Archive for 2013

Recap

Assalamualaikum.

Lamaaaaaaa dah tak update blog rupanya. Bila tengok balik rupanya baru 9 kali (termasuk entry ini ) aku update blog untuk tahun ni. Hahaha. Mesti dah ada yang bersin-bersin lepas sesat dalam sawang kat blog ni kan? Maafkan saya ya kamu, kamu dan kamu yang rajin datang ke blog ni. :D

Oleh kerana kemalasan tahap giga, mari kita recap sajor apa aktiviti menarik yang telah ku lalui sepanjang beberapa bulan tak update blog ni. :P

Trip ke Terengganu - November 2013

Eh eh, anak dara siapalah tu kan? Haha. Thanks Pakncek belanja nasi kukus dan sata yang super ohsem tu. Promo barang free ai carry forward tahun depan ye. Kang kantoi lak. Hahaha. 

Familiarisation of estate operation - November 2013

Ni pengalaman dok dalam ladang kat Kluang selama 2 hari. Pengalaman ni memang buat aku rasa bersyukur sangat dengan apa yang aku ada sekarang ni. Kalau tengok pekerja ladang ni, 6.30 pagi dah kena berkumpul depan pejabat ladang untuk daily roll-call routine, then barulah mula kerja ikut tugas masing-masing. Yang lagi sedih bila tengok makcik-pakcik pun masih gagah lagi bekerja mencari sesuap nasi. Ya Allah, kalau tengok kegigihan diorang ni depan mata, adakah kita akan rasa tergamak untuk bangun pagi dengan rasa malas setiap hari? Lebih-lebih lagi bila fikir yang hasil titik peluh mereka ini jugalah sebahagian penyumbang kepada gaji yang kita dapat setiap bulan. Fuh. Mari kita renung-renungkan...  

 Familiarisation of mill operation - November 2013

Ehem. Lepas masuk ladang kita masuk kilang pulak. Sorrylah, sebenarnya aku select gambar ikut turutan proses tapi bila masuk apps FotoRus gambar ni tak ikut urutan dah. Huhu. Gayat gile bila mill supervisor bawak kitorang naik platform. Sampai platform paling atas pulak tu. Aduhai. Sekarang aku tau kenapa Allah tak gerakkan hati aku untuk ambik engineering course dulu. Kehkehkeh.

Familiarisation of estate operation - December 2013

Kali ni masuk ladang yang dekat dengan office err, sebenarnya takdelah dekat sangat bila dah masuk kawasan Kota Tinggi. Hahaha. Sebenarnya bos amanahkan kitorang bawak tax consultants pergi  tengok under planting programme untuk penanaman pisang. Then pergi juga kawasan proses dan pembungkusan pisang untuk hantar pada distributor. Aci tak kalau lepas ni nak mintak explore pineapple farm pulak kat Bos? :P  

And last but not least tentulah berita baik yang dinanti-nantikan ini.

5 working days starting next year babeh!  Tak kisahlah even kena rotation routine sebulan sekali kerja hari Jumaat pun. Janji kerja 5 hari. Hihi. Alhamdulillah. :)

Sooo, that's it! Moga tahun 2014 yang bakal menjelang tiba ni  memberikan segala yang terbaik buat diri sendiri, keluarga, kawan-kawan serta buat  kamu, kamu dan kamu yang membaca blog ini. Semoga  kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah hendaknya. Ameen! :)

Leave a comment

Tamat sudah

Assalamualaikum.

Oh yeah. Ops, Alhamdulillah. Tamat sudah 'penyeksaan' minda dan perasaan selama beberapa bulan ni. Hihi. Khamis lepas dengan persediaan dan perasaan bercampur-baur, berjaya juga menghabiskan peperiksaan dengan jayanya. :) Tapi resultnya tak tahulah. Malas nak letak harapan tinggi sangat. Dah buat yang terbaik dan sekarang cuma mampu berdoa semoga tak kena re-sit paper ni lagi. Amin!




Aku tau, mungkin ada yang terasa dengan 'kesibukan' aku sepanjang beberapa bulan ni. Maafkan saya. Saya tahu saya bukan manusia sempurna. Dan juga mungkin bukan sahabat atau kawan yang baik untuk kamu. Cuma satu pesanan saya, jangan sesekali persoalkan apa yang orang lain dah buat atau sumbangkan untuk kita. Sebaliknya tanya diri kita sendiri, apa yang pernah kita pernah buat atau sumbangkan untuk orang lain? Lebih-lebih lagi orang di sekeliling kita. Jangan sesekali berharap kebaikan yang kita taburkan akan dibalas serta merta. Kalau kita ikhlas dengan pertolongan yang kita hulurkan pada orang lain, insya Allah adalah ganjarannya di mana-mana tu nanti. Allah tu Maha Mengetahui. :)

Dahlah, tak mau sentap lagi. Sekarang mari kita fikir, apa nak buat dalam tempoh 2 bulan ni? Hmm, cuti-cuti Malaysia, mungkin?
 

