Archive for January 2012

Restore to default

Assalamualaikum.

Aku rasa petang tadi memang dah sedih tahap giga dah. Alhamdulillah, sekarang dah okay sikit. Kalau tak, entry aku kali ni mesti lagi emo kan? :P

Hmm, rasanya betul kot orang kata yang kita tak perlu mengagumi seseorang secara berlebihan (kecuali Rasulullah s.a.w la kan? Itu role model sepanjang zaman =)). Sebab bila orang yang kita kagumi tu dah buat sesuatu yang boleh surutkan rasa kagum atau rasa hormat kita pada dia, perasaan kekaguman kita tu dah tak boleh nak restore to default dah. Ia akan menyusut sampai paras negatif. Buat baik macam mana sekali pun, perasaan tu takkan jadi macam dulu balik. Jadi, tak payah la nak kagum berlebihan sangat dah sekarang. Berpada-pada je sudah..

Sebab apa tau? Aku sendiri tengah mengalaminya sekarang. Sedih. Huh. Tapi, biarlah. Dia tau silent treatment yang akan dia terima lepas ni. Aku rasa orang yang kenal aku dah tau dah macam mana kalau aku marah. Bila aku marah, memang waktu tu juga kena marah. Tapi lepas tu sejuk dah. Tapi dia antara orang yang 'bertuah' sebab terima silent treatment dari aku. Heh.

Soooo, let that person be. Aku malas nak beratkan kepala fikir pasal dia dah. And yes, you're no longer an idol to me now. Sila dok jejauh dari saya sekarang. :P

Kena ingat ayat ni je selalu : If Allah brings you to it, He will bring you through it. (Insya Allah =))

Tengah dok sayu sensorang tadi terdengar lak lagu nih. :(



Macam mana jika ditakdirkan meninggal waktu ni? Dah cukup amal ke eh? Uwaaaa... :'(

Dah, nak sambung kerja lak. Tak siap nanti bertambah sedih lagi. Kbai!

P/s: Really miss my youth days (excluding him. haha). :'(

2 Comments

J-Yeah!

395432_349863588365059_206490422702377_1324241_707749617_n

Photo credit : here

Jumpa ni masa jenjalan tadi. Allah takkan jadikan sesuatu dengan sia-sia kan? =)

Happy weekend everyone!

Assalamualaikum.

Posted in | Leave a comment

3D2N Trip 2

Assalamualaikum.

Okay, sebab ada orang tak puas hati tak ada gambar sedang berjimba maka entry kali ni kita sambung trip part II pulak.

Sebenarnya masa hari pertama sampai tu, big bos kami ada suggest suruh kami ke Penang. Katanya, dah alang-alang sampai Perak ni, pergilah Penang. Bukan jauh pun..

Oh, sebelum tu, lupa pulak. Sebenarnya kenduri kahwin yang kami attend ni adalah kenduri kahwin anak buah big bos. Bertemu jodoh satu office jugak. =)

So, lepas tambah tolak darab bahagi, kami decide untuk ke Kuala Lumpur aje lepas majlis tamat. Bila fikir seronok nak berjalan memang 'gamble' jela redah pergi Penang tu. Tapi bila fikirkan kesesakan yang bakal ditemui untuk perjalanan balik tu, maka kami bergerak ke KL sajala. Tidur semalam, hari Selasa baru bertolak balik ke Johor Bahru.

Tapi, takkanla nak lepak semata je kan datang KL ni? Masing-masing dah pening, tak tahu mana nak tuju. Pada aku, kalau setakat nak tawaf shopping complex, baiklah balik je. Haha. Jadi, hasil perbincangan kami masa bersarapan di McD Bandar Sunway tu, masing-masing sepakat untuk ke Putrajaya. Nak merasa naik cruise katanya.

page4
Yay, finally sampai juga ke Putrajaya. Haha. Masa ni baru sampai. Sibuk bergambar depan Masjid Putra nih. Gambar yang ketiga tu kat depan Cruise Tasik Putrajaya.

page5

Cruise trip ni ambik masa selama 45 minit. Bayaran yang dikenakan sebanyak RM 30 untuk dewasa dan RM 20 untuk kanak-kanak. Tapi itu rate untuk pemegang mykad. Untuk rate yang lain boleh tengok kat sini.

