Archive for March 2012

Lawak pagi :p

Assalamualaikum.



Lama woh tak layan sengal camni. :p

2 Comments

Sessi lepas geram

Assalamualaikum.

Maaf ye, ini sessi lepas geram. Khas ditujukan untuk mereka yang berkaitan. Heh.

tensi


Nak letak expectation setinggi langit boleh, dengan syarat tolong beri motivasi setinggi langit juga.

Tak perlu nak harapkan yang terbaik daripada orang lain sedangkan kita buat sambil lewa. Tak adil tu namanya.

Orang kata jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan sedangkan diri kita sendiri tak bersifat sempurna. Jadi, silalah ukur baju di badan masing-masing sekarang.

I think it's time for me to move on. Or maybe I should start with something new? Hmmmmm...

Leave a comment

Wordless Wednesday #14 - Tempat shopping tudung yang ohsem :)

Assalamualaikum




Kalau orang tanya, kat sinilah tempatnya.

p/s: Square Hijabs yang model tu pakai sama dengan yang saya pakai di sini

Posted in | Leave a comment

To whom it may concern :P



Now that you're just somebody that I used to know =)

Oh, sila abaikan. Tiada kaitan dengan sesiapa. Just enjoy the music. Ni antara lagu yang paling kerap berulang dalam playlist.

Ni memang terapi biasa bila tensi menghadap kerja kan? Hoho.

Have a great week everyone! :)

Assalamualaikum.


Leave a comment

Seefood, anyone?

Assalamualaikum.

Akibat tekanan yang melanda sepanjang minggu lepas, aku terus ajak si Sarina temankan berjimba. Dalam dok memilih cerita tu, tetiba rasa nak tengok movie ni.

(Image source : Google)


Oleh kerana dah rasa tensi sepanjang minggu, takkan la nak layan movie yang bakal menambahkan tekanan kan? Jadi, jalan mudahnya layan kartun aje. :)

Yang kelakarnya, aku tak tahu pun movie ni adalah local product. Bila tengok kredit akhir - with support of MOSTI. Adeh! *tepuk dahi* Kesian betul kat diri sendiri. Hehe.

Banyak input positif dalam movie ni okay? Antaranya:

1. Jangan khianati kawan walaupun kita rasa kawan kita tu akan khianati kita suatu hari nanti.

2. Jangan bermuka-muka.

3. Jangan sesekali berniat jahat, sebab niat jahat biasanya takkan bawa kita ke mana-mana.

4. Jangan mudah memandang rendah keupayaan seseorang. Walaupun mungkin kekuatan atau keupayaan tu nampak kecil, tapi jika kita berazam dan berusaha, insya Allah apa yang diusahakan itu bakal berhasil juga.

5. Jangan suka nak menyombong tak tentu fasal dengan orang yang kita tak kenal. Mana tau, kita perlukan pertolongan mereka suatu masa nanti.

6. Ada semangat kerjasama yang kuat antara haiwan-haiwan ni walaupun mereka berlainan spesies. Hello, ikan dan ayam boleh co-operate untuk menentang manusia okay? Tapi manusia? Tak habis-habis berpecah belah hanya kerana hal-hal remeh. :)

7. Jangan leka sangat mengejar keuntungan sampai mengabaikan keseimbangan alam.

8. Jangan buang sampah merata-rata, terutamanya kepada sumber air. Sebab kalau kita giat membuang sampah merata-rata, mungkin generasi akan datang dah tak kenal ikan dan segala hidupan laut lain tu kot?

Oh my, kenapa bunyi macam cikgu tadika dah ni? lol But seriously, it's a good movie to watch. So sempena cuti sekolah ni, bolehla bawa anak-anak atau adik-adik (kalau ada yang masih ada adik kecil) ke pawagam untuk menonton si Pup yang comel ini. :)

3 Comments

Kebodohan apakah ini?

Assalamualaikum.

Hoho, suka betul menyawangkan blog sekarang ni kan?

Kali ni aku macam nak highlight some of the silly things yang buat aku rasa macam nak tanya je orang yang terlibat tu, 'kebodohan apakah yang sebenarnya sedang terjadi ni?' bila melibatkan insiden-insiden di facebook. Facebook lagi? Ya, hal di facebook lagi. Sila bertahan untuk seketika ya? Hmm.

Okayyy, aku mengaku. Kadang-kadang aku juga ada buat perkara-perkara 'bodoh' di laman sosial itu. Tapi, insya Allah mudah-mudahan kita sama-sama berubah ke arah perkara yang lebih baik. :)

Memang banyak pro dan kontranya laman sosial ni. Cuma pada aku, kitalah yang kena pandai mempergunakannya. Kalau kita bersosial dengan tujuan yang baik, baiklah jadinya. Kalau bersosial untuk tujuan yang tak baik, maka tak baiklah jadinya.