3 Comments

Lama sungguh...

....blog ni tak berupdate. Haih. Dari puasa membawa ke raya. Hahah.

Tapi rasanya belum lewat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua kenalan dan pembaca blog ni. Maaf atas segala salah silap (termasuk juga kemalasan mengupdate blog ni. :p). Moga korang semua baik-baik aja ya? :)

Yeah, it's been a while. Hidup memang huru hara sekarang. Kerja and study. Macam dah nak give up pun ada. Tapi bertabahlah. Jangan bazirkan duit sesuka hati okeh?

Oleh itu, jangan malas-malas. Marilah kita sambung mentelaah!

Till then, Assalamualaikum semua! :)

2 Comments

Long overdue entry

Assalamualaikum.

Ha, ini memang long overdue punya entry. Dah dekat 2 minggu keluar wad baru ada kesempatan nak update blog. Phew.

Oleh kerana sekarang ni aku memang bekerja 6 hari seminggu, memang biasanya hari Ahad tu aku peruntukkan untuk lepak habis-habisan di rumah. Jadi since middle of April until middle of May memang weekend aku penuh dengan aktiviti. Dengan kenduri, team building, pesta buku, mengundi dan kursus yang akhirnya membawa rebah. Haha. Tak sedar diri ini orang. Dia fikir dia muda lagi. Lepas lebih kurang 4 minggu non-stop dengan aktiviti setiap weekend, hari Isnin 13 Mei aku sudah demam. Yay.

Masa jumpa doktor panel klinik yang dekat dengan office ni doktor dah offer dah untuk buat blood test sebab aku cakap aku sakit-sakit badan. Tapi aku refuse sebab ingat demam biasa je. So dapatlah mc 1 hari. Bajet bolehla recover esok hari. Rupanya demam ni sangat liat. Dok on and off sampai aku jadi tensi. Grrr!

Jadi, masuk hari keempat bila demam asyik on and off, aku terus mintak klinik panel depan rumah ni refer ke hospital. Merasa juga check in wad sampai 3 malam. Pengalaman betul. Lebih-lebih lagi bila semua urusan untuk admission aku buat sendiri. Jenuh woh nak tunggu masuk wad. Tau lama macam tu baik aku balik rumah dulu. Huhu.

Masuk wad je doktor datang and confirmkan yang aku kena denggi. Huhhh! Dan bermulalah rutin harian kat wad. Kena masuk drip sampai 10 botol. Diulangi 10 botol ye anak-anak? Phew.. Dari tangan kanan bawa ke tangan kiri. Sampai bengkak-bengkak tangan aku jadinya.


Ha, gambar pertama tu masa tengah tunggu nak masuk wad while the second one tu gambar masa hari ke 3 (hari Sabtu). Bengkak dah tangan. Bila dah cabut konon nak buat tak tahu je. Tetiba nurse datang, dengan gigihnya cari juga urat nak cucuk drip ni. Haih. Salute ah dengan kakak nurse 2 orang tuh.

Gambar no 3 tu tempat terakhir depa cucuk nak masukkan drip ni. Bila doktor kata dah boleh balik pagi Ahad tu aku memang nak melompat dah. Haha. Sebab hari Sabtu tu aku jadi sangat down bila tau yang platlet darah aku makin turun jadi 92 walhal hari Jumaat tu bukan main lagi aku minum air masak / 100 plus sebanyak mungkin sebab kononnya nak balik cepat. Sekali turun. Nak menangis dah rasa masa tu. Sobs.

Tapi Alhamdulillah, hari Ahad dah boleh balik. Usaha juga minum sup ketam hari Sabtu tu walaupun supnya sangatlah pedas. Phew. Terima kasih kat abang ipar yang gigih tolong hantar sup ketam tu. :)

Memang pengalaman barulah. Haha. Konon dulu tekad nak masuk wad cuma waktu bersalin je. Tup-tup dah pecah rekod awal-awal. :P

Terima kasih untuk semua yang mendoakan kesihatan aku. Terima kasih juga untuk semua yang datang melawat dan bawa buah tangan sepanjang aku kena tahan kat wad tu. Balik rumah aku dah rasa macam kedai runcit sebab penuh dengan 100 plus dengan pink guava juice. Haha. Paling sweet bila anak-anak buah aku datang bawa hadiah dengan kad. Aish, terharu sungguh!  :)

Alhamdulillah, Allah masih sayang. Diberi ingatan untuk orang yang sokmo alpa macam aku ni. Huhu. Tapi sungguhla. Taubat, tak mahu masuk wad lagi!


Ni blood test result pagi tadi. Alhamdulillah, kadar platlet darah dah normal. Doktor kata, "Lepas ni you tak payah datang follow up lagi. Till we meet again next year for your medical check up."

