Sigh

Assalamualaikum.

Pergh, lama betul blog ni disawangkan. Alasan yang paling klise adalah, SIBUK! Haha. Ada orang rindu saya tak? :P Tapi normal kot. Bulan puasa ni masa untuk aku berfoya-foya sangat kurang, even ada tab dan smartphone depan mata. Kiranya Streamyx memang untung la kot bulan puasa ni kan? Hmm..

Tau-tau dah tinggal lebih kurang 10/11 hari je lagi nak raya. Sekejap benar rasanya Ramadhan tahun ni. Ke aku yang banyak buang masa ni eh? Ada masa lagi nak penuhi target tahun ni. Insya Allah.

Waktu macam ni kebanyakan orang dah tak fikir dah nak kejarkan fadhilat 10 malam terakhir tu. Semua sibuk dengan kuih rayalah, baju rayalah, langsir rayalah. Aku? Cukuplah apa adanya. Tak kuasa dah nak beria sangat. :)

Tahun ni tetiba tergerak hati nak kirim kad raya. Ni semua gara- gara si Sarina yang dok mintak alamat hari tu la. Kalau tak mesti aku tak terjebak. :p

Dannnn setelah sekian lama dok bertangguh nak tulis kad raya yang dah dekat 2 minggu dibeli, semalam baru berhasil tulis kad raya tu semua. Phew.

Inilah hasilnya.




 Kalau ada nama dan alamat korang di situ tunggu jela kadnya sampai ye? =)

Ada sesiapa lagi yang nak kad raya? :P


posted from Bloggeroid

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Sigh

  1. Replies
    1. Noey:

      aiseh, sorry baru terperasan komen ni. tak sempat dah mau hantar. nnt saya bagi e card jela eh? ;)

      Delete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.