Archive for 2012

Wordless Wednesday #22 : Elena Says



- The Vampire Diaries S04E05 - The Killler

Posted in | Leave a comment

Balik dari jalan-jalan. :P

Assalamualaikum.

Phew~ Alhamdulillah, akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke rumah pada tengah malam Jumaat. Masa sampai office jam 11.15 malam tu aku dah tak fikir apa dah. Tekan minyak sebanyak mungkin supaya cepat sampai rumah. :P And, finally sampai juga rumah sebelum hari Jumaat bertukar ke hari Sabtu. Haha.

Sampai rumah memang dah tak fikir apa dah. Mandi, solat dan terus tidur sebab keesokan harinya tetap kena bekerja ye anak-anak? :(

Honestly, walaupun objektif ke luar kawasan itu hanyalah untuk berkenal-kenalan dengan wakil / pentadbir subsidiari, aku tetap rasa lelah. Mungkin sebab perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain tu agak jauh.

Perkara yang paling aku suka dalam trip kali ni adalah, banyak exposure yang aku dapat untuk sepanjang trip minggu lepas ni. And I must say, it was quite an interesting experience for me. Bukan senang nak jumpa dengan orang-orang besar ni. It was an honour bila diorang willing nak korbankan masa sibuk mereka untuk jumpa kami orang-orang kerdil ni. :)

Haih, esok ada induction course pulak. Adoiii. Sibuk bebenar rasanya bulan ni sampai banyak benda yang aku terlepas pandang. Huhuh.

Untuk kawan-kawan yang sambut birthday sepanjang Oktober ni, selamat hari lahir diucapkan. Maaflah kalau ada yang aku TERmiss nak wish. Sesungguhnya hidupku sangat huru hara sekarang. :(

Nampaknya kena lepas ni kena ulang-ulang la quote ni sampai lekat dalam kepala. :(

Leave a comment

The truth is....

.....meeting them tonight really broke my heart. Mungkin org lain rasa aku ni berdrama tapi percayalah leaving them is one of the toughest decision that I've ever made.

Jumpa ex bos, borak-borak aku tahu dia bangga dengan keputusan yang aku buat. Cuma saat ni aku terasa macam kehilangan sesuatu. Aish. Sungguh drama. :p

Ni antara hadiah yg aku dapat sempena 'pemergian' aku dari situ..




Farewell and birthday gifts.

Yang paling buat aku tersentuh adalah hadiah ni. Sobsss..



We've been through a lot together. Aku tau aku pernah berputus asa untuk jadi kawan dia and now she gave me this as a token of our friendship. Aku macam nak menangis. Sobss. Terima kasih banyak. May Allah bless you and your family, friend. Gonna miss those sweet and bitter memories together. :)

Adoi, dah lama tak menaip entry beremosi macam ni. Sobs. Tapi aku tau aku akan kuat untuk lalui semua ni, insya Allah. Doakan ya?

Assalamualaikum. :)

posted from Bloggeroid

Leave a comment

Menjengah dunia..

Assalamualaikum.

Sorry for the long hiatus. Mintak maaf bebanyak untuk yang rajin datang menjengah ke mari tapi tak berupdate. Terutamanya peminat di Shah Alam tu. Haha. Insya Allah kalau tak busy minggu ni boleh jumpa eh? ;)

Sebenarnya banyak benda yang nak diperihalkan cuma aku tak tau nak mula yang mana satu dulu ni. Hmm, oklah kita mulakan;

1. Kerja baru - Alhamdulillah, minggu ni dah masuk sebulan aku kerja kat tempat baru ni. Kerja ok, bos ok and environment pun ok. Hmm, getting comfortable jugalah walau ada 1-2 perkara yang buat aku dissapointed bila kerja kat sini. Tapi takpelah, memang betul pun orang kata untuk dapatkan sesuatu kadangkala kita kena korbankan sesuatu yang lain. So, fairlah kot. Just endure it for the time being.

2. Masa nak berfoya-foya dan bersosial di dunia maya pun agak terbatas sekarang. Jadi jangan pelik kalau tengok blog ni bersawang sekarang. Office baru ni memang block segala social networking. Nak post blog entry guna handphone memang malas la jwbnya. Ini pun sebab Streamyx rumah problem hari ni. Jadi terpaksalah terkedek-kedek menaip guna touch screen ni. Huh. :p

3. Kerja baru ni memanglah less pressure compared to my previous job tapi masa aku banyak terkorban oh. Sobs.. Takpelah, syukurlah masih ada kerja. Kat luar tu ramai lagi yang menganggur kot?

4. Seriously rinduuuu kat bebudak office lama. Nak hangout memang dah susahla jawabnya walaupun rumah aku dekat je dengan office diorang. Semalam pun dengar cerita diorang dah buat aku rasa sedih. Sobs. Malam ni pulak former bos buat farewell dinner. Harapnya janganla hujan aku kat situ nanti. Hahaha. Bertabahlah!

What else? Td macam banyak nak taip tapi ntah mana hilangnya. Huhu.

Jadi, lepas ni kalau aku tak update tu jangan rindukan aku ye? :p

posted from Bloggeroid

2 Comments

Nak menyedapkan hati sendiri :(

Pic credit : Google

Hidup baik-baik ya?

Assalamualaikum semua! =)

2 Comments

Hari kedua

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masuk hari kedua dah. Barulah nampak jalan yang bakal dilalui. Semalam memang blur habis. Sekabur kabus pagi tadi. Haha.

Antara soalan-soalan popular yang aku dapat dalam tempoh 2 hari ni;

1. Umur berapa?
2. Tinggal mana?
3. Dah kahwin ke belum? (Grrr!)
4. Grad U mana? (kalau jawab belajar setakat SPM je aci tak? Huh!)

Paling tak boleh blah, siap ada yang kata; "Alah, kat sini ramai lagi yang bujang."

