ish...

Dah masuk hari kedua puasa pun hari ni, tapi hari pertama bekerja. Itu yang blur semacam. :D

Jadi, nak ambik kesempatan untuk ucapkan selamat berpuasa buat semua. Moga kita ambil manfaat keberkatan bulan yang datangnya setahun cuma sekali saja ni. Insya-Allah.

As for me, salah satu manfaat bulan puasa adalah untuk mengawal pengambilan makanan. Bukan diet untuk kurus, tapi kawal nafsu makan secara berhemah. Hihi.

Till then, have a blessed Ramadhan everyone! Assalamualaikum. :)


Sent from my iPhone

Leave a comment

A gentle reminder :)

Assalamualaikum. 


Dalam dok sibuk dengan World Cup, fadhilat yang satu ni jangan dilupakan. :)


Leave a comment

Lesson learnt!



Setiap kali teringat kata-kata adik aku petang tadi automatik berderai air mata. Sebak. Allahuakbar! 

Memang lumrah kan? Kita lebih menghargai sesuatu bila kita susah nak dapat. Bila ada depan mata memang buat tak heran sebab kita tau bila-bila masa (selagi masih bernafas) kita boleh dapatkan dengan mudah. T_T

Ya Allah, beri kami kekuatan untuk menghadapi dugaan ini dan jauhkan kami dari segala fitnah dunia yang membinasakan. Ameen ya rabbal'alamin

Assalamualaikum semua. Have a great week! :)

Leave a comment

Hati yang libang libu

Kan bagus kalau dalam hidup pun ada fungsi backspace atau delete? Atau kita boleh guna pemadam untuk padam kesilapan yang kita buat? Malangnya tak ada. 

Live at your own risk. Boleh cakap macam tu? Nak buat apa pun kena fikir panjang. Fikir akibat daripada setiap perbuatan kita. Sekali buat silap kadangkala mengundang penyesalan seumur hidup. :(

Dari semalam sejak dapat berita buruk itu hati jadi libang-libu. Rasa tak tenang. Allahuakbar..!

Mujurlah hari ni memang hari cuti untuk minggu ni. Kalau tidak silap-silap aku apply for emergency leave juga agaknya. 

            
                Credit to the owner

Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk melalui musibah ini. Moga dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga. Ameen ya rabbal'alameen...

Assalamualaikum + have a pleasant week. :)



Leave a comment

Happy xxth Birthday!

Dear you,


May you have a blessed year ahead. :)

Ps: I always have lack of confidence to wish personally. So I just spill it out here hoping that the 'concern party' will read it someday. Hahaha. Berangan jela. :p


Asssalamualaikum! =)

2 Comments

April

Assalamualaikum.

Ahahah. Dah dekat setengah tahun baru nak update blog. Apeda ini orang? :P

Bukan apa, tengah biasakan diri dengan pertukaran cuti hujung minggu. Masuk bulan keempat barulah immune dengan pertukaran hari. Kalau tidak, setiap minggu lost track. Haha. Alhamdulillah, janji dapat cuti 2 hari. :P

Bila dapat cuti 2 hari ni memang macam-macam yang boleh dibuat. Salah satunya, sibuk bereksperimentasi. Ngeh. Ni antara hasil eksperimen aku. Tak lawa takpe, janji ada rasa. Ahahaha. :P



Tak tahulah sampai bila kerajinan ni bakal berterusan. Hehehe. 

Jangan tanya resipi sebab semuanya hasil google. :P

Leave a comment

Another Random

Scene 1:

A: Jom, minum kat mamak malam ni. Boleh kita bincang pasal kerja yang pending hari tu waktu minum nanti.

B: Malas. Kalau insist juga, appointment kita hari Jumaat cancel. *evil grin*

A: Okaylah. Hari Jumaatlahhh kita jumpa.

B: Hahaha. Okay. Roger.

Scene 2:

A: Jom, teman saya pergi Jakel. Nak cari baju raya. Bolehla kita cari baju sedondon raya ni.

B: (what the....) Malaslah. Lagipun raya lambat lagi.

A: Ala, jomlah. Tahun lepas tema warna apa? Nanti kang sama pulak warna macam tahun lepas.

B: Ish, kalau sama pun tak kisah kot sebab tahun lepas saya pakai uniform batik tu je buat pakai raya. (masa taip mesej ni aku gelak guling-guling dah)

A: Eeeee, dia ni....

Scene 3:

A: Jom lunch.

B : Tak nak.

A: Kenapa tak nak?

B: Nak kena bagi sebab ke?

A: Yelah, semua yang jadi kenalah ada sebabnya.

B: Okaylah, saya malas. (Dengan riak tak bersalah)

A: .........

(After a few arguments)

A: Yelah, orang dah tak sudi nak buat macam mana kan? Takpelah, terpaksalah cari aweks kat department lain.

B: Okay, silakan.

A: Ish, langsung tak jealous? Geramnyaaa...

Hahaha....

*Sigh. Kadang-kadang rasa macam budak-budak pun ada.

The truth is, kalau nak jadi kawan aku memang tak kisah. Tapi bila mula melangkau batas yang sepatutnya aku memang kena buat macam ni.

Kadang-kadang aku rasa macam nak gegar mamat ni kot-kotlah dia lupa kewujudan anak bini kat rumah tu. Lelaki! Sigh...

Errr...Mujurlah kebekuan perasaanku buat aku immune dengan godaan macam ni. Kalis selagi boleh! Hahahaha. Kbai. Assalamualaikum!


Sent from my iPhone

Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.