Seefood, anyone?

Assalamualaikum.

Akibat tekanan yang melanda sepanjang minggu lepas, aku terus ajak si Sarina temankan berjimba. Dalam dok memilih cerita tu, tetiba rasa nak tengok movie ni.

(Image source : Google)


Oleh kerana dah rasa tensi sepanjang minggu, takkan la nak layan movie yang bakal menambahkan tekanan kan? Jadi, jalan mudahnya layan kartun aje. :)

Yang kelakarnya, aku tak tahu pun movie ni adalah local product. Bila tengok kredit akhir - with support of MOSTI. Adeh! *tepuk dahi* Kesian betul kat diri sendiri. Hehe.

Banyak input positif dalam movie ni okay? Antaranya:

1. Jangan khianati kawan walaupun kita rasa kawan kita tu akan khianati kita suatu hari nanti.

2. Jangan bermuka-muka.

3. Jangan sesekali berniat jahat, sebab niat jahat biasanya takkan bawa kita ke mana-mana.

4. Jangan mudah memandang rendah keupayaan seseorang. Walaupun mungkin kekuatan atau keupayaan tu nampak kecil, tapi jika kita berazam dan berusaha, insya Allah apa yang diusahakan itu bakal berhasil juga.

5. Jangan suka nak menyombong tak tentu fasal dengan orang yang kita tak kenal. Mana tau, kita perlukan pertolongan mereka suatu masa nanti.

6. Ada semangat kerjasama yang kuat antara haiwan-haiwan ni walaupun mereka berlainan spesies. Hello, ikan dan ayam boleh co-operate untuk menentang manusia okay? Tapi manusia? Tak habis-habis berpecah belah hanya kerana hal-hal remeh. :)

7. Jangan leka sangat mengejar keuntungan sampai mengabaikan keseimbangan alam.

8. Jangan buang sampah merata-rata, terutamanya kepada sumber air. Sebab kalau kita giat membuang sampah merata-rata, mungkin generasi akan datang dah tak kenal ikan dan segala hidupan laut lain tu kot?

Oh my, kenapa bunyi macam cikgu tadika dah ni? lol But seriously, it's a good movie to watch. So sempena cuti sekolah ni, bolehla bawa anak-anak atau adik-adik (kalau ada yang masih ada adik kecil) ke pawagam untuk menonton si Pup yang comel ini. :)

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to Seefood, anyone?

  1. pergkhhhhh!!

    citer karton pun banyak sunggoh pengajaran dia ye kak siti!... tabek spring sayaa! ke awak nak perli orang lain niii??...haha

    ReplyDelete
  2. Uncle Jonni:
    hehe, bwla ur darling tu pergi tengok movie ni. :)

    anyway, thank you for dropping by. :)

    Noey:
    hahaha, saya dah terasa cam cikgu tadika lak. erkkk, perli orang lain? haha. ampun la kalau ada yang terasa. :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.