Maybe it's about time...

Assalamualaikum.

Okay, since letter of offer pun dah dapat, marilah kita bercerita tentang tawaran kerja baru. Masa dapat call from their HR on last Friday aku memang speechless. Yelah, dahla pergi interview dengan persediaan yang tak seberapa. Sampai sana terus kena jawab a few technical questions and an essay. Gile ke hape pepagi dah kena kerah otak nak jawab esei? Haha. Sampai balik rumah aku rasa ting tong nya. Then untuk individual session je dekat sejam dok dalam conference room tu. Phew.

Selesai je interview memang aku dah bajet, memang tak dapat ni. Technical aspect pun tunggang langgang. Masa depa suruh speak in English pun aku rasa macam ntah apa-apa. Serius aku cakap pun tunggang terbalik. Gabra punya pasal. Haha. Tapi dah namanya rezeki, dapat juga. Alhamdulillah. Memang rezeki Ramadhan cum rezeki untuk birthday sendiri juga ni. =) 

Cuma yang jadi isu kat aku sekarang ni adalah, aku tak sampai hati nak menghadap muka bos bertiga tu. Uwaaaa. Bos nombor 2 dah terkedu bila HR bagitau dia yang aku nak quit. Semalam call sini pun tak mau cakap dengan aku. Sobs. Bos, saya nak berhenti bukan sebab saya bencikan bos, tapi sebab saya dapat peluang yang lebih baik kat tempat yang lebih terjamin. Bukan nak kata bos tak jaga kebajikan saya, cuma saya rasa dah tiba masanya saya tengok dunia luar yang lebih luas tu.

Tadi dah call big boss nak jumpa dia esok. Nada suara macam cool je. Tapi tak tahulah. Jangan aku yang menangis nanti sudahlah. Haha. I know they will ask for a counter offer. Sebab gaji yang aku bakal dapat pun takdelah jauh beza sangat dengan gaji sekarang ni. Tapi keputusan aku ni bukanlah sebab gaji. Aku sayangkan peluang yang mungkin takkan datang lagi lain kali. Tolak tuah tu namanya. Hmm..

Haish,  ni yang jadi dilemanya. Bukan dilema nak berhenti tapi dilema nak jumpa bos. Wahai hati, tolonglah jangan berbelah bahagi ye? Please stay firm with your decision. Sesekali tak salah kita pentingkan diri sendiri untuk kebaikan diri kan? =)


Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Maybe it's about time...

  1. maknanya pasnie ieba pun cekal hati lah nak berenti...peluang x dtg selalu kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ieba:

      yezza. jangan asyik nak fikirkan orang je ieba. sesekali kena jd selfish juga utk kebaikan diri. sayang memang sayang. tapi bak kata bos saya semalam, bila sayang kita kena lepaskan untuk kebaikan org tu. ;)

      Delete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.