Fikir sebelum buat jangan dah buat baru fikir, tau?

Assalamualaikum.

Sebenarnya dari minggu lepas lagi aku ada terbaca pasal ni kat fb. But since blog tu pun dah kena delete, aku pun tak tahu apa kes sebenarnya ni. Cuma yang aku tahu cikgu-cikgu seluruh Malaysia memang sentap habis baca entry blogger ni pasal profesion perguruan.

So, pagi ni aku baru berpeluang baca apa yang dikecohkan tu. Tak tahulah siapa yang rajin sangat cari webcache tu. Walaupun entry tu dah kena delete dek tuan punya blog, aku tengok masih ramai lagi yang komen melepas geram kat tagboard blog tu. Kesian pun ada. Tapi nak buat macam mana kalau sendiri yang cari masalah kan? Tak pepasal jadi glamour satu Malaysia.

Hmm, pada aku la kan, siapa pun kita dan apa pun kerjaya kita tak melayakkan kita untuk condemn kerja orang lain. Lebih-lebih lagi kerjaya orang yang membawa kita kepada kedudukan kita hari ini. Mungkin ada seorang dua yang kita jumpa dalam keadaan yang berkelakuan tak baik, tapi takkanlah kita nak cop semua orang yang dalam profesion tu berkelakuan yang sama. Tak adil tu. Aku bukan nak menangkan sesiapa, cuma kalau kita nak orang hormati kerja kita, seharusnya kita kena hormati kerja orang lain juga. Tak begitu? Kita pun lahir dalam dunia bukan terus jadi pandai. Ramai yang jadi cikgu dalam hidup kita sebenarnya. Bukan setakat cikgu kat sekolah tu je. Jadi wajarlah bila ramai yang melenting. :)

Dan yang paling penting, walaupun kita rasa blog or any social media yang kita ada tu adalah medium untuk kita bersuara, janganlah nak post sembarangan ikut sesuka hati kita je. Kena juga fikirkan pro and cons untuk setiap apa yang telah kita post tu. Bertanggungjawablah untuk setiap tulisan kita tu. Nanti tak pepasal boleh jadi popular sekelip mata. Tak payah masuk reality show pun boleh popular okay? :P  


Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.