Kelebihan bekerja di hari cuti.

Ye, hari ini saya bekerja. Tau, orang kat Rawang tu dah gelak guling-guling sampai Batu Caves dah. Ceh, tu mesti rindu rumah lama tuh. Yelah, orang kata tempat jatuh lagikan dikenang, ini kan pulak tempat tergolek-golek, tak gitu Ama? :P

Ouh, tak payah pelik. Memang ada 3 public holidays yang kami akan bekerja. Hari Wesak ini salah satunya. Nak cuti boleh je, kalau ada keperluan. Tapi daripada melanguk aje duduk rumah baik kerja, ye tak? Haha. Ayat penyedap hati.

Kalau ikutkan sebenarnya kerja di hari cuti ni ada juga kelebihannya. Bukan tak ada langsung. Memanglah bosan nampak orang lain cuti di saat kita sedang bekerja. Tapi, dari sudut positifnya banyak je kelebihan yang kita tak nampak.

Mind you, kelebihan ni hanya terpakai untuk orang yang 'terpaksa' bekerja di hari cuti ye? Bukan untuk yang bekerja sendiri yang memerlukan mereka bekerja setiap hari. Ops! Hehe..

Kalau ikutkan aku lebih suka bekerja di hari cuti ni. Segalanya nampak tenang je. Ada juga beberapa kelebihan yang boleh di 'highlight'kan kat sini;

1. Tak perlu nak menempuh kesesakan jalan raya di pagi hari. Well, as for me, keluar rumah lagi 10 minit nak ke jam 9 pun sempat lagi menyelamatkan punch card daripada bertukar ke warna merah. Yelah, main road sangat lengang. Boleh drift dengan jayanya untuk ke tempat kerja. Haha. Ouh, sila jangan tiru aksi ini tanpa pemantauan profesional ya? :P

2. Nak tapau breakfast dan lunch pun tak perlu berebut. Sebab dah sah-sahla berapa kerat aje yang kerja hari ni kan?

3. Parking space yang lengang. Boleh suka hati nak pilih kotak parking yang dekat dengan pintu masuk. Dan juga tanpa gangguan penguatkuasa MBJB (ni untuk orang yang tak ada kupon parkinglah kan?)

4. Dapat bekerja dalam keadaan bertenang-tenang je sebab tak ada gangguan panggilan telefon tak kiralah daripada bos atau pun client. Memang aman dunia!

Itu jela kot yang aku nampak setakat ni. Lagipun bukan selalu kena kerja waktu public holiday ni. Sesekali aje. Lagipun, cuti-cuti tu semua akan di'compile' untuk dijadikan cuti raya nanti. Jadi, tak payahla nak merungut kalau nak cuti raya lama ye?

Okay, orang kat Rawang tu boleh sambung gelak berguling. Agak-agak boleh sampai Segamat tak kali ni? :P

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

5 Responses to Kelebihan bekerja di hari cuti.

  1. you know what, bila kita semuaaaaa dah kaya esok, kita cuti puas-puas dan jalannnnnn aje. okay?

    *wishful thinking ah*

    ReplyDelete
  2. aku setuju!!mari kita kaya ramai-ramai....

    ReplyDelete
  3. Iza:
    Aminnnnn, mudah-mudahan. bila dah kaya jangan lupa kawan-kawan. :D

    Makmor:
    huh? gaya mention tu macam ajak makan roti kaya beramai-ramai jek. :P

    ReplyDelete
  4. setuju segala yang terkandung haha..sbb sy slh sowang yang keje di waktu cuti xx kira cuti umum @ am huhuu...

    ReplyDelete
  5. ahaha. buat masa ni kita boleh nyanyi sama-sama lagu ni;

    kita serupaaaa..

    hehe.. :P

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.