Uhhh, apakah??? Tolonglah jangan lencongkan niat aku yang nak bekerja ni ke laut, okay? Kerja sendiri pun masih terumbang ambing ada hati nak fikir benda lain. Huh.

Anyway, sebenarnya nak bagitau yang aku sangat enjoy dengan kerja baru ni walaupun terpaksa menempuhi perjalanan yang agak jauh. Enjoy sebab tak payah fikir pasal  hal kerja lepas balik rumah. Itu yang boleh menghadap Jang Dong Gun sampai lebam. Haha.

Cuma yang tak syoknya bila kena kerja hari Sabtu. Sobss. Tapi takpela. Harapnya tekanan kerja tak macam dulu.

Eh lupa pulak, aku baru perasan yang nama bos baru dengan bos lama lebih kurang sama. Their coolness appearance pun lebih kurang sama. Nampak sangat tak bagi aku lupakan bos lama ni. Haha.

Dah, it's time to sleep. Oh, jangan tertipu. Ini schedule post. Waktu ni mesti aku dah hanyut dibuai mimpi. Daaa~!






3 Comments

Fikir sebelum buat jangan dah buat baru fikir, tau?

Assalamualaikum.

Sebenarnya dari minggu lepas lagi aku ada terbaca pasal ni kat fb. But since blog tu pun dah kena delete, aku pun tak tahu apa kes sebenarnya ni. Cuma yang aku tahu cikgu-cikgu seluruh Malaysia memang sentap habis baca entry blogger ni pasal profesion perguruan.

So, pagi ni aku baru berpeluang baca apa yang dikecohkan tu. Tak tahulah siapa yang rajin sangat cari webcache tu. Walaupun entry tu dah kena delete dek tuan punya blog, aku tengok masih ramai lagi yang komen melepas geram kat tagboard blog tu. Kesian pun ada. Tapi nak buat macam mana kalau sendiri yang cari masalah kan? Tak pepasal jadi glamour satu Malaysia.

Hmm, pada aku la kan, siapa pun kita dan apa pun kerjaya kita tak melayakkan kita untuk condemn kerja orang lain. Lebih-lebih lagi kerjaya orang yang membawa kita kepada kedudukan kita hari ini. Mungkin ada seorang dua yang kita jumpa dalam keadaan yang berkelakuan tak baik, tapi takkanlah kita nak cop semua orang yang dalam profesion tu berkelakuan yang sama. Tak adil tu. Aku bukan nak menangkan sesiapa, cuma kalau kita nak orang hormati kerja kita, seharusnya kita kena hormati kerja orang lain juga. Tak begitu? Kita pun lahir dalam dunia bukan terus jadi pandai. Ramai yang jadi cikgu dalam hidup kita sebenarnya. Bukan setakat cikgu kat sekolah tu je. Jadi wajarlah bila ramai yang melenting. :)

Dan yang paling penting, walaupun kita rasa blog or any social media yang kita ada tu adalah medium untuk kita bersuara, janganlah nak post sembarangan ikut sesuka hati kita je. Kena juga fikirkan pro and cons untuk setiap apa yang telah kita post tu. Bertanggungjawablah untuk setiap tulisan kita tu. Nanti tak pepasal boleh jadi popular sekelip mata. Tak payah masuk reality show pun boleh popular okay? :P  


Leave a comment

After 10 years...

Assalamualaikum.

Phew. Finally September is here. Tinggal seminggu lagi sebelum aku tinggalkan tempat mencari rezeki selama 10 tahun ni. Aku tahu ramai yang pertikaikan kenapa aku nak resign since position and gaji dah agak 'selesa'. Kenapa nak berhenti lepas 10 tahun dok sini?

Well, jawapan aku senang je. Ada rezeki dan dapat tawaran yang  menjanjikan peluang yang lebih luas, kenapa nak tolak kan? Bukan tak sayang kerja sekarang, cuma aku fikir kalau masih duduk di kerusi sekarang, I will be stuck in that position forever, tak boleh nak ke mana dah since that is the highest position I can achieve. 

Perasaan? Macam-macam ada. Sedih? Of course! Tempat ni paling banyak ajar aku tentang hidup kot? Jatuh bangun kat sini. Kenal ramai manusia kat sini. Ehem. Happy? Adalah sikit. Excited? Pun ada juga. Cuma harapnya dipermudahkan segalanya. Amin.

Bila dah hantar final job kat bos pagi tadi terus rasa kosong. Padahal kerja-kerja administration banyak lagi tak selesai ni. Haha. Surely gonna miss all those hectic moments. Sobs.

Aku pun tak tahu kenapa minggu ni 3 orang client yang agak close dok pakat call, nak update progress account diorang. Dan kesemuanya terkejut bila aku kata aku dah nak resign next week. Siap ada yang kata nak tukar auditor lain sebab aku dah takde nak jaga akaun diorang.  Alamakkk! Janganlah macam tu. If that happens memang aku rasa bersalah sangat dengan bos. Sorry boss!

Bila fikir-fikir balik, sebelum ni rasa macam takde orang pandang pun kerja aku.  Even bos pun kadang-kadang terlepas pandang. :P Tapi sekarang ni,  rasa macam nak terharu bila siap ada yang pujuk tak bagi resign. Ayat sikit punya baik si handsome kedai perabot tu bagi semalam. Bos-bos aku pun tak pujuk macam tu okay? Haha. But sorry, my decision is final. No turning back, insya Allah.

Cuma yang aku harap sekarang ni, takde kerja yang pending. Tak senang ati oh kalau pergi dengan kerja yang tak selesai. Moga dipermudahkan semuanya. Amin! :)

2 Comments

Berlalulah sudah Ramadhan...


[Sumber gambar: Google]

As usual, nak ucapkan selamat menyambut Aidilfitri buat semua yang kenal diriku ini. Ampun dan maaf atas segala yang tersilap atau terlepas kata secara sedar atau pun tidak.

Buat yang memandu, hati-hati dan berwaspada. Suka, suka juga tapi jangan sampai abaikan keselamatan diri. Moga dilindungi Allah sentiasa. Amin!

