Mengundur 15 hari

Alhamdulillah, dah setengah bulan kita berpuasa. As at today, aku masih lagi berjaya berpuasa penuh. Yeay! ^_^

Tapi yang sedihnya bila dah masuk setengah bulan ni, maknanya tak berapa hari je lagi kita dapat enjoy privillege sepanjang bulan puasa ni. Lagilah tambah sedih bila radio dah start pasang lagu raya ni. Entah kan dapat ke tidak rasa nikmat bulan Ramadhan ni tahun depan? :(

Hmm, apa-apa pun kita enjoy je privillege untuk beberapa hari lagi ni. Moga kita berkesempatan untuk bertemu lagi tahun depan. Aminn. :)

Tadi masa kat surau, aku terdengar perbualan 2 orang makcik. Bukan bertujuan nak membuka aib atau memalukan orang lain. Cuma rasanya boleh jadi peringatan untuk diri sendiri. Lagipun aku rasa conversation diorang sangat comel. :)

Makcik 1 : Eh, hari ni dah start baca doa Qunut kan? Malam ke 16 kan?

Makcik 2 : Hmm, rasanya lah.

Makcik 1 : Masa bila eh baca doa Qunut? Lepas imam baca (surah Al-Fil- rakaat ke 8) ke (surah Al-Masad - rakaat ke 20) eh? Tak ingat dah.

Makcik 2: Bukan lepas rakaat terakhir witir tu ke?

Me: (senyum jek)

Seriously aku pun tak sure bila start baca Qunut ni. Aku ingatkan masa 10 malam terakhir. Rupanya malam ke 16. :) Yang aku ingat Qunut memang dibaca masa rakaat terakhir witir.

Biasalah kan, nama pun setahun sekali. Logikla kalau tak ingat pun. :)

Haih, rindulah zaman pergi terawih dengan arwah mak dulu. (Al-Fatihah) T_T

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Mengundur 15 hari

  1. mengikut buku "Fadhilat & Kifiat Solat-solat sunat"...
    solat sunat witir dalam bulan ramadhan iaitu selepas 15 ramadhan disunatkan membaca doa qunut pada rakaat terakhir iaitu setelah bangun dr rukuk...

    dlu masa study pun blur2 ayam gak..
    tuh yg beli buku buat panduan..hehehe...

    ReplyDelete
  2. waaaa, thanks for sharing. orang pun ada 1 booklet untuk terawih arwah mak punya. tapi dah tak berapa jelas tulisannya. haha. nak kena cari baru jugak nih. :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.