Archive for May 2012

Lupa Daratan

Assalamualaikum.

Hai enche' May! Haha. Tuan punya blog dah lupa daratan nampak gayanya. Lama betul berhibernasi dan menyawangkan blog ni. Haish.

Okay, hari ni nak cerita sikit tentang kekeliruan aku setiap kali aku berpuasa. Pelik sebab setiap kali puasa (yang bukan dalam bulan Ramadhan la) mesti aku akan kena sakit kepala. Memula aku fikir mungkin sebab tak cukup tidur. Tapi kalau dah everytime puasa macam tu juga, there must be something wrong somewhere kan?

So, tetiba tadi rasa gatal nak google tentang ni and end up aku jumpa penerangan daripada Dr. Zubaidi ni

Rupanya antara punca sakit kepala masa berpuasa ni adalah sebab dehydration, ketagihan kafein (ehem), stress dan juga kandungan gula yang rendah dalam darah. Oh ai si. Patut pun. 

Antara langkah pencengahan yang dicadangkan oleh Dr. Zubaidi untuk elakkan sakit kepala ketika berpuasa adalah kena banyak berehat dan banyak minum air masak untuk elakkan dehydration  

Kata Dr. Zubaidi lagi, kalau nak elak kandungan gula yang rendah dalam darah tu, jangan makan makanan manis waktu kita bersahur sebab bila kandungan gula terlampau banyak, sistem badan kita akan keluarkan insulin untuk meneutralkan kadar gula berlebihan tu. So akhirnya sama juga kan, tetap sakit kepala sebab kurang gula dalam badan. Pengambilan makanan berserat lebih digalakkan untuk menggantikan makanan manis tu.

Bagi penggemar kafein pula, boleh cuba kurangkan pengambilan kafein seminggu sebelum bulan puasa. Kalau memang tak boleh tinggal, terpaksalah bersahur dan berbuka dengan pengambilan kafein. Hoho.

Selain tu, elakkan diri daripada faktor yang boleh menyebabkan stress, kurangkan rasa marah atau baran, elakkan tidur yang berlebihan (dan kurang tidur juga) serta kena dapatkan rehat secukupnya untuk kurangkan sakit kepala tu. So takdelah yang asyik nak mintak excuse tak mahu puasa kan? ;)

Walla, thank you Doc! Memang sangat membantu untuk saya yang kerap mengalami sakit kepala tiap kali berpuasa ni. :)


Posted in | 4 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.