Buat diri sendiri, sila siapkan kerja anda sebelum tinggalkan office! Haha.

Last but not least, selamat bercuti semua.

Assalamualaikum! =)

2 Comments

Maybe it's about time...

Assalamualaikum.

Okay, since letter of offer pun dah dapat, marilah kita bercerita tentang tawaran kerja baru. Masa dapat call from their HR on last Friday aku memang speechless. Yelah, dahla pergi interview dengan persediaan yang tak seberapa. Sampai sana terus kena jawab a few technical questions and an essay. Gile ke hape pepagi dah kena kerah otak nak jawab esei? Haha. Sampai balik rumah aku rasa ting tong nya. Then untuk individual session je dekat sejam dok dalam conference room tu. Phew.

Selesai je interview memang aku dah bajet, memang tak dapat ni. Technical aspect pun tunggang langgang. Masa depa suruh speak in English pun aku rasa macam ntah apa-apa. Serius aku cakap pun tunggang terbalik. Gabra punya pasal. Haha. Tapi dah namanya rezeki, dapat juga. Alhamdulillah. Memang rezeki Ramadhan cum rezeki untuk birthday sendiri juga ni. =) 

Cuma yang jadi isu kat aku sekarang ni adalah, aku tak sampai hati nak menghadap muka bos bertiga tu. Uwaaaa. Bos nombor 2 dah terkedu bila HR bagitau dia yang aku nak quit. Semalam call sini pun tak mau cakap dengan aku. Sobs. Bos, saya nak berhenti bukan sebab saya bencikan bos, tapi sebab saya dapat peluang yang lebih baik kat tempat yang lebih terjamin. Bukan nak kata bos tak jaga kebajikan saya, cuma saya rasa dah tiba masanya saya tengok dunia luar yang lebih luas tu.

Tadi dah call big boss nak jumpa dia esok. Nada suara macam cool je. Tapi tak tahulah. Jangan aku yang menangis nanti sudahlah. Haha. I know they will ask for a counter offer. Sebab gaji yang aku bakal dapat pun takdelah jauh beza sangat dengan gaji sekarang ni. Tapi keputusan aku ni bukanlah sebab gaji. Aku sayangkan peluang yang mungkin takkan datang lagi lain kali. Tolak tuah tu namanya. Hmm..

Haish,  ni yang jadi dilemanya. Bukan dilema nak berhenti tapi dilema nak jumpa bos. Wahai hati, tolonglah jangan berbelah bahagi ye? Please stay firm with your decision. Sesekali tak salah kita pentingkan diri sendiri untuk kebaikan diri kan? =)


2 Comments

Kad raya lagi....

Assalamualaikum.




Sembang sengal dengan orang yang sengal. LOL!

posted from Bloggeroid

Leave a comment

Sigh

Assalamualaikum.

Pergh, lama betul blog ni disawangkan. Alasan yang paling klise adalah, SIBUK! Haha. Ada orang rindu saya tak? :P Tapi normal kot. Bulan puasa ni masa untuk aku berfoya-foya sangat kurang, even ada tab dan smartphone depan mata. Kiranya Streamyx memang untung la kot bulan puasa ni kan? Hmm..

Tau-tau dah tinggal lebih kurang 10/11 hari je lagi nak raya. Sekejap benar rasanya Ramadhan tahun ni. Ke aku yang banyak buang masa ni eh? Ada masa lagi nak penuhi target tahun ni. Insya Allah.

Waktu macam ni kebanyakan orang dah tak fikir dah nak kejarkan fadhilat 10 malam terakhir tu. Semua sibuk dengan kuih rayalah, baju rayalah, langsir rayalah. Aku? Cukuplah apa adanya. Tak kuasa dah nak beria sangat. :)

Tahun ni tetiba tergerak hati nak kirim kad raya. Ni semua gara- gara si Sarina yang dok mintak alamat hari tu la. Kalau tak mesti aku tak terjebak. :p

Dannnn setelah sekian lama dok bertangguh nak tulis kad raya yang dah dekat 2 minggu dibeli, semalam baru berhasil tulis kad raya tu semua. Phew.

Inilah hasilnya.




 Kalau ada nama dan alamat korang di situ tunggu jela kadnya sampai ye? =)

Ada sesiapa lagi yang nak kad raya? :P


posted from Bloggeroid

2 Comments

Selamat Menyambut Ramadhan!


Semoga segala amalan kita diterima dan diberkati di bulan Ramadhan ini.

Selamat berpuasa!

Assalamualaikum. :)

Leave a comment

The chronicles of pink

Assalamualaikum.

Aku macam baru perasan yang semua casing gadget aku adalah berwarna pink. Diulang, PINK! Haha. Sejak bila aku suka pink ni?

Confuse banget niii!


4 Comments

Persiapan menyambut Ramadhan

Assalamualaikum.

Hmm, sementara ada masa lapang. Err, lapang ke? Tengah stuck dengan kerja sendiri sebenarnya. Jadi, mari kita selak-selak nota Jumaat lepas sebab aku dah janji nak share kat sini kan? :)

Here we go;

Persiapan menyambut Ramadhan  seperti anjuran para ulama':

1. Mengulangi pelajaran mengenai puasa iaitu tentang syarat dan rukun puasa. Apa yang boleh kita buat dan apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa. Pendek kata macam revision la. Di samping tu, kita juga digalakkan memperhalusi juga hikmah dan rahsia puasa yang bakal kita lalui dalam beberapa hari lagi ni

2. Memperlihatkan kegembiraan bila menjelangnya Ramadhan. Kegembiraan tu dapat dirasai melalui perasaan hati dan ketenangan jiwa. Janganlah dok bersuka ria ingat nak raya je, puasa tak ingat. Macam satu artikel yang pernah aku baca dalam majalah Solusi tahun lepas, kalau ada 2 orang tetamu yang datang menziarah kita, mestilah kita akan layan tetamu yang datang lebih awal kan? Bukannya melayan tetamu kedua lebih berbanding tetamu pertama. Macam tu juga perumpamaannya bila nak sambut Ramadhan ni. Jangan terlalu ingat nak raya sampai kita lupa nak hargai kebesaran Ramadhan ni.

