Archive for May 2013

Long overdue entry

Assalamualaikum.

Ha, ini memang long overdue punya entry. Dah dekat 2 minggu keluar wad baru ada kesempatan nak update blog. Phew.

Oleh kerana sekarang ni aku memang bekerja 6 hari seminggu, memang biasanya hari Ahad tu aku peruntukkan untuk lepak habis-habisan di rumah. Jadi since middle of April until middle of May memang weekend aku penuh dengan aktiviti. Dengan kenduri, team building, pesta buku, mengundi dan kursus yang akhirnya membawa rebah. Haha. Tak sedar diri ini orang. Dia fikir dia muda lagi. Lepas lebih kurang 4 minggu non-stop dengan aktiviti setiap weekend, hari Isnin 13 Mei aku sudah demam. Yay.

Masa jumpa doktor panel klinik yang dekat dengan office ni doktor dah offer dah untuk buat blood test sebab aku cakap aku sakit-sakit badan. Tapi aku refuse sebab ingat demam biasa je. So dapatlah mc 1 hari. Bajet bolehla recover esok hari. Rupanya demam ni sangat liat. Dok on and off sampai aku jadi tensi. Grrr!

Jadi, masuk hari keempat bila demam asyik on and off, aku terus mintak klinik panel depan rumah ni refer ke hospital. Merasa juga check in wad sampai 3 malam. Pengalaman betul. Lebih-lebih lagi bila semua urusan untuk admission aku buat sendiri. Jenuh woh nak tunggu masuk wad. Tau lama macam tu baik aku balik rumah dulu. Huhu.

Masuk wad je doktor datang and confirmkan yang aku kena denggi. Huhhh! Dan bermulalah rutin harian kat wad. Kena masuk drip sampai 10 botol. Diulangi 10 botol ye anak-anak? Phew.. Dari tangan kanan bawa ke tangan kiri. Sampai bengkak-bengkak tangan aku jadinya.


Ha, gambar pertama tu masa tengah tunggu nak masuk wad while the second one tu gambar masa hari ke 3 (hari Sabtu). Bengkak dah tangan. Bila dah cabut konon nak buat tak tahu je. Tetiba nurse datang, dengan gigihnya cari juga urat nak cucuk drip ni. Haih. Salute ah dengan kakak nurse 2 orang tuh.

Gambar no 3 tu tempat terakhir depa cucuk nak masukkan drip ni. Bila doktor kata dah boleh balik pagi Ahad tu aku memang nak melompat dah. Haha. Sebab hari Sabtu tu aku jadi sangat down bila tau yang platlet darah aku makin turun jadi 92 walhal hari Jumaat tu bukan main lagi aku minum air masak / 100 plus sebanyak mungkin sebab kononnya nak balik cepat. Sekali turun. Nak menangis dah rasa masa tu. Sobs.

Tapi Alhamdulillah, hari Ahad dah boleh balik. Usaha juga minum sup ketam hari Sabtu tu walaupun supnya sangatlah pedas. Phew. Terima kasih kat abang ipar yang gigih tolong hantar sup ketam tu. :)

Memang pengalaman barulah. Haha. Konon dulu tekad nak masuk wad cuma waktu bersalin je. Tup-tup dah pecah rekod awal-awal. :P

Terima kasih untuk semua yang mendoakan kesihatan aku. Terima kasih juga untuk semua yang datang melawat dan bawa buah tangan sepanjang aku kena tahan kat wad tu. Balik rumah aku dah rasa macam kedai runcit sebab penuh dengan 100 plus dengan pink guava juice. Haha. Paling sweet bila anak-anak buah aku datang bawa hadiah dengan kad. Aish, terharu sungguh!  :)

Alhamdulillah, Allah masih sayang. Diberi ingatan untuk orang yang sokmo alpa macam aku ni. Huhu. Tapi sungguhla. Taubat, tak mahu masuk wad lagi!


Ni blood test result pagi tadi. Alhamdulillah, kadar platlet darah dah normal. Doktor kata, "Lepas ni you tak payah datang follow up lagi. Till we meet again next year for your medical check up."

Hahaha. Yela doktor, kita jumpa tahun depan untuk second medical check up saya. Insya Allah, itu pun kalau masih panjang lagi rezeki saya dengan company sekarang ni. :)

Jadi korang semua, jaga kesihatan elok-elok. Waktu cuaca tak menentu ni, banyakkan minum air masak. Kalau dah kena penyakit macam aku ni jenuh nak kena cek darah setiap hari. Daripada fobia jarum terus jadi tak fobia dah. (ada juga kebaikannya kan? :P) Sayangi diri anda okay? :)

Leave a comment

Wordless Wednesday #24 - Inspiring quote. :)


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Posted in | Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.