Kebodohan apakah ini?

Assalamualaikum.

Hoho, suka betul menyawangkan blog sekarang ni kan?

Kali ni aku macam nak highlight some of the silly things yang buat aku rasa macam nak tanya je orang yang terlibat tu, 'kebodohan apakah yang sebenarnya sedang terjadi ni?' bila melibatkan insiden-insiden di facebook. Facebook lagi? Ya, hal di facebook lagi. Sila bertahan untuk seketika ya? Hmm.

Okayyy, aku mengaku. Kadang-kadang aku juga ada buat perkara-perkara 'bodoh' di laman sosial itu. Tapi, insya Allah mudah-mudahan kita sama-sama berubah ke arah perkara yang lebih baik. :)

Memang banyak pro dan kontranya laman sosial ni. Cuma pada aku, kitalah yang kena pandai mempergunakannya. Kalau kita bersosial dengan tujuan yang baik, baiklah jadinya. Kalau bersosial untuk tujuan yang tak baik, maka tak baiklah jadinya.

Hakikatnya sekarang ni banyak yang baik ke yang buruk? Kekadang niat baik pun boleh jadi buruk juga tau? Tak percaya? Cuba ingat, pernah tak korang share something yang belum tentu kesahihannya kat laman sosial tu? Mesti pernah kan? Lepas tu esok atau lusanya pulak share penerangan berkaitan tentang hal yang sebelum tu yang kononnya tak betul. Dah macam tak tetap pendirian jadinya. Tak terasa ke diri macam penyebar fitnah? Nauzubillah. Rasanya kan zaman moden ni, kita kena tukarlah pepatah 'kerana mulut badan binasa' tu kepada 'kerana jari badan binasa'. Kan? Lepas ni tolonglah siasat dulu kebenaran sebelum mengepos. Fikir panjang-panjang sikit. Nanti tak pepasal dapat dosa.

Satu lagi perkara yang aku jumpa adalah keemoan orang kat laman sosial ni. Hello, sini bukan tempat meluahkan kemarahan okay? Nak meluah boleh, cuma tolonglah jangan obvious sangat. Bila ada yang terasa, mulalah nak remove atau unfriend dengan si polan dan si polan. Haila, kan tujuan asalnya nak menambah kawan sambil mengeratkan silatulrahim, kenapa boleh jadi sebaliknya pulak eh? Aku dah jumpa dua kes dan salah satunya melibatkan diri sendiri. Walaupun kes aku tu bukan sebab facebook, tapi kira kesnya lebih kuranglah. Ada orang emo yang tak boleh nak terima kritikan. Terus remove aku daripada senarai kawan dia. Takpelah. It's not mine, but your loss. Aku tak rugi apa pun, tapi dia mungkin rugi peluang untuk mengembangkan apa yang sedang dia usahakan sekarang. It's okay. Saya doakan semoga awak berjayalah ye? :)

Akhir sekali perkara yang aku tak berapa berkenan adalah orang yang suka check in kat merata yang dia pergi. Hello, masuk tandas pun nak check in ke? (sambil jeling orang kat Pasir Gudang tu) Haih. Don't you realise yang kekadang perkara tu boleh attract stalker? Huish, tak mau dah terlibat dengan enche' stalker nih. Dan ada satu 'kebodohan' yang aku baru saksikan beberapa hari lepas berkaitan ni. Ada ke, declare diri sendiri MC. Lepas tu tengok status kat facebooknya bersarapan pagi di McD. Apakahhhh? Okay, aku tak pasti orang lain tapi pada aku istilah MC aku adalah melepek di rumah sebab tujuan MC tu sendiri adalah untuk merehatkan diri di rumah. Kalau ye pun nak bersarapan ke atau tengok wayang ke waktu MC tu tak perlulah nak bangga menguar-uarkan di laman sosial ye? Kan dah 'ter'tunjuk betapa tak cerdiknya anda di situ? :)

Sangat kesian okay?

Jadi, marilah kita perbaiki gaya bersosial kita lepas ni. Jangan nak menghambur kemarahan sesuka hati. Jangan nak emo tak tentu hala. Jangan rajin sangat nak check in setiap kali sampai suatu tempat. Motif? Oh, nak bagitau yang dia dah sampai Johor Premium Outlet rupanya. Opss! :P

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to Kebodohan apakah ini?

  1. lawonyer cover blog nihhh!!! nak jugakkkk!!!!

    ReplyDelete
  2. hahahaha..sebab sangat teruja tgk ade toilet kt foursquare tuh :p

    ReplyDelete
  3. Noey:

    terima kasihhh. sesekali tukar angin. nanti bosan tukar lah. :)

    iNa:

    hoho. org yang memula check in tu la yang paling tak senonoh. :P

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.