3. Memperbanyakkan doa. Antara doa yang disyorkan adalah doa supaya diberikan kekuatan fizikal dan mental, diberikan kelapangan untuk menambah amal ibadat, dapat menunaikan puasa dengan ikhlas serta dijauhkan daripada sifat-sifat Mazmumah.

4. Menguatkan semangat dan himmah iatu dengan berharap semoga kita diberi kekuatan jihad untuk memerangi hawa nafsu disamping menghiasi diri dan budi dengan akhlak terpuji.

5. Menjaga amalan, agar tak kerugian di akhirat. Maksudnya di sini, kalau kita buat amal ibadah tu, biar ikhlas semata kerana Allah, bukan untuk menunjuk-nunjuk. Tak pepasal susut pahala. Dan jangan jadikan puasa tu sebagai alasan untuk kita bermalas-malasan sebab Ramadhan ni bukan datang selalu. Kita pun tak pasti sempat lagi ke tidak jumpa Ramadhan yang akan datang. Jadi, mari kita ambil peluang untuk menambah amal dalam bulan mulia ni.

6. Menghapuskan adat-adat yang memberatkan. Ini memang tipikal orang kitalah. Tiap kali puasa, kita akan siapkan atau simpan bekalan makanan yang banyak walhal sebenarnya masa inilah kita boleh berjimat. Yelah, bila kita berpuasa bukannya kita boleh makan banyak. Sebaiknya, cuba kita ingat waktu kita membazir tu, berapa ramai fakir miskin yang tak mampu nak beli makanan? Agak-agak tergamak tak nak membazir?

7. Mengucap syukur atas ketibaan bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Moga dapat kita jalani Ramadhan tahun ni dan tahun-tahun mendatang selagi diizinkanNYA. Amin. :)

Oh, jangan lupa kita juga bakal tukar buku amalan dalam beberapa hari lagi ni. Ayuh top up mana yang kurang dan lompong di sana sini tu. :)

Till then, enjoy your Ramadhan! =)



Posted in | 2 Comments

Fuh..Fuh..Fuh...

Assalamualaikum.

Maaf. Maaf. Maaf.

Seriously aku dilanda kesibukan tahap mega sepanjang bulan ni. Dengan kerja hakikinya, ditambah dengan kerja tambahan yang terpaksa dihadap bila *R* datang untuk *** audit. Menyampah gile okay? Ops! Macam itulah agaknya perasaan client bila auditor datang ek? Haha. Selama ni buat muka 'kerek' dengan client, tetiba datang si *R* officer ni, sendiri pulak yang rasa cuak. Padan muka. :P

Lepas tu ada pulak tugas tambahan kat rumah. Tapi Alhamdulillah, semua dah selamat. Siapa yang follow kat instagram mungkin tahulah event apa. Haha. Ampun, tak boleh nak disclose sebab banyak sangat hati yang perlu dijaga. Susah jadi orang popular ni. Haha. Tak maulah ada yang terasa hati or whatsoever. So, the best way is to remain silent. :)

So, sekarang ni tengah sibuk dengan sisa-sisa kerja deadline June ni. Phew. Anyhow, I'm still alive and kicking! Alhamdulillah. Mudah-mudahan diberi kesihatan yang baik untuk saat-saat kritikal ni. Haha. Ayat macam apa je. Janganla tetiba demam lagi macam tahun lepas.

Anyway, Ramadhan is approaching. Apa persediaan kita untuk sambut Ramadhan tahun ni? Macam terkedu bila Ustaz dok tanya soalan ni pagi tadi. Nanti aku share kat next entry ya? Insya Allah. :)

Till then, nak re-hibernate. Lepas ni kalau ada entry pun mungkin auto-publish entry. Jadi, sila jangan rindukan saya ya? :P






Leave a comment

Ni namanya entry cari pasal

Sebab apa? Dah tau waktu-waktu kritikal ni emosi tak stabil lagi nak post video nih. Huaaaa~!



Err, anyway Chad Kroeger nampak handsome berambut pendek. Hoho.

Great weekend everyone!

Assalamualaikum. :)

2 Comments

Tutorial design blog

Assalamualaikum.

Wah, tak sedar dah masuk bulan 6 rupanya. Dah setengah tahun 2012 nih. Banyak betul buang masa rasanya tahun ni. Sobs.

Oleh kerana aku pun dah bosan dengan template yang ala budak sekolah tu, hari ni aku cuba explore blogger design template pulak. Untung betul siapa yang baru je sign up blogger ni. Sekarang design template pun blogger sediakan. Kalau dulu jenuhla dok pening-pening lalat melayan coding masa template classic tu. Haha.

sc1

Babai, template budak sekolah


Aaa,  sebenarnya hari ni aku tetiba rajin nak buat tutorial untuk salah seorang kenalan maya ni. Disebabkan dia asyik pening lalat je nak reply comment yang banyak kat blog dia tu, maka aku rasa lebih baik guna basic template yang blogger dah provide ni. Senang juga sebenarnya, cuma nak kena jadi lebih kreatif.

