Sabah Trip 2

Assalamualaikum.

Okay, mari kita sambung.

Lepas maghrib lebih kurang, kami sampai hotel untuk check in. Ha, masa sampai ni je dah terasa sejuk. Yela kawasan tanah tinggi kan? Tidur pun tak payah nak berkipas - air cond segala. Tak tahulah kalau lemak banyak sangat kan? Hihi.

The 'best' part is, heater tak berfungsi dan kami mandi air ais. Cuba bayangkan mandi pagi musim hujan tapi upgrade sikit guna air sejuk dari fridge. Haha. Macam tu lah rasanya. No choice. Takkanlah dah berlengas satu hari lepas tu tak nak mandi kan? Pagi esoknya pun gigih mandi seawal jam 5.30 pagi dengan keadaan yang sama. Mujur satu hari je. Phew~

Konon bangun awal nak tengok sunrise. Harapan! Haha. 6.30 pagi dah macam pukul 7 pagi kat sini.

page7

Ni antara view Gunung Kinabalu waktu pagi. Alhamdulillah, dapatla tengok puncak gunung pepagi ni. Nampak batu-batu je bak kata our tourist guide. Sebab kalau lewat sikit dah berkabus. Agaknya kalau awal sikit mesti nampak pendaki yang dah sampai sebelum subuh kat atas tu kan?

Then lepas sarapan, pakcik tourist guide tu bawa kami singgah ke pasar Kundasang.

page8

Memanglah best je nampak sayur dan buah-buahan yang segar-segar kan? Rasa macam nak borong, tapi bila fikir nak naik flight tak payahla berangan nak borong. Haha.

page9

Ha, kemudian singgah Strawberry Garden Hotel kekononnya nak beli strawberry kalau ada. Takde rezeki pulak. Belum musim katanya. Bulan April nanti baru adalah strawberrynya kot? Cuma sempat beli coklat strawberry je untuk dibawa pulang ke semenanjung. Ada lagi dalam fridge tu. Hehe.

page10

Then, sampailah ke Kinabalu Park. Azab juga nak sampai ke atas nih. Itu naik kereta. Kalau yang mendaki tu? Huuuuuh!

Untuk pelawat cuma dibenarkan sampai pondok Timpohon tu jela. Kalau nak mendaki kena mendaftar dulu kat dalam Kinabalu Park tu juga rasanya. Siap ada pakej sebab ada hotel juga dalam tu.

So sebab tak mendaki, kita enjoy the view~

page11

Ni view dari atas pondok Timpohon.

page12

Yang ni pulak view dari satu hentian antara Pondok Timpohon dengan entrance Kinabalu Park.

Lepas je berjimbaan di Kinabalu Park, kami teruskan perjalanan balik ke Kota Kinabalu (KK). Singgah Tamparuli naik jambatan. Gayat pun naik juga. Hehe. Gambar ada tapi takde simpan pulak. Ish. Kemudian singgah makan tengahari sebelum check in kat Marina Court Resort Condominium.

Rehat sekejap, lepas Asar kami start shopping spree pulak. Kebetulan tempat yang dibawa bershopping (yang tak ingat kat mana) tu memang affordable to shop. Pergi pasar malam pun takkan dapat harga macam tu okay?

Siap bershopping kat Mall tu, pergi makan seafood kat Kampung Air (kot?) sebelum sambung shopping. Phew. Memang puas makan. Berbaloi sungguh datang jejauh makan macam tu. Tapi malangnya gambar semua takde pada aku. So tak dapatlah nak upload. Huhu.

Hari terakhir, bersarapan di McD depan Centrepoint sebelum bersiap-siap untuk check out. Kemudian makan tengahari di Restoran Kak Nong sebelum singgah ke pantai Tanjung Aru. Wohoo..

page13

Nah, main panas sambil bergambar di tepi pantai. Hoho. Ni pun kira macam nak habiskan masa sebelum hantar our big bos (Kak Haniz) balik. Dia naik flight jam 3 petang ke KL, flight kami jam 6.30 ke JB. So, kami ada masa lagi untuk sambung shopping. Hehe.

Habis shopping pakcik tourist guide hantar ke airport. Tamatlah pengembaraan kami ke Sabah selama 3 hari tu. Terima kasih pakcik. Jasamu akan kami kenang. Insya Allah, ada rezeki boleh ke sana lagi. =)

Memang penat, tapi seronok juga sesekali melarikan diri daripada kesibukan harian kan?

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

5 Responses to Sabah Trip 2

  1. gamba 3 org buta sambel sorg pegang tiang tuh sangat poyo oke :p

    ReplyDelete
  2. iNa:
    Hahahaha, gaya macam tak pernah buat je kan? :p

    Noey:
    sesekali keluar kawasan jajahan. hihi. :D

    ReplyDelete
  3. woah, jauh jln ek.
    btw, nice layout. mcm tag line iklan tp lain sket "menyerlahkan jiwa muda anda" heheheh :p

    ReplyDelete
  4. cisss, boleh pulak dia dtg buat lawatan. thankssss. hahaha. ha, jiwa memang kena nampak muda remaja selalu kan? :p

    ooo, dah tukau blog eh? patutlah blogdrive dah lama bersawang. :p

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.