Archive for August 2012

Berlalulah sudah Ramadhan...


[Sumber gambar: Google]

As usual, nak ucapkan selamat menyambut Aidilfitri buat semua yang kenal diriku ini. Ampun dan maaf atas segala yang tersilap atau terlepas kata secara sedar atau pun tidak.

Buat yang memandu, hati-hati dan berwaspada. Suka, suka juga tapi jangan sampai abaikan keselamatan diri. Moga dilindungi Allah sentiasa. Amin!

Buat diri sendiri, sila siapkan kerja anda sebelum tinggalkan office! Haha.

Last but not least, selamat bercuti semua.

Assalamualaikum! =)

2 Comments

Maybe it's about time...

Assalamualaikum.

Okay, since letter of offer pun dah dapat, marilah kita bercerita tentang tawaran kerja baru. Masa dapat call from their HR on last Friday aku memang speechless. Yelah, dahla pergi interview dengan persediaan yang tak seberapa. Sampai sana terus kena jawab a few technical questions and an essay. Gile ke hape pepagi dah kena kerah otak nak jawab esei? Haha. Sampai balik rumah aku rasa ting tong nya. Then untuk individual session je dekat sejam dok dalam conference room tu. Phew.

Selesai je interview memang aku dah bajet, memang tak dapat ni. Technical aspect pun tunggang langgang. Masa depa suruh speak in English pun aku rasa macam ntah apa-apa. Serius aku cakap pun tunggang terbalik. Gabra punya pasal. Haha. Tapi dah namanya rezeki, dapat juga. Alhamdulillah. Memang rezeki Ramadhan cum rezeki untuk birthday sendiri juga ni. =) 

Cuma yang jadi isu kat aku sekarang ni adalah, aku tak sampai hati nak menghadap muka bos bertiga tu. Uwaaaa. Bos nombor 2 dah terkedu bila HR bagitau dia yang aku nak quit. Semalam call sini pun tak mau cakap dengan aku. Sobs. Bos, saya nak berhenti bukan sebab saya bencikan bos, tapi sebab saya dapat peluang yang lebih baik kat tempat yang lebih terjamin. Bukan nak kata bos tak jaga kebajikan saya, cuma saya rasa dah tiba masanya saya tengok dunia luar yang lebih luas tu.

Tadi dah call big boss nak jumpa dia esok. Nada suara macam cool je. Tapi tak tahulah. Jangan aku yang menangis nanti sudahlah. Haha. I know they will ask for a counter offer. Sebab gaji yang aku bakal dapat pun takdelah jauh beza sangat dengan gaji sekarang ni. Tapi keputusan aku ni bukanlah sebab gaji. Aku sayangkan peluang yang mungkin takkan datang lagi lain kali. Tolak tuah tu namanya. Hmm..

Haish,  ni yang jadi dilemanya. Bukan dilema nak berhenti tapi dilema nak jumpa bos. Wahai hati, tolonglah jangan berbelah bahagi ye? Please stay firm with your decision. Sesekali tak salah kita pentingkan diri sendiri untuk kebaikan diri kan? =)


2 Comments

Kad raya lagi....

Assalamualaikum.




Sembang sengal dengan orang yang sengal. LOL!

posted from Bloggeroid

Leave a comment

Sigh

Assalamualaikum.

Pergh, lama betul blog ni disawangkan. Alasan yang paling klise adalah, SIBUK! Haha. Ada orang rindu saya tak? :P Tapi normal kot. Bulan puasa ni masa untuk aku berfoya-foya sangat kurang, even ada tab dan smartphone depan mata. Kiranya Streamyx memang untung la kot bulan puasa ni kan? Hmm..

Tau-tau dah tinggal lebih kurang 10/11 hari je lagi nak raya. Sekejap benar rasanya Ramadhan tahun ni. Ke aku yang banyak buang masa ni eh? Ada masa lagi nak penuhi target tahun ni. Insya Allah.

Waktu macam ni kebanyakan orang dah tak fikir dah nak kejarkan fadhilat 10 malam terakhir tu. Semua sibuk dengan kuih rayalah, baju rayalah, langsir rayalah. Aku? Cukuplah apa adanya. Tak kuasa dah nak beria sangat. :)

Tahun ni tetiba tergerak hati nak kirim kad raya. Ni semua gara- gara si Sarina yang dok mintak alamat hari tu la. Kalau tak mesti aku tak terjebak. :p

Dannnn setelah sekian lama dok bertangguh nak tulis kad raya yang dah dekat 2 minggu dibeli, semalam baru berhasil tulis kad raya tu semua. Phew.

Inilah hasilnya.




 Kalau ada nama dan alamat korang di situ tunggu jela kadnya sampai ye? =)

Ada sesiapa lagi yang nak kad raya? :P


posted from Bloggeroid

2 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.