Hakikatnya sekarang ni banyak yang baik ke yang buruk? Kekadang niat baik pun boleh jadi buruk juga tau? Tak percaya? Cuba ingat, pernah tak korang share something yang belum tentu kesahihannya kat laman sosial tu? Mesti pernah kan? Lepas tu esok atau lusanya pulak share penerangan berkaitan tentang hal yang sebelum tu yang kononnya tak betul. Dah macam tak tetap pendirian jadinya. Tak terasa ke diri macam penyebar fitnah? Nauzubillah. Rasanya kan zaman moden ni, kita kena tukarlah pepatah 'kerana mulut badan binasa' tu kepada 'kerana jari badan binasa'. Kan? Lepas ni tolonglah siasat dulu kebenaran sebelum mengepos. Fikir panjang-panjang sikit. Nanti tak pepasal dapat dosa.

Satu lagi perkara yang aku jumpa adalah keemoan orang kat laman sosial ni. Hello, sini bukan tempat meluahkan kemarahan okay? Nak meluah boleh, cuma tolonglah jangan obvious sangat. Bila ada yang terasa, mulalah nak remove atau unfriend dengan si polan dan si polan. Haila, kan tujuan asalnya nak menambah kawan sambil mengeratkan silatulrahim, kenapa boleh jadi sebaliknya pulak eh? Aku dah jumpa dua kes dan salah satunya melibatkan diri sendiri. Walaupun kes aku tu bukan sebab facebook, tapi kira kesnya lebih kuranglah. Ada orang emo yang tak boleh nak terima kritikan. Terus remove aku daripada senarai kawan dia. Takpelah. It's not mine, but your loss. Aku tak rugi apa pun, tapi dia mungkin rugi peluang untuk mengembangkan apa yang sedang dia usahakan sekarang. It's okay. Saya doakan semoga awak berjayalah ye? :)

Akhir sekali perkara yang aku tak berapa berkenan adalah orang yang suka check in kat merata yang dia pergi. Hello, masuk tandas pun nak check in ke? (sambil jeling orang kat Pasir Gudang tu) Haih. Don't you realise yang kekadang perkara tu boleh attract stalker? Huish, tak mau dah terlibat dengan enche' stalker nih. Dan ada satu 'kebodohan' yang aku baru saksikan beberapa hari lepas berkaitan ni. Ada ke, declare diri sendiri MC. Lepas tu tengok status kat facebooknya bersarapan pagi di McD. Apakahhhh? Okay, aku tak pasti orang lain tapi pada aku istilah MC aku adalah melepek di rumah sebab tujuan MC tu sendiri adalah untuk merehatkan diri di rumah. Kalau ye pun nak bersarapan ke atau tengok wayang ke waktu MC tu tak perlulah nak bangga menguar-uarkan di laman sosial ye? Kan dah 'ter'tunjuk betapa tak cerdiknya anda di situ? :)

Sangat kesian okay?

Jadi, marilah kita perbaiki gaya bersosial kita lepas ni. Jangan nak menghambur kemarahan sesuka hati. Jangan nak emo tak tentu hala. Jangan rajin sangat nak check in setiap kali sampai suatu tempat. Motif? Oh, nak bagitau yang dia dah sampai Johor Premium Outlet rupanya. Opss! :P

3 Comments

Emo sekejap

Assalamualaikum.

Phew, nyaris tak terlupa url blog. :P

Okay, exaggerate namanya tu. Tipu kalau tak ingat sebab password blogger masih valid. Haha.

Nothing much, cuma nak rant some emotion hari ni.

Guess what, there's a human who called himself as a professional but at the same downgraded other people's job.

Serius tak faham. Aku rasa prosedur kerja lebih kurang sama je walau kami ni bukan sama bidang.

Katakanlah, kalau client dia demand memacam. Kena ikut spesifikasi yang cerewet dan demand tu pulak perlu dipenuhi dalam tempoh masa yang singkat. But at the same time client dia tak provide document yang lengkap atau maklumat yang lengkap, kerja tetap tak boleh disiapkan dengan cepat kan?

Same goes with my job. You are the one that not providing me with sufficient info and documents. Officer pun lemau macam biskut expired. So, what do you expect? Ingat kami ni robot ke? Robot pun tak boleh buat kerja la kalau manusia tak gerakkannya oih. Grr!

Lagipun bukan kerja kau seorang je yang aku kena hadap okay?

Okay dah. Cukup. Tak mahu marah-marah dah. Kena sambung kerja pulak.

Moral of the story; jangan suka-suki je nak pandang rendah kerja orang lain okay? Walau serendah mana pun jawatan dia, masih ada fungsinya pada masyarakat. Lagipun kat padang Mahsyar nanti pun pakaian kita sama juga. So, tak payahla nak berbangga dengan title kerja as a 'professional' tu. Ops!

Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.