page6

Sepanjang trip ada guide yang tunjuk bangunan-bangunan yang terdapat di Putrajaya ni. Siap berserta dengan fakta tentang bangunan itu juga. Yang paling aku ingat adalah bangunan Monumen Alaf Baru yang diinspirasikan oleh bunga kebangsaan kita, bunga raya. Tapi dalam gambar ni tak ada pulak gambar Monumen Alaf Baru tu. Harap maaf. :P

Sebelum balik sempatlah snap gambar depan bangunan JPM tu. Bukti kekononnya dah sampai Putrajaya. Tapi malas la nak upload. Hahah. :P

Last but not least, simpan perut untuk aktiviti makan-makan di Umbai, Melaka. Yummeh!

page7

Memang puas hatilah kot. Caj untuk makan berenam lebih kurang RM 140++ je. Kira berbaloila jugak kan?

Ehem. So, lepas ni sambung menulis untuk next destination trip pulak minggu depan. Wahaha. Berjalan aje kerjanya tahun nih. :P



1 Comment

3D2N Trip 1

Assalamualaikum.

Wah, kali ni cuti memang dimanfaatkan sepenuhnya okay? 3 hari yang penuh dengan event. Jadi escort menghantar pengantin. Hahah. Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat kembali ke Johor Bahru hari Rabu jam 12.45 a.m. Phew..

Dah lama tak berjimba macam ni sebenarnya. Yelah, kalau ikutkan aku masih berbelah bagi nak ikut trip ni. Tapi bila fikir balik, bila lagi nak berjalan-jalan macam ni kan? So, setelah dipujuk oleh mereka itu, maka aku pun decide untuk ikut trip ni.

Perjalanan kami ke Perak pada hari Ahad tu agak smooth. Tak jumpa jem pun. Agaknya semua orang dah berebut balik hari Sabtu, maka perjalanan hari Ahad takdelah sesak mana pun. Sampai ke Sungai Siput, hujan turun dengan lebat. Hujan sempena menyambut kedatangan kami la tu kot? :P

First day sampai memang takde aktiviti la. Cuma melepaskan penat masing-masing setelah menempuh perjalanan melebihi 8 jam.

Hari kedua, dimulai dengan sessi menyakat bakal pengantin. Hahah.

Bila aku tanya nyenyak atau pun tidak tidurnya malam sebelum tu, dia jawab; "Tak boleh tidur la kak." Thihi. No comment. Hanya orang yang melaluinya je yang rasa kan? ;)

page1


Pengantin selamat dinikahkan tepat jam 9.45 pagi. Alhamdulillah.

page2

Mengharungi cuaca panas untuk bersanding. Huehue..

page3

Pengantin bersama ahli rombongan dari Johor Bahru. ;)

Alhamdulillah, dah selamat dah pasangan ni bergelar suami isteri. Selamat Pengantin Baru untuk Atun dan Fairuz. Selamat berbahagia dan semoga tabah menempuhi kehidupan baru yer? =)

*Bakal bersambung part II.

2 Comments

Selamat Hari Kejadian =)

Assalamualaikum

Buat kamu yang berada nun jauh di sana (tapi dekat di hati oh.. eceh.. :P)

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 33 eh 32.

Semoga dipanjangkan usia dalam keberkatan,

Semoga dimurahkan rezeki dengan keberkatan,

Semoga dipermudahkan segala urusan

Dan semoga dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Amin... =)

P/s: Sorry sebab tahun ni tak sms. Bukannya lupa, cuma aku tak tahu macam mana keadaan kat sana either sesuai atau pun tak nak bersms. Jangan risau, aku tak pernah lupakan kau ye kawan? =)

2 Comments

Bila kerja dah siap....

... maka saya pun kebosanan. Haih.

Siap je kerja, pass kat bos pagi tadi untuk dia review. Then petang ni dah email draft to client. Alhamdulillah.

Sekarang ni cuma tunggu if ada any amendment daripada pihak client.

In the meantime, boleh berjimba sampai minggu depan.encem




Have a nice weekend everyone!

Assalamualaikum =)

Leave a comment

Perihal prasangka

Assalamualaikum

Maaf. Maaf. Maaf. Kecelaruan fikiran berlaku minggu ni, so tak dan nak update blog. Huhuh. 

Bermula dengan job yang bakal meruntun kesabaran sebab akan ada banyak late adjustment, diikuti oleh kerja melayan akauntan pemalas. Semua nak mengharap auditor buat. Haila. Benda senang yang mudah dibuatnya sampai jadi complicated. Aku ni sikit lagi nak bertukar jadi Hulk dah. Tapi bila fikirkan amarah yang takkan bawa ke mana, terima ajelah dengan redha. Sobs. 

