Emosi atau terlebih sensitif ni?

Aku pun tak tahulah kenapa hari ni jadi terlebih sensitif. Mungkin sebab berpuasa atau memang sekarang ni aku dah berhati tisu juga? Ehem..

Yup aku tau, mungkin bila habis je baca entry ni ada yang akan berkata, "Ala, macam bagus-bagus je. Kahwin pun belum, ada hati nak cerita tentang parenthood segala." Yeah, I admit that. Aku belum berkahwin dan belum ada anak. Tapi tak bermakna aku tak boleh tegur benda yang salah kan?

Oleh kerana memikirkan aku dikelilingi kawan-kawan dan ahli keluarga yang dah bergelar ibu dan bapa, maka aku rasa tak salah kot nak berkongsi tentang cerita ni kat blog. Dan mungkin akan jadi bahan rujukan untuk masa depan sekiranya aku terlupa tentang ini bila aku dah jadi emak nanti. =)

Setiap kali teringat sms Ann petang tadi automatik bergenang air mata bila teringat macam mana budak lelaki berumur 6 tahun menahan lapar selama 2 hari. Boleh bayangkan tak? Aku rasa diri aku sendiri bila tak makan 1 hari pun dah ada rasa macam nak terkam orang bila kena provoke. Ini kan pulak kanak-kanak yang berumur 6 tahun. Kesian sungguh!

Aku pelik juga kenapa boleh jadi macam tu. Bila cikgunya tanya kenapa tak makan, katanya mak balik lewat. So dia decided untuk makan kat masjid je. Yelah, kebetulan bulan puasa ni kan orang rajin bersedekah makanan. Tapi malangnya sampai kat masjid pun makanan dah habis. Apa yang dia boleh buat cuma minum air je untuk cover rasa lapar tu. Kesian kan? (Aku dah fikir, kenapalah mak dia tergamak biarkan anak kelaparan macam tu? Dia tak teringat ke jerih payah dia mengandungkan budak tu dalam tempoh 9bulan 10 hari tu?)

Then kata Ann, hari ni dia moody kat dalam kelas and end up tidur depan toilet. Siasat punya siasat baru tau yang keluarga budak ni bermasalah. Ayahnya dah bukak branch baru (berkahwin lain), jarang balik rumah. Tapi setiap kali balik asyik bergaduh dan maknya akan menangis. Salah seorang abangnya pulak dah terjebak dengan jenayah juvana. Haih. Kesian bila fikirkan. Nak salahkan siapa bila semua benda ni berlaku?

Bunyi macam drama kan?

Aku rasa memang ini hakikatnya kot. Bila parents bermasalah, mesti anak-anak jadi mangsa. Bosan di rumah sebab parents asyik bergaduh, atau parents dah sibuk bawa haluan masing-masing, mula lah cari hiburan di luar. Kalau jumpa dengan kawan-kawan yang okay, Alhamdulillah. Mungkin pengaruh buruk dapat dikurangkan. Tapi kalau jumpa dengan kawan-kawan yang bawa pengaruh buruk, memang buruklah padahnya. Itu yang jadi penyebab kebanyakan gejala sosial hari ni. (Nauzubillah..)

Pernah dengar tak ada orang kata, anak-anak tu diibaratkan macam kain putih yang menjadi amanah dan tanggungjawab untuk ibu bapa? Ibu bapalah yang patut berperanan mencorak 'rupa' anak-anak tu. Kalau dari awal diberi didikan yang betul, insya Allah perjalanan mereka pun akan 'smooth' la. Kalau tak, memang sebaliknya lah kan? Namun ada juga yang dah diberi pendidikan yang baik tapi masih 'sesat' dalam perjalanan. Mungkin akibat silap perhitungan la tu kot? Hmm..

Bila jadi kes macam ni biasanya memang anak-anakla yang menjadi mangsa kan? Mak dan ayah yang bermasalah, anak yang kena tanggung akibat. Sedih bila teringatkan budak ni tadi. Bukan apa, takut jadi tabu bila dia besar nanti. Silap-silap berdendam dengan mak ayah dia sebab tak hiraukan dia masa sekarang ni. Tapi harapnya taklah. Keadaan masih mampu diselamatkan lagi tu. Mudah-mudahan keluarga mereka berjaya atasi kemelut ni. Amin..

Jadi, kawan-kawanku yang sudah bergelar ibu dan bapa, tolonglah jangan libatkan anak-anak dalam permasalahan orang dewasa ni. Mereka tak bersalah. Seperti yang pernah dipesan oleh orang-orang lama yang lebih berpengalaman, apa pun masalah suami isteri, jangan bertengkar depan anak-anak. Buruk akibatnya untuk perkembangan mental anak-anak. (Huh, gaya entry dah macam pakar motivasi dah.) Kita pun tak mau generasi kita nanti jadi generasi yang bermasalah kan? Maka, tolonglah bersama-sama selamatkan generasi anda dulu untuk kebaikan masa depan mereka. =)

P/s : Selingan untuk hari ini ----> sila klik :P

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Emosi atau terlebih sensitif ni?

  1. i reckon most troubled kids are from problematic families. mak ayah dok sibuk dengan benda lain, gaduh sesama sendiri.

    pernah sekali saya tengok sang ibu tengah stalk facebook sang ayah, datang pulak anak bawak homework minta tolong ajar, so much to my surprise si anak tu kena halau, sebab emaknya tengah panas hati tengok fb suami dia.

    ya Allah takutnya nak ada anak. tanggungjawab tu weih. AMANAH tahu takkk?

    ReplyDelete
  2. huh, facebook again? haish..

    agreed. memang kebanyakan bebudak yang bermasalah tu datang drp keluarga bermasalah. tak taulah. maybe a way to seek their parents attention? Cara untuk memberontak? maybe.

    kan? tanggungjawab sebagai mak bapak di zaman sekarang ni lagi mencabar daripada zaman kita dulu. dengan macam-macam pengaruh yang ada, memang mak bapak pun kena jadi lebih alert dengan apa yang anak-anak buat.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.