Archive for December 2013

Recap

Assalamualaikum.

Lamaaaaaaa dah tak update blog rupanya. Bila tengok balik rupanya baru 9 kali (termasuk entry ini ) aku update blog untuk tahun ni. Hahaha. Mesti dah ada yang bersin-bersin lepas sesat dalam sawang kat blog ni kan? Maafkan saya ya kamu, kamu dan kamu yang rajin datang ke blog ni. :D

Oleh kerana kemalasan tahap giga, mari kita recap sajor apa aktiviti menarik yang telah ku lalui sepanjang beberapa bulan tak update blog ni. :P

Trip ke Terengganu - November 2013

Eh eh, anak dara siapalah tu kan? Haha. Thanks Pakncek belanja nasi kukus dan sata yang super ohsem tu. Promo barang free ai carry forward tahun depan ye. Kang kantoi lak. Hahaha. 

Familiarisation of estate operation - November 2013

Ni pengalaman dok dalam ladang kat Kluang selama 2 hari. Pengalaman ni memang buat aku rasa bersyukur sangat dengan apa yang aku ada sekarang ni. Kalau tengok pekerja ladang ni, 6.30 pagi dah kena berkumpul depan pejabat ladang untuk daily roll-call routine, then barulah mula kerja ikut tugas masing-masing. Yang lagi sedih bila tengok makcik-pakcik pun masih gagah lagi bekerja mencari sesuap nasi. Ya Allah, kalau tengok kegigihan diorang ni depan mata, adakah kita akan rasa tergamak untuk bangun pagi dengan rasa malas setiap hari? Lebih-lebih lagi bila fikir yang hasil titik peluh mereka ini jugalah sebahagian penyumbang kepada gaji yang kita dapat setiap bulan. Fuh. Mari kita renung-renungkan...  

 Familiarisation of mill operation - November 2013

Ehem. Lepas masuk ladang kita masuk kilang pulak. Sorrylah, sebenarnya aku select gambar ikut turutan proses tapi bila masuk apps FotoRus gambar ni tak ikut urutan dah. Huhu. Gayat gile bila mill supervisor bawak kitorang naik platform. Sampai platform paling atas pulak tu. Aduhai. Sekarang aku tau kenapa Allah tak gerakkan hati aku untuk ambik engineering course dulu. Kehkehkeh.

Familiarisation of estate operation - December 2013

Kali ni masuk ladang yang dekat dengan office err, sebenarnya takdelah dekat sangat bila dah masuk kawasan Kota Tinggi. Hahaha. Sebenarnya bos amanahkan kitorang bawak tax consultants pergi  tengok under planting programme untuk penanaman pisang. Then pergi juga kawasan proses dan pembungkusan pisang untuk hantar pada distributor. Aci tak kalau lepas ni nak mintak explore pineapple farm pulak kat Bos? :P  

And last but not least tentulah berita baik yang dinanti-nantikan ini.

5 working days starting next year babeh!  Tak kisahlah even kena rotation routine sebulan sekali kerja hari Jumaat pun. Janji kerja 5 hari. Hihi. Alhamdulillah. :)

Sooo, that's it! Moga tahun 2014 yang bakal menjelang tiba ni  memberikan segala yang terbaik buat diri sendiri, keluarga, kawan-kawan serta buat  kamu, kamu dan kamu yang membaca blog ini. Semoga  kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah hendaknya. Ameen! :)

Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.