Maaf juga buat sms dan bbm yang tak sempat dibalas. Bila otak celaru, mood nak menaip sms / bbm juga merudum. Takut terlampias pulak rasa marah tu kat orang lain nanti. :P

Then, Sabtu lepas melepak dengan HR cum Admin dept kat HQ right after kelas mengaji. Macam- macam cerita yang aku dapat cover. Heh, dah macam wartawan pulak. Tak sangka sebenarnya. 

Hmm, nak cakap macam mana ni eh? Seingat aku kan, apa yang aku belajar daripada ustaz dan ustazah kat sekolah agama dulu, prasangka dan berburuk sangka pada orang lain itu adalah salah satu penyakit hati. Kalau boleh elakkanlah, berprasangka dan berburuk sangka dengan orang lain ni. Tapi, bila dengar cerita daripada diorang tu aku terfikir, adakah kita patut simpan 'sedikit' prasangka pada orang lain sebagai langkah berjaga-jaga untuk diri sendiri? Zaman sekarang ni, macam-macam hal boleh berlaku. Orang yang kita kenali dengan 'personaliti' bersih pun boleh terlibat dengan perkara mungkar. Nauzubillah. Memang sangat tak sangka, tapi itulah hakikatnya. 

Betullah kata orang, hati tu Allah yang pegang. Kalau Dia izinkan nak bagi hidayah, sekejap je hidayah tu sampai. Tapi kalau tak diizinkanNya, sekejap je dah ditarik. Nauzubillah. Mudah-mudahan dijauhkan. Amin.  

Sekarang ni aku memang bersyukur sangat bila bos tetapkan setiap orang wajib hadiri tazkirah yang diadakan setiap hari Jumaat tu. Yelah, memanglah dah belajar perkara-perkara tu kat sekolah agama dulu. Tapi tak salahkan refresh memori sendiri. Bukan semua yang kita belajar tu akan kita ingat sampai sekarang. Even bila belajar bab solat pun aku sendiri terasa, banyaknya yang kurang. Banyaknya yang perlu modify. Sekurang-kurangnya akan jadi satu peringatan untuk diri sendiri bila tetiba rasa nak buat perkara yang tak baik kan?  Alhamdulillah. Terima kasih bos! ;)

Tahun ni antara azam aku adalah untuk mengurangkan amarah dan mengurangkan penyakit hati. Jadi, jangan pelik kalau tak nampak aku bersosial sangat sekarang. Had bersosial mungkin hanya di blog dan twitter. Facebook akan hanya memangkin penyakit hati kalau dah banyak sangat di'suap' dengan post yang menjengkelkan. :P

Jadi, tolonglah doakan saya agar dapat bermuhasabah diri selalu okay? Terima kasih. ;)

Posted in | 2 Comments

My first post this year

Assalamualaikum.

Hoh, dah nak masuk hari ke tujuh dah. Baru teringat nak update blog. TERingat ey? Haha.

As I've mention earlier, kebanyakan masa aku sekarang di twitter. So, blog memang agak bersawang sekarang. Pardon me for that. Sobs.

Seriously, nak taip benda lain sebenarnya hari ni. Tapi nota tertinggal dalam kereta dan aku malas nak keluar rumah semata-mata nak ambik nota tu. Insya Allah, nanti aku update kemudian. Tolong doakan semoga tahap kerajinanku tidak merudum esok. =)

Sekarang dah nak masuk musim 'tengkujuh kerja'. Honestly, bila masuk 2012 aku dah terbayangkan lambakan kerja dan timbunan kerja atas meja. Rasa macam baru je habiskan 'seksa' deadline 2010 dan sekarang sibuk dengan 2011. Time flies fast, huh?

Yang seronoknya, hari ni banyak dapat berita baik. Alhamdulillah.

Dan yang paling best, ada pesanan ini;

it's ok

Yeah, like you really knew me. lol

Insya Allah, everything's gonna be okay, I suppose. Mudah-mudahan. Amin. =)

Oh, ada lagi satu. Yang ini khas untuk Armand's mummy;

guilty

The Vampire Diaries, Season 3 Ep.10 : The New Deal

Huaaaaaaaaaaa. Ok dah.

Yes, they are back. Lepas ni boleh layan tetiap minggu sampai season finale. Hoyeah!

2 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.