Hari kedua

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masuk hari kedua dah. Barulah nampak jalan yang bakal dilalui. Semalam memang blur habis. Sekabur kabus pagi tadi. Haha.

Antara soalan-soalan popular yang aku dapat dalam tempoh 2 hari ni;

1. Umur berapa?
2. Tinggal mana?
3. Dah kahwin ke belum? (Grrr!)
4. Grad U mana? (kalau jawab belajar setakat SPM je aci tak? Huh!)

Paling tak boleh blah, siap ada yang kata; "Alah, kat sini ramai lagi yang bujang."

Uhhh, apakah??? Tolonglah jangan lencongkan niat aku yang nak bekerja ni ke laut, okay? Kerja sendiri pun masih terumbang ambing ada hati nak fikir benda lain. Huh.

Anyway, sebenarnya nak bagitau yang aku sangat enjoy dengan kerja baru ni walaupun terpaksa menempuhi perjalanan yang agak jauh. Enjoy sebab tak payah fikir pasal  hal kerja lepas balik rumah. Itu yang boleh menghadap Jang Dong Gun sampai lebam. Haha.

Cuma yang tak syoknya bila kena kerja hari Sabtu. Sobss. Tapi takpela. Harapnya tekanan kerja tak macam dulu.

Eh lupa pulak, aku baru perasan yang nama bos baru dengan bos lama lebih kurang sama. Their coolness appearance pun lebih kurang sama. Nampak sangat tak bagi aku lupakan bos lama ni. Haha.

Dah, it's time to sleep. Oh, jangan tertipu. Ini schedule post. Waktu ni mesti aku dah hanyut dibuai mimpi. Daaa~!






Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to Hari kedua

  1. ni kaa hutang yg berbayar kaaa..

    ReplyDelete
  2. yay..mn blog kamu yg laen aish..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.