Sabah Trip 1

Assalamualaikum.

Hoho. Maaf. Maaf. Maaf. Virus M datang menyerang menyebabkan blog ni bersawang. Haha. Konon nak update minggu lepas sebab dah siap upload dah semua gambar kat flickr. Tapi apa nak buat, kemalasan melanda. Lebih rela melayan bloghopping daripada update blog sendiri. Hihi.

Trip ni pun kira dah basi dah kot. Dah 2 minggu dah balik dari Sabah ni. Dah alang-alang ni, tepek jela gambar yang ada kan?

Plan nak berjimba ni sebenarnya dari tahun lepas lagi. My ex-colleague, Kak Haniz tu yang plan dan book semua. Kami bertiga cuma bawa diri dan bawa duit berkepuk sendiri je. Jadi 5 hb tu bertolak dari Johor Bahru jam 9.20 pagi, touch down kat Kota Kinabalu (KK) lebih kurang jam 11.25 pagi. Dengan urusan imigresen semua dalam selesai lebih kurang jam 11.40 pagi. Tourist guide kami sampai airport lebih kurang 10 minit lepas tu.

page1

Kalau ikutkan sebenarnya mana boleh bergambar kat kawasan tu. Tapi selamba jela sebab takde orang tegur kan? Haha.

Lepas je tourist guide sampai, dia bawa kami lunch kat sekitar KK. Yang aku ingat kedai tu ada nama Mawi. Haha. Jauh Mawi buka kedai makan ek? :P Satu pengalaman baru waktu makan kat Sabah ni, almost every dishes akan disertakan dengan sup. Kata pakcik tourist guide tu, memang kebanyakan kedai makan akan serve sup sebab diorang nak promote sup yang diorang jual. Ohooo, patutlah. Then, baru gerak ke Kundasang.

page2

Ni singgah masa on the way ke Kundasang. Tak ingat pulak nama tempatnya. Dari sini nampaklah Gunung Kinabalu walau tak nampak puncaknya. Sejuk pun iya juga. Kalau nak tahu, jalan ke Kundasang tu macam ular kena palu okay? Mujur masa pergi naik bukit, maka pakcik tu takdela drive laju kan? Masa balik azab! Haha.

Kalau ikut plan sebenarnya kami pergi Kinabalu Park dulu. Hari Isnin baru ke Poring Hotspring tu. Tapi sebab sampai pun lebih kurang jam 3 petang, so our tourist guide suggest kami ke Poring Hotspring terus. Isnin pagi masa on the way balik baru ke Kinabalu Park. Senang juga tak payah nak patah balik. Sebab jarak ke Poring Hotspring dari tempat penginapan kami kat Kundasang tu lebih kurang 50km. So, baik kita pergi yang jauh dulu kan?

page3

Ni sekitar Poring Hotspring. Tak mandi pun. Setakat bergambar je. Kebetulan datang masa public holiday, jadi macam tak sesuai nak bermandi manda dengan selesa di situ.

page4

Menikmati pemandangan flora dan fauna. Haha.

page5

Konon nak pergi air terjun tu, tapi rupanya situ hanya untuk jungle tracking je. Apeda..

page6

Ni kawasan orang mandi manda tu. Kat situ ada 1 kolam kalau rasa nak rendam kaki. Kami lalu je. Tak singgah pun. Ramai sangat orang masa tu.

Perjalanan balik, singgah pekan Ranau untuk makan malam sebelum check in kat The Cottage Hotel Kundasang.

Yang ni nanti sambung kat second part. Tak larat nak sambung hari ni. Haha. Daa~!

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.