Archive for April 2011

Teringin lagi. Haish..

Di kala orang tengah sibuk dengan iPad 2, aku tetiba teringin nak beli Samsung galaxy tab ni. Haha. Adoi~!

Nafsu oh nafsu, tolonglah berhenti menghasut. :P

Bukannya tak teringin iPad. Teringin oh. Tapi rasanya iPad tu lebih sesuai untuk tunjuk lagak je kot? :P

Apple products ni pun banyak songeh. Nak transfer file nak kena sync segala. Nak transfer video pun nak kena convert format dulu baru boleh support. Haish. Itulah jawapan kenapa aku tak sempat nak hadap Enche' Damon tu walaupun season 2 ni dah nak tamat.

Jadinya alternatif terbaik buat masa ini adalah enche' galaxy tab ni. Tapi satu yang aku menyampah Samsung ini adalah susah nak cari outlet. Ke aku yang tak reti cari eh? :P

Oh, tolonglaaaaaaa jangan pengaruhi saya untuk beli ini pulakkkk..

2 Comments

My weekend

Finally, setelah bertahun-tahun dapat juga pergi book hunting. Alhamdulillah :)

1. Hasil tangkapan setelah berpusing 1 PWTC semata-mata untuk mencari 1 booth. Haha. Tapi puas hati sebab dapat signature + beramah mesra dengan some of the authors. Dah selamat khatamkan 1 buku dalam bas tadi. :)

2. Goodie bag Apo. Yang ni dapat free, tak beli okay? Terima kasih 'Ankel.. :D

3. Buku ini sangat comellll okay? Sesiapa yang dah baca Tentang Dhia dan Untuk Awak Teja Aulia patut baca buku ni. Jenuh nak cover sengihan dalam bas masa baca buku ni tadi. :P

Okay dah, sekarang ni rasa nak tidur sampai pagi esok. Penatttt!

Esok dah nak restart kerja-kerja yang dah ditinggalkan Jumaat lepas. Huks..

Oh, untuk kawan-kawan yang berada di Kuala Lumpur dan kawasan di sekitarnya harap jangan berkecil hati sebab tak sempat jumpa. Kedatangan kali ni memang khusus untuk book hunting. Nak berfoya-foya pun tak sempat hoh..

Last but not least, terima kasih banyak kepada host yang sudi melayan 'orang jauh' yang datang bertandang ni. :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Leave a comment

I wish you well =)

Terkedu tak bila tetiba ada orang bertanya khabar orang yang kita dah tak mau ambil tahu?

Heh, it happened to me just now. Memang tak tahu nak bereaksi macam mana bila one of my client yang ajak bersembang tadi bertanya soalan ini;

Dia: **** takde call?

Me: Huh? **** mana eh? (I am totally forgot that I've already handover that job given by **** to kakak ni.)

Dia: Ala, **** apa ntah namanya yang company XYZ dulu tu.

Me: Oh, okay. Entah kak, dah lama lost contact. (Heh, phone number dia pun dah selamat kena delete.)

Dia: La, ingat ada contact lagi. Tau tak dia dah tukar kerja sekarang? Dia dah jadi *****.

Me: Iya? Dulu kata tak nak kerja tu. Ha, sekarang dah jadi juga. Memang nak kena kutuk ni. (Berlakon sungguh! Haha..)

Hmm, memang ia dah jadi sejarah. Tapi rasa sakit tu tetap ada bila teringat balik.

Well, seperti yang selalu diuar-uarkan, life must go on. Yang pahit, yang perit tu biarlah dok tertinggal di belakang sana. Bila tak ada yang mengingatkan aku pun tak teringin nak ingat. Hidup yang singkat ni tak perlu dibazirkan untuk mengingati hal-hal yang tak sepatutnya diingat. Betul tak?

And to YOU, wherever you are now; I WISH YOU WELL. =)

2 Comments

Baru hari Selasa...

... Dah penat macam ni? Adoih..!

Ada lagi 3 hari untuk dilengkapkan. Hmm..

Hari ni memang sangat tepu. Dan juga penat. Tepu akibat fokus sangat dengan kerja. Tapi seronok juga sebab dapat siapkan satu job hari ni. Alhamdulillah. That's why aku prefer working outstation rather than staying at office. Sebab bila duduk kat office banyak sangat distraction sampai kadang-kadang job yang simple pun boleh drag sampai seminggu. Haih..