Hahaha. Yela doktor, kita jumpa tahun depan untuk second medical check up saya. Insya Allah, itu pun kalau masih panjang lagi rezeki saya dengan company sekarang ni. :)

Jadi korang semua, jaga kesihatan elok-elok. Waktu cuaca tak menentu ni, banyakkan minum air masak. Kalau dah kena penyakit macam aku ni jenuh nak kena cek darah setiap hari. Daripada fobia jarum terus jadi tak fobia dah. (ada juga kebaikannya kan? :P) Sayangi diri anda okay? :)

Leave a comment

Wordless Wednesday #24 - Inspiring quote. :)


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Posted in | Leave a comment

Something good to share

Assalamualaikum.

It's been a while isn't it? Alhamdulillah, exam dah tamat. Jadinya dah bolehlah berjimba sakan. Err, takdelah sakan sangat. Sebab last week sibuk attend training and then the coming week bakalan sibuk dengan a new task. Adoi...

Err, sebenarnya aku nak share buku yang aku tengah baca ni. Yeah, aku tau memang aku jarang nak share buku apa yang aku baca. Kinda...segan actually. Cuma aku rasa tak salah kot nak share and spread something  good to others. Kan?



Bila baca buku ni rasa macam... kena ketuk. Ops, sebelum tu, fyi, buku ni bukan semata-mata kisah lovey-dovey-typical-cliche love story ya. Buku ni banyak pengisiannya. Bukan novel cinta semata.

Sebab apa aku kata macam kena ketuk? Sebab pengisiannya yang buat aku banyak fikir dan sedar hakikat hidup. Siapa kita kat dunia ni. Betapa kecilnya kita dibandingkan dengan kekuasaan Allah tu.

Bak kata Iskandar Benjamin, 'everything in life is lent to us, not given'. Sesungguhnya Dialah pemilik sekian alam. Subhanallah. Walau macam mana pun kita menidakkannya, suatu masa nanti apa yang di'pinjam'kan tu harus dipulangkan kembali kepada Pemiliknya. Cuma tak tahu bila masanya. Wallahu'alam.

More info for this book can be found here.

3 Comments

March is cominggg!

Fuh. Tak sangka. Sekejap je dah masuk bulan Mac. And lagi beberapa hari probation period pun dah nak tamat. Hmm, sekejap je rasa.

Pagi tadi bos panggil, aku bajet dia nak tambah kerja lain lagi tapi rupanya nak pass kat aku mende alah ni.


Bos: You dah nak complete your 6 months of probation period kan?

Me: Huh? Ha'ah. (Dalam hati, janganlah bos kata kena ambik specific exam ke apa sbb aku dengar employee on other group kena sit exam utk confirm. Ngeriii!)

Bos: Okay, you isi form ni dulu. Just fill in which necessary. Yang komen-komen tu semua nanti kita discuss.

Me: Okay. Bos nak saya pulang balik bila ni?

Bos: Please try to make it by tomorrow. HR bagi deadline until end of this week. Hari ni baru bagi.

Me: (Gelak je. Sebab sepanjang hampir 6 bulan kerja kat sini aku macam dah boleh hafal gaya HR yang suka bagi instruction last minute ni. Heh. )

Haila, exam pun dah dekat. Study pun tunggang langgang lagi. Cemana ni?

Doakan semoga semuanya dipermudahkan ya?

Assalamualaikum! :)

posted from Bloggeroid

Leave a comment

2013

Assalamualaikum.

Yeah, finally blog ni berupdate juga. :P  Dah masuk tahun baru pun. Baru teringat nak update. Haha. Typical me, waktu tengah sibuk tak cukup nafas nilah aku gatal nak update blog. Sorry for the long hiatus. Masa yang sangat ekonomikal menyebabkan banyak perkara terpaksa disekat. Haha. Ayat macam apa je. :P

Meh aku bagitau apa penyebab kesibukan aku sekarang;


1. Jarak dari rumah ke office yang agak jauh. Dulu memang rasa perit tapi dah lama-lama ni rasa ok je kot. Alhamdulillah. :)


2. Lambakan kerja yang dah mula menggunung. Haha. Enche' Bos pun sangat senang hati nak lambakkan kerja since dia tau aku dah 'terbiasa' dengan kesibukan. :P


3. Ha, yang ni paling 'membunuh' masa aku. Haha. Kalau ada yang dok tertanya-tanya apa benda yang aku dok sibuk countdown kat twitter tu, inilah bendanya. The exam will be on 21st March 2013. Wish me luck! :)

Jadi, buat yang selalu datang ke mari, maafkan daku atas kekurangan masa untuk mengemaskini. You can find me thru twitter or fb for any updates. :) [Kalau jadi stalker memang tak dapekla eh? *ayat orang perasan. Hahah :P]

Till then, hidup baik-baik ya! :)


Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.