Persiapan menyambut Ramadhan

Assalamualaikum.

Hmm, sementara ada masa lapang. Err, lapang ke? Tengah stuck dengan kerja sendiri sebenarnya. Jadi, mari kita selak-selak nota Jumaat lepas sebab aku dah janji nak share kat sini kan? :)

Here we go;

Persiapan menyambut Ramadhan  seperti anjuran para ulama':

1. Mengulangi pelajaran mengenai puasa iaitu tentang syarat dan rukun puasa. Apa yang boleh kita buat dan apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa. Pendek kata macam revision la. Di samping tu, kita juga digalakkan memperhalusi juga hikmah dan rahsia puasa yang bakal kita lalui dalam beberapa hari lagi ni

2. Memperlihatkan kegembiraan bila menjelangnya Ramadhan. Kegembiraan tu dapat dirasai melalui perasaan hati dan ketenangan jiwa. Janganlah dok bersuka ria ingat nak raya je, puasa tak ingat. Macam satu artikel yang pernah aku baca dalam majalah Solusi tahun lepas, kalau ada 2 orang tetamu yang datang menziarah kita, mestilah kita akan layan tetamu yang datang lebih awal kan? Bukannya melayan tetamu kedua lebih berbanding tetamu pertama. Macam tu juga perumpamaannya bila nak sambut Ramadhan ni. Jangan terlalu ingat nak raya sampai kita lupa nak hargai kebesaran Ramadhan ni.

3. Memperbanyakkan doa. Antara doa yang disyorkan adalah doa supaya diberikan kekuatan fizikal dan mental, diberikan kelapangan untuk menambah amal ibadat, dapat menunaikan puasa dengan ikhlas serta dijauhkan daripada sifat-sifat Mazmumah.

4. Menguatkan semangat dan himmah iatu dengan berharap semoga kita diberi kekuatan jihad untuk memerangi hawa nafsu disamping menghiasi diri dan budi dengan akhlak terpuji.

5. Menjaga amalan, agar tak kerugian di akhirat. Maksudnya di sini, kalau kita buat amal ibadah tu, biar ikhlas semata kerana Allah, bukan untuk menunjuk-nunjuk. Tak pepasal susut pahala. Dan jangan jadikan puasa tu sebagai alasan untuk kita bermalas-malasan sebab Ramadhan ni bukan datang selalu. Kita pun tak pasti sempat lagi ke tidak jumpa Ramadhan yang akan datang. Jadi, mari kita ambil peluang untuk menambah amal dalam bulan mulia ni.

6. Menghapuskan adat-adat yang memberatkan. Ini memang tipikal orang kitalah. Tiap kali puasa, kita akan siapkan atau simpan bekalan makanan yang banyak walhal sebenarnya masa inilah kita boleh berjimat. Yelah, bila kita berpuasa bukannya kita boleh makan banyak. Sebaiknya, cuba kita ingat waktu kita membazir tu, berapa ramai fakir miskin yang tak mampu nak beli makanan? Agak-agak tergamak tak nak membazir?

7. Mengucap syukur atas ketibaan bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Moga dapat kita jalani Ramadhan tahun ni dan tahun-tahun mendatang selagi diizinkanNYA. Amin. :)

Oh, jangan lupa kita juga bakal tukar buku amalan dalam beberapa hari lagi ni. Ayuh top up mana yang kurang dan lompong di sana sini tu. :)

Till then, enjoy your Ramadhan! =)



Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Persiapan menyambut Ramadhan

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.