Here we go;


sc2

1. Pilih template yang blogger offer dekat situ. Setakat ni cuma ada 6 pilihan. Mine is Simple. Sebab dari dulu aku prefer clear template sebab mata aku bermasalah bila hadap blog yang berwarna gelap.  

sc3

2. See? Putih bersih lagi suci. Haha.

sc4

3. Then kita boleh customize. Boleh insert background image kalau tetiba rasa blog terlalu plain. ATAU,

sc5

boleh masukkan background image pilihan sendiri.

sc6

4. Boleh adjust width and sidebar juga.

sc7

5. Layout ni pulak macam biasa, boleh susun sidebar ikut kehendak sendiri. Kalau tak berkenan dengan existing body and footer layout pun ada banyak pilihan lain yang boleh kita pilih.


sc8

6.  Header pun dah boleh upload daripada our own computer. Tak payah nak host kat memana dulu. Tapi blog ni punya header nanti dululah. Tengah cari gambar yang cun sikit untuk header. Yang penting bukan gambar tuan punya blog okay? :P

sc9

7. Yang untuk advance setting ni, macam-macam pilihan font dan warna untuk font dan juga untuk layout. Kat sinilah kalau nak tunjuk kreatif pun. :P Kemudian klik apply to blog. Sayangnya kena apply dulu baru boleh view.

sc10

8. So, dah boleh reply comment. Dengan syarat, kena embeded with post. Kalau pop up comment tak boleh ya? Sekian. :)

Tapi kenapa ntah aku rasa blog ni plain sangat eh? Haha. Err, nanti tunggu rajinlah kalau nak tukar lain.

5 Comments

Lupa Daratan

Assalamualaikum.

Hai enche' May! Haha. Tuan punya blog dah lupa daratan nampak gayanya. Lama betul berhibernasi dan menyawangkan blog ni. Haish.

Okay, hari ni nak cerita sikit tentang kekeliruan aku setiap kali aku berpuasa. Pelik sebab setiap kali puasa (yang bukan dalam bulan Ramadhan la) mesti aku akan kena sakit kepala. Memula aku fikir mungkin sebab tak cukup tidur. Tapi kalau dah everytime puasa macam tu juga, there must be something wrong somewhere kan?

So, tetiba tadi rasa gatal nak google tentang ni and end up aku jumpa penerangan daripada Dr. Zubaidi ni

Rupanya antara punca sakit kepala masa berpuasa ni adalah sebab dehydration, ketagihan kafein (ehem), stress dan juga kandungan gula yang rendah dalam darah. Oh ai si. Patut pun. 

Antara langkah pencengahan yang dicadangkan oleh Dr. Zubaidi untuk elakkan sakit kepala ketika berpuasa adalah kena banyak berehat dan banyak minum air masak untuk elakkan dehydration  

Kata Dr. Zubaidi lagi, kalau nak elak kandungan gula yang rendah dalam darah tu, jangan makan makanan manis waktu kita bersahur sebab bila kandungan gula terlampau banyak, sistem badan kita akan keluarkan insulin untuk meneutralkan kadar gula berlebihan tu. So akhirnya sama juga kan, tetap sakit kepala sebab kurang gula dalam badan. Pengambilan makanan berserat lebih digalakkan untuk menggantikan makanan manis tu.

Bagi penggemar kafein pula, boleh cuba kurangkan pengambilan kafein seminggu sebelum bulan puasa. Kalau memang tak boleh tinggal, terpaksalah bersahur dan berbuka dengan pengambilan kafein. Hoho.

Selain tu, elakkan diri daripada faktor yang boleh menyebabkan stress, kurangkan rasa marah atau baran, elakkan tidur yang berlebihan (dan kurang tidur juga) serta kena dapatkan rehat secukupnya untuk kurangkan sakit kepala tu. So takdelah yang asyik nak mintak excuse tak mahu puasa kan? ;)

Walla, thank you Doc! Memang sangat membantu untuk saya yang kerap mengalami sakit kepala tiap kali berpuasa ni. :)


Posted in | 4 Comments

Eh, apa dah jadi?

Assalamualaikum.

Wah, setelah sekian lama, aku baru teringat jalan ke blog ni. Hahaha. Adei, lama betul nak cari jalan pulang nih. Tau-tau blogger dashboard interface dah upgrade. :P Hesh, tak baik tipu. Sekarang agak sibuk dengan satu personal project kat blog lagi satu sampai terlupakan blog ni. Kesiannnnnn blogku ini.

Sebenarnya takde apa yang menarik untuk dicatatkan pun. Tu sebab menyepi. Hoho. Everything is already on a good track, Alhamdulillah. Tunggulah masa aku meroyan dengan kerja nanti, mesti blog ni yang akan dicari selalu. :D

Hari tu masa browse youtube, tetiba keluar suggestion lagu ni and I was like, omooooo lagu ni pun ada juga orang upload kat youtube? Anyway, thanks to the uploader. Dapatla dengar sampai muntah lepas ni. :P

Aku cam confuse, nape Lea Salonga dalam video ni lain sangat rupanya dengan sekarang? Ehem!

(yay, sekarang lagi senang rupanya nak upload video kat blog. :P)
Oh, this song tittle We Could Be In Love, sang by Lea Salonga and Brad Kane. :)

Till next post. Daa~!

Leave a comment

Keliru!

Assalamualaikum.

Ada tak sesiapa boleh tolong hilangkan kekeliruan aku ni. I am so confuse, like..really confuse now.

Seseorang yang dah memaafkan orang lain yang mengikut katanya dah maafkan seikhlas hati tapi kemudiannya masih lagi nak ungkit kesalahan tu. Kenapa ye? Apa definisi ikhlas tu pada dia eh? Sebenarnya dia dah maafkan ke belum? Ke nak tunggu raya baru nak maafkan? Hmm..

Betul. Aku memang tak faham. Apa perlunya nak ungkit perkara yang dah lepas tu kalau kita dah ikhlas memaafkan?

Pening.. Pening..

Rasanya aku kena cari makna maaf dan ikhlas tu dalam kamus dewan kot? Lepas tu copy paste bagi pada yang berkaitan, kan? :p

P/s: ingatan untuk diri sendiri juga nih. :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 Comments

Lawak pagi :p

Assalamualaikum.



Lama woh tak layan sengal camni. :p

2 Comments

Sessi lepas geram

Assalamualaikum.

Maaf ye, ini sessi lepas geram. Khas ditujukan untuk mereka yang berkaitan. Heh.

tensi


Nak letak expectation setinggi langit boleh, dengan syarat tolong beri motivasi setinggi langit juga.

