After 10 years...

Assalamualaikum.

Phew. Finally September is here. Tinggal seminggu lagi sebelum aku tinggalkan tempat mencari rezeki selama 10 tahun ni. Aku tahu ramai yang pertikaikan kenapa aku nak resign since position and gaji dah agak 'selesa'. Kenapa nak berhenti lepas 10 tahun dok sini?

Well, jawapan aku senang je. Ada rezeki dan dapat tawaran yang  menjanjikan peluang yang lebih luas, kenapa nak tolak kan? Bukan tak sayang kerja sekarang, cuma aku fikir kalau masih duduk di kerusi sekarang, I will be stuck in that position forever, tak boleh nak ke mana dah since that is the highest position I can achieve. 

Perasaan? Macam-macam ada. Sedih? Of course! Tempat ni paling banyak ajar aku tentang hidup kot? Jatuh bangun kat sini. Kenal ramai manusia kat sini. Ehem. Happy? Adalah sikit. Excited? Pun ada juga. Cuma harapnya dipermudahkan segalanya. Amin.

Bila dah hantar final job kat bos pagi tadi terus rasa kosong. Padahal kerja-kerja administration banyak lagi tak selesai ni. Haha. Surely gonna miss all those hectic moments. Sobs.

Aku pun tak tahu kenapa minggu ni 3 orang client yang agak close dok pakat call, nak update progress account diorang. Dan kesemuanya terkejut bila aku kata aku dah nak resign next week. Siap ada yang kata nak tukar auditor lain sebab aku dah takde nak jaga akaun diorang.  Alamakkk! Janganlah macam tu. If that happens memang aku rasa bersalah sangat dengan bos. Sorry boss!

Bila fikir-fikir balik, sebelum ni rasa macam takde orang pandang pun kerja aku.  Even bos pun kadang-kadang terlepas pandang. :P Tapi sekarang ni,  rasa macam nak terharu bila siap ada yang pujuk tak bagi resign. Ayat sikit punya baik si handsome kedai perabot tu bagi semalam. Bos-bos aku pun tak pujuk macam tu okay? Haha. But sorry, my decision is final. No turning back, insya Allah.

Cuma yang aku harap sekarang ni, takde kerja yang pending. Tak senang ati oh kalau pergi dengan kerja yang tak selesai. Moga dipermudahkan semuanya. Amin! :)

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to After 10 years...

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.