Baru hari Selasa...

... Dah penat macam ni? Adoih..!

Ada lagi 3 hari untuk dilengkapkan. Hmm..

Hari ni memang sangat tepu. Dan juga penat. Tepu akibat fokus sangat dengan kerja. Tapi seronok juga sebab dapat siapkan satu job hari ni. Alhamdulillah. That's why aku prefer working outstation rather than staying at office. Sebab bila duduk kat office banyak sangat distraction sampai kadang-kadang job yang simple pun boleh drag sampai seminggu. Haih..

Hmm, lama dah tak update sampai dah tak tahu nak bercerita apa hari ni. Nak cerita tentang anak-anak kucing comel yang diselamatkan dari atas ceiling tu pun tak abis-abis taip sampailah kucing tu pun dah hilang. Hahah. Ralat juga sebenarnya. Dah bukan rezeki kami kot nak bela kucing tu.

Nak post gambar makan-makan with family yang dah berminggu tu pun asyik lupa je. *Ketuk kepala sendiri* Hadoih!

Hakikatnya bila kerja banyak, otak pun dah tepu memang satu apa pun malas nak buat. Even Damon Salvatore pun tak berjaya menarik perhatianku sekarang. Eh, tetiba. Hahah.

Jadi, blog ini juga mungkin terabai buat masa ini. Buat peminat setia yang berada di Rawang, harap maaf. Kalau rindukan saya silalah sms. Saya sudah malas update blog walaupun enche' sematfon saya ada di depan mata. Hahah :P

Okay sebelum lebih banyak merapu baik gi tidur. Daaa..!

P/s : Happy birthday! :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.