Tak perlu nak harapkan yang terbaik daripada orang lain sedangkan kita buat sambil lewa. Tak adil tu namanya.

Orang kata jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan sedangkan diri kita sendiri tak bersifat sempurna. Jadi, silalah ukur baju di badan masing-masing sekarang.

I think it's time for me to move on. Or maybe I should start with something new? Hmmmmm...

Leave a comment

Wordless Wednesday #14 - Tempat shopping tudung yang ohsem :)

Assalamualaikum




Kalau orang tanya, kat sinilah tempatnya.

p/s: Square Hijabs yang model tu pakai sama dengan yang saya pakai di sini

Posted in | Leave a comment

To whom it may concern :P



Now that you're just somebody that I used to know =)

Oh, sila abaikan. Tiada kaitan dengan sesiapa. Just enjoy the music. Ni antara lagu yang paling kerap berulang dalam playlist.

Ni memang terapi biasa bila tensi menghadap kerja kan? Hoho.

Have a great week everyone! :)

Assalamualaikum.


Leave a comment

Seefood, anyone?

Assalamualaikum.

Akibat tekanan yang melanda sepanjang minggu lepas, aku terus ajak si Sarina temankan berjimba. Dalam dok memilih cerita tu, tetiba rasa nak tengok movie ni.

(Image source : Google)


Oleh kerana dah rasa tensi sepanjang minggu, takkan la nak layan movie yang bakal menambahkan tekanan kan? Jadi, jalan mudahnya layan kartun aje. :)

Yang kelakarnya, aku tak tahu pun movie ni adalah local product. Bila tengok kredit akhir - with support of MOSTI. Adeh! *tepuk dahi* Kesian betul kat diri sendiri. Hehe.

Banyak input positif dalam movie ni okay? Antaranya:

1. Jangan khianati kawan walaupun kita rasa kawan kita tu akan khianati kita suatu hari nanti.

2. Jangan bermuka-muka.

3. Jangan sesekali berniat jahat, sebab niat jahat biasanya takkan bawa kita ke mana-mana.

4. Jangan mudah memandang rendah keupayaan seseorang. Walaupun mungkin kekuatan atau keupayaan tu nampak kecil, tapi jika kita berazam dan berusaha, insya Allah apa yang diusahakan itu bakal berhasil juga.

5. Jangan suka nak menyombong tak tentu fasal dengan orang yang kita tak kenal. Mana tau, kita perlukan pertolongan mereka suatu masa nanti.

6. Ada semangat kerjasama yang kuat antara haiwan-haiwan ni walaupun mereka berlainan spesies. Hello, ikan dan ayam boleh co-operate untuk menentang manusia okay? Tapi manusia? Tak habis-habis berpecah belah hanya kerana hal-hal remeh. :)

7. Jangan leka sangat mengejar keuntungan sampai mengabaikan keseimbangan alam.

8. Jangan buang sampah merata-rata, terutamanya kepada sumber air. Sebab kalau kita giat membuang sampah merata-rata, mungkin generasi akan datang dah tak kenal ikan dan segala hidupan laut lain tu kot?

Oh my, kenapa bunyi macam cikgu tadika dah ni? lol But seriously, it's a good movie to watch. So sempena cuti sekolah ni, bolehla bawa anak-anak atau adik-adik (kalau ada yang masih ada adik kecil) ke pawagam untuk menonton si Pup yang comel ini. :)

3 Comments

Kebodohan apakah ini?

Assalamualaikum.

Hoho, suka betul menyawangkan blog sekarang ni kan?

Kali ni aku macam nak highlight some of the silly things yang buat aku rasa macam nak tanya je orang yang terlibat tu, 'kebodohan apakah yang sebenarnya sedang terjadi ni?' bila melibatkan insiden-insiden di facebook. Facebook lagi? Ya, hal di facebook lagi. Sila bertahan untuk seketika ya? Hmm.

Okayyy, aku mengaku. Kadang-kadang aku juga ada buat perkara-perkara 'bodoh' di laman sosial itu. Tapi, insya Allah mudah-mudahan kita sama-sama berubah ke arah perkara yang lebih baik. :)

Memang banyak pro dan kontranya laman sosial ni. Cuma pada aku, kitalah yang kena pandai mempergunakannya. Kalau kita bersosial dengan tujuan yang baik, baiklah jadinya. Kalau bersosial untuk tujuan yang tak baik, maka tak baiklah jadinya.

Hakikatnya sekarang ni banyak yang baik ke yang buruk? Kekadang niat baik pun boleh jadi buruk juga tau? Tak percaya? Cuba ingat, pernah tak korang share something yang belum tentu kesahihannya kat laman sosial tu? Mesti pernah kan? Lepas tu esok atau lusanya pulak share penerangan berkaitan tentang hal yang sebelum tu yang kononnya tak betul. Dah macam tak tetap pendirian jadinya. Tak terasa ke diri macam penyebar fitnah? Nauzubillah. Rasanya kan zaman moden ni, kita kena tukarlah pepatah 'kerana mulut badan binasa' tu kepada 'kerana jari badan binasa'. Kan? Lepas ni tolonglah siasat dulu kebenaran sebelum mengepos. Fikir panjang-panjang sikit. Nanti tak pepasal dapat dosa.

