Perihal prasangka

Assalamualaikum

Maaf. Maaf. Maaf. Kecelaruan fikiran berlaku minggu ni, so tak dan nak update blog. Huhuh. 

Bermula dengan job yang bakal meruntun kesabaran sebab akan ada banyak late adjustment, diikuti oleh kerja melayan akauntan pemalas. Semua nak mengharap auditor buat. Haila. Benda senang yang mudah dibuatnya sampai jadi complicated. Aku ni sikit lagi nak bertukar jadi Hulk dah. Tapi bila fikirkan amarah yang takkan bawa ke mana, terima ajelah dengan redha. Sobs. 

Maaf juga buat sms dan bbm yang tak sempat dibalas. Bila otak celaru, mood nak menaip sms / bbm juga merudum. Takut terlampias pulak rasa marah tu kat orang lain nanti. :P

Then, Sabtu lepas melepak dengan HR cum Admin dept kat HQ right after kelas mengaji. Macam- macam cerita yang aku dapat cover. Heh, dah macam wartawan pulak. Tak sangka sebenarnya. 

Hmm, nak cakap macam mana ni eh? Seingat aku kan, apa yang aku belajar daripada ustaz dan ustazah kat sekolah agama dulu, prasangka dan berburuk sangka pada orang lain itu adalah salah satu penyakit hati. Kalau boleh elakkanlah, berprasangka dan berburuk sangka dengan orang lain ni. Tapi, bila dengar cerita daripada diorang tu aku terfikir, adakah kita patut simpan 'sedikit' prasangka pada orang lain sebagai langkah berjaga-jaga untuk diri sendiri? Zaman sekarang ni, macam-macam hal boleh berlaku. Orang yang kita kenali dengan 'personaliti' bersih pun boleh terlibat dengan perkara mungkar. Nauzubillah. Memang sangat tak sangka, tapi itulah hakikatnya. 

Betullah kata orang, hati tu Allah yang pegang. Kalau Dia izinkan nak bagi hidayah, sekejap je hidayah tu sampai. Tapi kalau tak diizinkanNya, sekejap je dah ditarik. Nauzubillah. Mudah-mudahan dijauhkan. Amin.  

Sekarang ni aku memang bersyukur sangat bila bos tetapkan setiap orang wajib hadiri tazkirah yang diadakan setiap hari Jumaat tu. Yelah, memanglah dah belajar perkara-perkara tu kat sekolah agama dulu. Tapi tak salahkan refresh memori sendiri. Bukan semua yang kita belajar tu akan kita ingat sampai sekarang. Even bila belajar bab solat pun aku sendiri terasa, banyaknya yang kurang. Banyaknya yang perlu modify. Sekurang-kurangnya akan jadi satu peringatan untuk diri sendiri bila tetiba rasa nak buat perkara yang tak baik kan?  Alhamdulillah. Terima kasih bos! ;)

Tahun ni antara azam aku adalah untuk mengurangkan amarah dan mengurangkan penyakit hati. Jadi, jangan pelik kalau tak nampak aku bersosial sangat sekarang. Had bersosial mungkin hanya di blog dan twitter. Facebook akan hanya memangkin penyakit hati kalau dah banyak sangat di'suap' dengan post yang menjengkelkan. :P

Jadi, tolonglah doakan saya agar dapat bermuhasabah diri selalu okay? Terima kasih. ;)

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Perihal prasangka

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.