Archive for September 2013

Tamat sudah

Assalamualaikum.

Oh yeah. Ops, Alhamdulillah. Tamat sudah 'penyeksaan' minda dan perasaan selama beberapa bulan ni. Hihi. Khamis lepas dengan persediaan dan perasaan bercampur-baur, berjaya juga menghabiskan peperiksaan dengan jayanya. :) Tapi resultnya tak tahulah. Malas nak letak harapan tinggi sangat. Dah buat yang terbaik dan sekarang cuma mampu berdoa semoga tak kena re-sit paper ni lagi. Amin!




Aku tau, mungkin ada yang terasa dengan 'kesibukan' aku sepanjang beberapa bulan ni. Maafkan saya. Saya tahu saya bukan manusia sempurna. Dan juga mungkin bukan sahabat atau kawan yang baik untuk kamu. Cuma satu pesanan saya, jangan sesekali persoalkan apa yang orang lain dah buat atau sumbangkan untuk kita. Sebaliknya tanya diri kita sendiri, apa yang pernah kita pernah buat atau sumbangkan untuk orang lain? Lebih-lebih lagi orang di sekeliling kita. Jangan sesekali berharap kebaikan yang kita taburkan akan dibalas serta merta. Kalau kita ikhlas dengan pertolongan yang kita hulurkan pada orang lain, insya Allah adalah ganjarannya di mana-mana tu nanti. Allah tu Maha Mengetahui. :)

Dahlah, tak mau sentap lagi. Sekarang mari kita fikir, apa nak buat dalam tempoh 2 bulan ni? Hmm, cuti-cuti Malaysia, mungkin?
 

3 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.