Archive for October 2012

Balik dari jalan-jalan. :P

Assalamualaikum.

Phew~ Alhamdulillah, akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke rumah pada tengah malam Jumaat. Masa sampai office jam 11.15 malam tu aku dah tak fikir apa dah. Tekan minyak sebanyak mungkin supaya cepat sampai rumah. :P And, finally sampai juga rumah sebelum hari Jumaat bertukar ke hari Sabtu. Haha.

Sampai rumah memang dah tak fikir apa dah. Mandi, solat dan terus tidur sebab keesokan harinya tetap kena bekerja ye anak-anak? :(

Honestly, walaupun objektif ke luar kawasan itu hanyalah untuk berkenal-kenalan dengan wakil / pentadbir subsidiari, aku tetap rasa lelah. Mungkin sebab perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain tu agak jauh.

Perkara yang paling aku suka dalam trip kali ni adalah, banyak exposure yang aku dapat untuk sepanjang trip minggu lepas ni. And I must say, it was quite an interesting experience for me. Bukan senang nak jumpa dengan orang-orang besar ni. It was an honour bila diorang willing nak korbankan masa sibuk mereka untuk jumpa kami orang-orang kerdil ni. :)

Haih, esok ada induction course pulak. Adoiii. Sibuk bebenar rasanya bulan ni sampai banyak benda yang aku terlepas pandang. Huhuh.

Untuk kawan-kawan yang sambut birthday sepanjang Oktober ni, selamat hari lahir diucapkan. Maaflah kalau ada yang aku TERmiss nak wish. Sesungguhnya hidupku sangat huru hara sekarang. :(

Nampaknya kena lepas ni kena ulang-ulang la quote ni sampai lekat dalam kepala. :(

Leave a comment

The truth is....

.....meeting them tonight really broke my heart. Mungkin org lain rasa aku ni berdrama tapi percayalah leaving them is one of the toughest decision that I've ever made.

Jumpa ex bos, borak-borak aku tahu dia bangga dengan keputusan yang aku buat. Cuma saat ni aku terasa macam kehilangan sesuatu. Aish. Sungguh drama. :p

Ni antara hadiah yg aku dapat sempena 'pemergian' aku dari situ..




Farewell and birthday gifts.

Yang paling buat aku tersentuh adalah hadiah ni. Sobsss..



We've been through a lot together. Aku tau aku pernah berputus asa untuk jadi kawan dia and now she gave me this as a token of our friendship. Aku macam nak menangis. Sobss. Terima kasih banyak. May Allah bless you and your family, friend. Gonna miss those sweet and bitter memories together. :)

Adoi, dah lama tak menaip entry beremosi macam ni. Sobs. Tapi aku tau aku akan kuat untuk lalui semua ni, insya Allah. Doakan ya?

Assalamualaikum. :)

posted from Bloggeroid

Leave a comment

Menjengah dunia..

Assalamualaikum.

Sorry for the long hiatus. Mintak maaf bebanyak untuk yang rajin datang menjengah ke mari tapi tak berupdate. Terutamanya peminat di Shah Alam tu. Haha. Insya Allah kalau tak busy minggu ni boleh jumpa eh? ;)

Sebenarnya banyak benda yang nak diperihalkan cuma aku tak tau nak mula yang mana satu dulu ni. Hmm, oklah kita mulakan;

1. Kerja baru - Alhamdulillah, minggu ni dah masuk sebulan aku kerja kat tempat baru ni. Kerja ok, bos ok and environment pun ok. Hmm, getting comfortable jugalah walau ada 1-2 perkara yang buat aku dissapointed bila kerja kat sini. Tapi takpelah, memang betul pun orang kata untuk dapatkan sesuatu kadangkala kita kena korbankan sesuatu yang lain. So, fairlah kot. Just endure it for the time being.

2. Masa nak berfoya-foya dan bersosial di dunia maya pun agak terbatas sekarang. Jadi jangan pelik kalau tengok blog ni bersawang sekarang. Office baru ni memang block segala social networking. Nak post blog entry guna handphone memang malas la jwbnya. Ini pun sebab Streamyx rumah problem hari ni. Jadi terpaksalah terkedek-kedek menaip guna touch screen ni. Huh. :p

3. Kerja baru ni memanglah less pressure compared to my previous job tapi masa aku banyak terkorban oh. Sobs.. Takpelah, syukurlah masih ada kerja. Kat luar tu ramai lagi yang menganggur kot?

4. Seriously rinduuuu kat bebudak office lama. Nak hangout memang dah susahla jawabnya walaupun rumah aku dekat je dengan office diorang. Semalam pun dengar cerita diorang dah buat aku rasa sedih. Sobs. Malam ni pulak former bos buat farewell dinner. Harapnya janganla hujan aku kat situ nanti. Hahaha. Bertabahlah!

What else? Td macam banyak nak taip tapi ntah mana hilangnya. Huhu.

Jadi, lepas ni kalau aku tak update tu jangan rindukan aku ye? :p

posted from Bloggeroid

2 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.