3D2N Trip 1

Assalamualaikum.

Wah, kali ni cuti memang dimanfaatkan sepenuhnya okay? 3 hari yang penuh dengan event. Jadi escort menghantar pengantin. Hahah. Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat kembali ke Johor Bahru hari Rabu jam 12.45 a.m. Phew..

Dah lama tak berjimba macam ni sebenarnya. Yelah, kalau ikutkan aku masih berbelah bagi nak ikut trip ni. Tapi bila fikir balik, bila lagi nak berjalan-jalan macam ni kan? So, setelah dipujuk oleh mereka itu, maka aku pun decide untuk ikut trip ni.

Perjalanan kami ke Perak pada hari Ahad tu agak smooth. Tak jumpa jem pun. Agaknya semua orang dah berebut balik hari Sabtu, maka perjalanan hari Ahad takdelah sesak mana pun. Sampai ke Sungai Siput, hujan turun dengan lebat. Hujan sempena menyambut kedatangan kami la tu kot? :P

First day sampai memang takde aktiviti la. Cuma melepaskan penat masing-masing setelah menempuh perjalanan melebihi 8 jam.

Hari kedua, dimulai dengan sessi menyakat bakal pengantin. Hahah.

Bila aku tanya nyenyak atau pun tidak tidurnya malam sebelum tu, dia jawab; "Tak boleh tidur la kak." Thihi. No comment. Hanya orang yang melaluinya je yang rasa kan? ;)

page1


Pengantin selamat dinikahkan tepat jam 9.45 pagi. Alhamdulillah.

page2

Mengharungi cuaca panas untuk bersanding. Huehue..

page3

Pengantin bersama ahli rombongan dari Johor Bahru. ;)

Alhamdulillah, dah selamat dah pasangan ni bergelar suami isteri. Selamat Pengantin Baru untuk Atun dan Fairuz. Selamat berbahagia dan semoga tabah menempuhi kehidupan baru yer? =)

*Bakal bersambung part II.

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to 3D2N Trip 1

  1. ini bukan berjimba...
    wa nk gamba g berjimba sampai x hengat nk balek tuh...
    hahahahahaa

    ReplyDelete
  2. hahahaha. jeleskah? :P

    tungguuuuu. part II bakal menyusul.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.