Happy 5th Anniversary!

Adehhhhh, lama sungguh la daku meninggalkan blog ini. Last entry cerita tentang kesihatan yang tak berapa okay. Alhamdulillah dah sihat pun. Cuma selesema je yang degil. Biasanya batuk yang degil. Kali ni selesema pulak yang payah nak pergi. Tak tahulah kenapa.

Okay, aku pun tak sedar rupanya Julai 2011 ni merupakan tahun kelima aku berblog. Hmm. Alhamdulillah. Tak sangka boleh bertahan selama in. Hehe.

Ingat lagi, dulu-dulu (7-8 tahun lepas), Abang Singlet pernah suruh aku create blog. Yela, dia kan otai. Masa selalu berYM dengan dia dulu selalu je suruh aku masuk blog dia. Kiranya akula antara pengunjung setia blog dia dulu tu kot? :P Nak tahu tak apa jawapan aku masa tu? Kalau tak salah macam ni la conversation kami masa tu;

Abang Singlet (AS): Weh, buatla satu blog. Nanti bolehla aku baca aktiviti harian kau.

Me: Uh, malas lah. Buat apa? Bukan ada siapa nak baca pun. Lagi pun macam takde apa nak diceritakan kat situ.

AS: Ala, nanti aku la yang baca.

Me: Tak nak lah. Seganla nak tulis entah apa-apa kat blog.

Haha. Kelakar kan? Masa tu selalu fikir, seganla nak kongsi aktiviti harian sendiri kat blog. Lepas tu selalu fikir takde apa yang nak diceritakan. Bila dah mula berblog ni, ada je yang nak diceritakan. Jadi fakta yang kata takde apa yang nak diceritakan itu sangatlah tidak tepat. :D

Blog pertama kat friendster tu pun tak bertahan lama sebab aku rasa kat situ ramai kawan-kawan yang kenal rapat akan baca apa yang aku tulis. Rasa segan untuk express apa yang dirasa kat situ. Oh, dan juga manusia yang aku kalau boleh tak mahu dia ambil tahu apa-apa pun tentang aku juga berada di situ. Heh. Then barulah create account blogger ni. Dengan pertolongan Brad [terima kasih banyak =)]. So, here we are now. =)

Cuma sampai sekarang ni rasanya kewujudan blog ini hanya diketahui oleh segelintir kawan-kawan sekolah dan ahli keluarga (mungkin, ngeee). Biasa yang jadi pengunjung setia adalah kawan-kawan forum BS dulu. [Terima kasih juga =)]

Being typical me, aku bukanlah seorang yang suka expose myself to public. Segan la. Aku rasa this is the only place yang aku boleh express myself honestly. Tapi masih lagi bertapis okay?

Kalau tiba-tiba ada kawan-kawan yang mengenaliku terjumpa blog ini, Haiiiiii diucapkan (hyper tetiba, hehe). Jangan segan-segan nak tegur kalau ada silap fakta atau kot-kot ada yang terasa ada entry yang terkena batang hidung sendiri. Maaflah kalau ada yang terasa eh? Huhu. Terima kasih banyak sebab sudi singgah. =)

Ceh, bajet popular pulak. :P

Hmm, agaknya berapa lama lagi blog ni akan bernyawa eh? *Wondering*

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Happy 5th Anniversary!

  1. pergh dah lama giler lah berblog ni ek..uhuhuhu..tak sangka dialog tu 7 8 tahun yang lepas...anyway blog ko dah 5 tahun blog aku berapa tahun dah ek...

    ReplyDelete
  2. yer, dialog tu dituturkan 7 ke 8 tahun dulu. zaman kita sibuk ber YM. haha.

    ouh, sudah semestinya blog kau lebih berusia drp blog aku, macam kau gak. bhahaha. eh, apa motif nak gelak jahat ni? :P

    ReplyDelete
  3. hyeee... saya baca blog awak tau!..:P

    ReplyDelete
  4. ahaha. noted! :P

    eh, btw damon is back. season 2 dah start @ 8tv semalam. wehoo~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.