15 hari lagi

Sedar tak sedar hari esok dah masuk hari ke 15 bulan Sya'aban. Hmm.. Agak-agak kalau ada yang belum habis ganti puasa tu, cepat-cepatla habiskan ganti puasa ya? Tak berapa hari lagi dah nak masuk bulan Ramadhan.

Sekejap sungguh masa berlalu. Rasa macam baru je sambut Ramadhan tahun lepas. Rasa macam baru je pindah rumah. Dah setahun rupanya dok rumah ni. Memang pantas masa berlalu. =)

Biasanya waktu macam ni kalau tawaf shopping complex mesti dah start bersepah dah booth yang jual baju raya dan kurma. Start je puasa, booth kuih raya pun muncul sama. Memang nampak sangat orang kita ni mengejarkan raya berbanding fadhilat yang boleh kita kutip sepanjang Ramadhan ni. Haih.

Memangla objektif Syawal tu untuk meraikan kemenangan kita berpuasa sepanjang bulan Ramadhan tu. Tapi kalau mengejarkan 'kemenangan' tanpa berusaha sebaiknya pun tak berapa bagus juga kan? =)

Tiba-tiba teringatkan novel Contengan Jalanan. Agaknya berapa ramai yang sanggup backpacking macam Fend dan Chad tu semata-mata untuk merasai suasana 'sebenar' Ramadhan tu eh? Berapa ramai yang sanggup keluar dari kepompong keselesaan semata-mata untuk memperbaiki diri? Dan berapa ramai yang sedar yang hidup kita ni taklah panjang mana pun untuk disia-siakan? (huh, peringatan untuk diri sendiri juga ni)

Harapnya tak terlewat untuk 'tersedar'. Tak payah nak tungguh sampai 12th hour untuk berubah. Dah rugi banyak masa tu. =)

Oh baru teringat. Malam ni dah tukar buku baru dah. Teringat kata-kata ustaz yang conduct tazkirah kat office setiap pagi Jumaat tu,

"Buku amalan kita ni ditukar masa malam ke 15 bulan Sya'aban. Baguskan, awal-awal tukar buku ni mesti buku cantik je. Yelah, lepas tukar buku je dah masuk bulan puasa. Lepas tu tak tahulah macam mana rupanya."

Yela, ibarat macam buku laporan makmal masa zaman sekolah dulu. Awal-awal tahun cantik je. Bila masuk akhir tahun, macam-macam rupa jadinya. Sama juga dengan buku catitan amalan kita tu kan? Entah boleh maintain ke tak suci bersih sampai tahun depan. Itu pun kalau sempat sampai, kalau setakat setakat separuh jalan je? Ish, tak sanggup nak bayangkanlah.

Mudah-mudahan masih sempat nak perbaiki mana-mana yang kurang tu.

Mudah-mudahan masih sempat menyambut dan merasai nikmat Ramadhan tahun ni.

Aminn. =)

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to 15 hari lagi

  1. conteng jalanan yang beri impak baru. ieba pun tertny gak berapa ramai ek mampu buat mcm tu (tmasuk tny dr sdri)...

    ReplyDelete
  2. kan? sangatlah kagum dengan orang yang mampu backpacking + masjid hopping bulan2 puasa gitu.

    tapi sebenarnya kan, kalau betul nak memang kita boleh buat + kita akan usahakan juga kan? :)

    ReplyDelete
  3. tulah..sebenarnya perasaan takut n kurang yakin punca kta x dpt buat ...apapun selamat berpuasa kak

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.