Satu lagi perkara yang aku jumpa adalah keemoan orang kat laman sosial ni. Hello, sini bukan tempat meluahkan kemarahan okay? Nak meluah boleh, cuma tolonglah jangan obvious sangat. Bila ada yang terasa, mulalah nak remove atau unfriend dengan si polan dan si polan. Haila, kan tujuan asalnya nak menambah kawan sambil mengeratkan silatulrahim, kenapa boleh jadi sebaliknya pulak eh? Aku dah jumpa dua kes dan salah satunya melibatkan diri sendiri. Walaupun kes aku tu bukan sebab facebook, tapi kira kesnya lebih kuranglah. Ada orang emo yang tak boleh nak terima kritikan. Terus remove aku daripada senarai kawan dia. Takpelah. It's not mine, but your loss. Aku tak rugi apa pun, tapi dia mungkin rugi peluang untuk mengembangkan apa yang sedang dia usahakan sekarang. It's okay. Saya doakan semoga awak berjayalah ye? :)

Akhir sekali perkara yang aku tak berapa berkenan adalah orang yang suka check in kat merata yang dia pergi. Hello, masuk tandas pun nak check in ke? (sambil jeling orang kat Pasir Gudang tu) Haih. Don't you realise yang kekadang perkara tu boleh attract stalker? Huish, tak mau dah terlibat dengan enche' stalker nih. Dan ada satu 'kebodohan' yang aku baru saksikan beberapa hari lepas berkaitan ni. Ada ke, declare diri sendiri MC. Lepas tu tengok status kat facebooknya bersarapan pagi di McD. Apakahhhh? Okay, aku tak pasti orang lain tapi pada aku istilah MC aku adalah melepek di rumah sebab tujuan MC tu sendiri adalah untuk merehatkan diri di rumah. Kalau ye pun nak bersarapan ke atau tengok wayang ke waktu MC tu tak perlulah nak bangga menguar-uarkan di laman sosial ye? Kan dah 'ter'tunjuk betapa tak cerdiknya anda di situ? :)

Sangat kesian okay?

Jadi, marilah kita perbaiki gaya bersosial kita lepas ni. Jangan nak menghambur kemarahan sesuka hati. Jangan nak emo tak tentu hala. Jangan rajin sangat nak check in setiap kali sampai suatu tempat. Motif? Oh, nak bagitau yang dia dah sampai Johor Premium Outlet rupanya. Opss! :P

3 Comments

Emo sekejap

Assalamualaikum.

Phew, nyaris tak terlupa url blog. :P

Okay, exaggerate namanya tu. Tipu kalau tak ingat sebab password blogger masih valid. Haha.

Nothing much, cuma nak rant some emotion hari ni.

Guess what, there's a human who called himself as a professional but at the same downgraded other people's job.

Serius tak faham. Aku rasa prosedur kerja lebih kurang sama je walau kami ni bukan sama bidang.

Katakanlah, kalau client dia demand memacam. Kena ikut spesifikasi yang cerewet dan demand tu pulak perlu dipenuhi dalam tempoh masa yang singkat. But at the same time client dia tak provide document yang lengkap atau maklumat yang lengkap, kerja tetap tak boleh disiapkan dengan cepat kan?

Same goes with my job. You are the one that not providing me with sufficient info and documents. Officer pun lemau macam biskut expired. So, what do you expect? Ingat kami ni robot ke? Robot pun tak boleh buat kerja la kalau manusia tak gerakkannya oih. Grr!

Lagipun bukan kerja kau seorang je yang aku kena hadap okay?

Okay dah. Cukup. Tak mahu marah-marah dah. Kena sambung kerja pulak.

Moral of the story; jangan suka-suki je nak pandang rendah kerja orang lain okay? Walau serendah mana pun jawatan dia, masih ada fungsinya pada masyarakat. Lagipun kat padang Mahsyar nanti pun pakaian kita sama juga. So, tak payahla nak berbangga dengan title kerja as a 'professional' tu. Ops!

Leave a comment

Sabah Trip 2

Assalamualaikum.

Okay, mari kita sambung.

Lepas maghrib lebih kurang, kami sampai hotel untuk check in. Ha, masa sampai ni je dah terasa sejuk. Yela kawasan tanah tinggi kan? Tidur pun tak payah nak berkipas - air cond segala. Tak tahulah kalau lemak banyak sangat kan? Hihi.

The 'best' part is, heater tak berfungsi dan kami mandi air ais. Cuba bayangkan mandi pagi musim hujan tapi upgrade sikit guna air sejuk dari fridge. Haha. Macam tu lah rasanya. No choice. Takkanlah dah berlengas satu hari lepas tu tak nak mandi kan? Pagi esoknya pun gigih mandi seawal jam 5.30 pagi dengan keadaan yang sama. Mujur satu hari je. Phew~

Konon bangun awal nak tengok sunrise. Harapan! Haha. 6.30 pagi dah macam pukul 7 pagi kat sini.

page7

Ni antara view Gunung Kinabalu waktu pagi. Alhamdulillah, dapatla tengok puncak gunung pepagi ni. Nampak batu-batu je bak kata our tourist guide. Sebab kalau lewat sikit dah berkabus. Agaknya kalau awal sikit mesti nampak pendaki yang dah sampai sebelum subuh kat atas tu kan?

Then lepas sarapan, pakcik tourist guide tu bawa kami singgah ke pasar Kundasang.

page8

Memanglah best je nampak sayur dan buah-buahan yang segar-segar kan? Rasa macam nak borong, tapi bila fikir nak naik flight tak payahla berangan nak borong. Haha.

page9

Ha, kemudian singgah Strawberry Garden Hotel kekononnya nak beli strawberry kalau ada. Takde rezeki pulak. Belum musim katanya. Bulan April nanti baru adalah strawberrynya kot? Cuma sempat beli coklat strawberry je untuk dibawa pulang ke semenanjung. Ada lagi dalam fridge tu. Hehe.

page10

Then, sampailah ke Kinabalu Park. Azab juga nak sampai ke atas nih. Itu naik kereta. Kalau yang mendaki tu? Huuuuuh!

Untuk pelawat cuma dibenarkan sampai pondok Timpohon tu jela. Kalau nak mendaki kena mendaftar dulu kat dalam Kinabalu Park tu juga rasanya. Siap ada pakej sebab ada hotel juga dalam tu.

So sebab tak mendaki, kita enjoy the view~

page11

Ni view dari atas pondok Timpohon.

page12

Yang ni pulak view dari satu hentian antara Pondok Timpohon dengan entrance Kinabalu Park.

