Archive for March 2013

Something good to share

Assalamualaikum.

It's been a while isn't it? Alhamdulillah, exam dah tamat. Jadinya dah bolehlah berjimba sakan. Err, takdelah sakan sangat. Sebab last week sibuk attend training and then the coming week bakalan sibuk dengan a new task. Adoi...

Err, sebenarnya aku nak share buku yang aku tengah baca ni. Yeah, aku tau memang aku jarang nak share buku apa yang aku baca. Kinda...segan actually. Cuma aku rasa tak salah kot nak share and spread something  good to others. Kan?



Bila baca buku ni rasa macam... kena ketuk. Ops, sebelum tu, fyi, buku ni bukan semata-mata kisah lovey-dovey-typical-cliche love story ya. Buku ni banyak pengisiannya. Bukan novel cinta semata.

Sebab apa aku kata macam kena ketuk? Sebab pengisiannya yang buat aku banyak fikir dan sedar hakikat hidup. Siapa kita kat dunia ni. Betapa kecilnya kita dibandingkan dengan kekuasaan Allah tu.

Bak kata Iskandar Benjamin, 'everything in life is lent to us, not given'. Sesungguhnya Dialah pemilik sekian alam. Subhanallah. Walau macam mana pun kita menidakkannya, suatu masa nanti apa yang di'pinjam'kan tu harus dipulangkan kembali kepada Pemiliknya. Cuma tak tahu bila masanya. Wallahu'alam.

More info for this book can be found here.

3 Comments

March is cominggg!

Fuh. Tak sangka. Sekejap je dah masuk bulan Mac. And lagi beberapa hari probation period pun dah nak tamat. Hmm, sekejap je rasa.

Pagi tadi bos panggil, aku bajet dia nak tambah kerja lain lagi tapi rupanya nak pass kat aku mende alah ni.


Bos: You dah nak complete your 6 months of probation period kan?

Me: Huh? Ha'ah. (Dalam hati, janganlah bos kata kena ambik specific exam ke apa sbb aku dengar employee on other group kena sit exam utk confirm. Ngeriii!)

Bos: Okay, you isi form ni dulu. Just fill in which necessary. Yang komen-komen tu semua nanti kita discuss.

Me: Okay. Bos nak saya pulang balik bila ni?

Bos: Please try to make it by tomorrow. HR bagi deadline until end of this week. Hari ni baru bagi.

Me: (Gelak je. Sebab sepanjang hampir 6 bulan kerja kat sini aku macam dah boleh hafal gaya HR yang suka bagi instruction last minute ni. Heh. )

Haila, exam pun dah dekat. Study pun tunggang langgang lagi. Cemana ni?

Doakan semoga semuanya dipermudahkan ya?

Assalamualaikum! :)

posted from Bloggeroid

Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.