Hmm, lama dah tak update sampai dah tak tahu nak bercerita apa hari ni. Nak cerita tentang anak-anak kucing comel yang diselamatkan dari atas ceiling tu pun tak abis-abis taip sampailah kucing tu pun dah hilang. Hahah. Ralat juga sebenarnya. Dah bukan rezeki kami kot nak bela kucing tu.

Nak post gambar makan-makan with family yang dah berminggu tu pun asyik lupa je. *Ketuk kepala sendiri* Hadoih!

Hakikatnya bila kerja banyak, otak pun dah tepu memang satu apa pun malas nak buat. Even Damon Salvatore pun tak berjaya menarik perhatianku sekarang. Eh, tetiba. Hahah.

Jadi, blog ini juga mungkin terabai buat masa ini. Buat peminat setia yang berada di Rawang, harap maaf. Kalau rindukan saya silalah sms. Saya sudah malas update blog walaupun enche' sematfon saya ada di depan mata. Hahah :P

Okay sebelum lebih banyak merapu baik gi tidur. Daaa..!

P/s : Happy birthday! :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Leave a comment

Angin malas

Ouh, nampaknya angin malas sudah sampai.

Deadline, 'death'line and so on are so everywhere. Nak mengarang pun rasa malas. Haih.

Tapi kan kalau nak tau, sepanjang aku buat kerja sekarang ni salah satu attitude client yang aku tak gemar adalah suka expect yang kita boleh buat kerja macam mesin. Hantar document (kadang-kadang tak lengkap pun) hari ni, tiba-tiba esok call mintak draft. What the...

Dan yang paling baru, ada client siap menangis masa call untuk mintak percepatkan proses kerja. Adoi, ingat aku ni robot ke? Terkedu pun ada masa tu. Yes, you got your own deadline to be met and I have my own constraint. Bukannya nak hadap satu-satunya kerja dia je. Job lain pun dah bersusun okay? Boleh tak faham? Hmmph!

Yang nyata kerja memang tak putus dalam tempoh 2-3 bulan ni. Ya, pasrah sahajalah ya? Haha..

Lepas ni memang ada harapan untuk bershopping tak hengat dunia nih. :P

Buat sementara, mari kita mencuci mata! ^_~

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

*Wink*


Hahah, finally esok ada episod baru. Yeay!

P/s: Noey, silalah tenung Damon ni lelama. Mana tau kot baby sok keluar sebijik camni, bolehla saya cop buat menantu. :P

Leave a comment

Help me pleaseeeeeeeeeee

Currently searching for this item. Ada tak sesiapa tahu mana nak dapat reusable book covers ni eh?

Macam senang nak angkut buku dalam handbag tanpa merosakkan buku. Huhuh..

Kalau ada yang tau kat mana boleh beli this item please inform me ya? Thanks! XOXO




[Image source : Google]

2 Comments

Say if it's worth saving me..

Dunno why, tapi balik rumah tadi asyik terngiang-ngiang je lagu ni kat telinga. Heh.

Leave a comment

Turn on happy mood ^___^

I'm on happy mood because;

1. Dah berjaya block facebook access at my office setelah sekian lama instruct 'that responsible' person untuk buat kerja dia tu. Ya, happy bukan sebab apa, sebab orang yang diceritakan kat sini tu, tak boleh nak bersuka-suki nak berjimba bila datang office.

But yeah, I still can access my fb thru my phone. :P Memang ada yang kata tak aci. Tapi kena sentiasa ingatkan diri sendiri, takkanla nak berfb sepanjang hari kot? Rugi data BIS woh. :P

2. Hari ni jumpa bos dan dia dah buat something yang sangat sweet. Hahah. Sweet la sangat. Patah balik ke office semata-mata nak pass kerja tu kira sweet ke? Hahah..

3. Dapat berkumpul dengan adik beradik. Walaupun tak semua yang ada, but still it's my family. Hihi.. Seronok jumpa anak-anak buah, makan-makan, lepak layan movie Taken kat Star Movies (tapi tak dapat tengok ending sebab masa tu baru teringat belum solat Asar, haha..), layan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Memang best. Well, walaupun dah ulang tengok Kak Limah tu banyak kali pun and budak-budak tu pun gelak bagai nak runtuh rumah tu, tapi still tak rasa bosan. That's the value of time yang kita spend dengan orang yang kita sayang. Walau macam mana penat pun, boleh lagi tunjuk muka happy. Terima kasih untuk abangku yang sudi jadi host kali ni. ^_^

*Gambar-gambar akan diupload kemudian (malas nak cari cable + transfer dari handphone. :P).

Leave a comment
Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.