Lepas je berjimbaan di Kinabalu Park, kami teruskan perjalanan balik ke Kota Kinabalu (KK). Singgah Tamparuli naik jambatan. Gayat pun naik juga. Hehe. Gambar ada tapi takde simpan pulak. Ish. Kemudian singgah makan tengahari sebelum check in kat Marina Court Resort Condominium.

Rehat sekejap, lepas Asar kami start shopping spree pulak. Kebetulan tempat yang dibawa bershopping (yang tak ingat kat mana) tu memang affordable to shop. Pergi pasar malam pun takkan dapat harga macam tu okay?

Siap bershopping kat Mall tu, pergi makan seafood kat Kampung Air (kot?) sebelum sambung shopping. Phew. Memang puas makan. Berbaloi sungguh datang jejauh makan macam tu. Tapi malangnya gambar semua takde pada aku. So tak dapatlah nak upload. Huhu.

Hari terakhir, bersarapan di McD depan Centrepoint sebelum bersiap-siap untuk check out. Kemudian makan tengahari di Restoran Kak Nong sebelum singgah ke pantai Tanjung Aru. Wohoo..

page13

Nah, main panas sambil bergambar di tepi pantai. Hoho. Ni pun kira macam nak habiskan masa sebelum hantar our big bos (Kak Haniz) balik. Dia naik flight jam 3 petang ke KL, flight kami jam 6.30 ke JB. So, kami ada masa lagi untuk sambung shopping. Hehe.

Habis shopping pakcik tourist guide hantar ke airport. Tamatlah pengembaraan kami ke Sabah selama 3 hari tu. Terima kasih pakcik. Jasamu akan kami kenang. Insya Allah, ada rezeki boleh ke sana lagi. =)

Memang penat, tapi seronok juga sesekali melarikan diri daripada kesibukan harian kan?

5 Comments

Sabah Trip 1

Assalamualaikum.

Hoho. Maaf. Maaf. Maaf. Virus M datang menyerang menyebabkan blog ni bersawang. Haha. Konon nak update minggu lepas sebab dah siap upload dah semua gambar kat flickr. Tapi apa nak buat, kemalasan melanda. Lebih rela melayan bloghopping daripada update blog sendiri. Hihi.

Trip ni pun kira dah basi dah kot. Dah 2 minggu dah balik dari Sabah ni. Dah alang-alang ni, tepek jela gambar yang ada kan?

Plan nak berjimba ni sebenarnya dari tahun lepas lagi. My ex-colleague, Kak Haniz tu yang plan dan book semua. Kami bertiga cuma bawa diri dan bawa duit berkepuk sendiri je. Jadi 5 hb tu bertolak dari Johor Bahru jam 9.20 pagi, touch down kat Kota Kinabalu (KK) lebih kurang jam 11.25 pagi. Dengan urusan imigresen semua dalam selesai lebih kurang jam 11.40 pagi. Tourist guide kami sampai airport lebih kurang 10 minit lepas tu.

page1

Kalau ikutkan sebenarnya mana boleh bergambar kat kawasan tu. Tapi selamba jela sebab takde orang tegur kan? Haha.

Lepas je tourist guide sampai, dia bawa kami lunch kat sekitar KK. Yang aku ingat kedai tu ada nama Mawi. Haha. Jauh Mawi buka kedai makan ek? :P Satu pengalaman baru waktu makan kat Sabah ni, almost every dishes akan disertakan dengan sup. Kata pakcik tourist guide tu, memang kebanyakan kedai makan akan serve sup sebab diorang nak promote sup yang diorang jual. Ohooo, patutlah. Then, baru gerak ke Kundasang.

page2

Ni singgah masa on the way ke Kundasang. Tak ingat pulak nama tempatnya. Dari sini nampaklah Gunung Kinabalu walau tak nampak puncaknya. Sejuk pun iya juga. Kalau nak tahu, jalan ke Kundasang tu macam ular kena palu okay? Mujur masa pergi naik bukit, maka pakcik tu takdela drive laju kan? Masa balik azab! Haha.

Kalau ikut plan sebenarnya kami pergi Kinabalu Park dulu. Hari Isnin baru ke Poring Hotspring tu. Tapi sebab sampai pun lebih kurang jam 3 petang, so our tourist guide suggest kami ke Poring Hotspring terus. Isnin pagi masa on the way balik baru ke Kinabalu Park. Senang juga tak payah nak patah balik. Sebab jarak ke Poring Hotspring dari tempat penginapan kami kat Kundasang tu lebih kurang 50km. So, baik kita pergi yang jauh dulu kan?

page3

Ni sekitar Poring Hotspring. Tak mandi pun. Setakat bergambar je. Kebetulan datang masa public holiday, jadi macam tak sesuai nak bermandi manda dengan selesa di situ.

page4

Menikmati pemandangan flora dan fauna. Haha.

page5

Konon nak pergi air terjun tu, tapi rupanya situ hanya untuk jungle tracking je. Apeda..

page6

Ni kawasan orang mandi manda tu. Kat situ ada 1 kolam kalau rasa nak rendam kaki. Kami lalu je. Tak singgah pun. Ramai sangat orang masa tu.

Perjalanan balik, singgah pekan Ranau untuk makan malam sebelum check in kat The Cottage Hotel Kundasang.

Yang ni nanti sambung kat second part. Tak larat nak sambung hari ni. Haha. Daa~!

Leave a comment

Wordless Wednesday #14

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, sampai juga ke sini. :)

2 Comments

Are You Stalking Me?

Assalamualaikum.

Okay, abaikan ayat perasan glamour di atas itu. Haha.

I just realised that there's someone googling my blog today and this makes me wondering, ada juga orang berminat nak google blog underground ni eh?

Ni pagi tadi. Hey, sarapan menghadap blog ya? :P

cats-crop2

Ni petang tadi. Hmm...

cats-crop1

Dan kamu, walau siapa pun kamu yang singgah itu, terima kasih banyak. Sama ada saya kenal kamu atau pun tidak, saya cukup terharu bila ada orang sudi meng'google' blog saya. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog underground saya ini. =)

2 Comments
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.