Ukur baju di badan mannequin ;p

Haaachom!

Haha, itu penangan dah lama tak update blog.

Kesibukan melanda sampai nak update blog pun takde mood. Ni bila kerja dah mula surut barulah teringat ada blog yang dah lama tak di update. Heh.

Lagi pun takde perkara menarik untuk diceritakanla.. Oh, ada. Tapi sebab semalam terasa emo tahap melampau, maka entry terpaksa post poned untuk cooling down session. Nanti tak pepasal ada pelbagai %$*^!@ dan segala macam harsh words akan keluar. Dahla aku memang dah sedia bengang dengan makhluk yang satu tu. Huh.

Ehem. Ingat tak orang-orang lama selalu berpesan, ukur baju di badan sendiri? Means kalau nak buat apa-apa pun, lihatlah kemampuan diri. Tak bermakna kalau orang lain boleh buat, kita pun boleh buat juga. Yela, cuba bayangkan keadaan ni, masa berjalan-jalan window shopping, kita berkenan pada satu baju dalam salah sebuah kedai yang kita singgah. Memanglah nampak cantik bila mannequin tu pakai, tapi bila kita pakai tak semestinya cantik juga kan? Kalau nak beli juga memanglah boleh. Tapi bukan ke membazir bila kita membeli sesuatu yang kita tak boleh nak pakai? Rasanya banyak lagi pilihan lain yang lebih sesuai untuk kita. Tak payahla nak jadi selfish, beli juga baju yang tak sesuai dengan kita tu. :)

Kadang-kadang aku pun tak faham dengan perangai manusia, khususnya 'orang kita' ni. Tak bolehla tengok orang lain lebih sikit. Nak aje mendengki kan? Walhal orang tu tak usik dia pun.

Orang tukar kereta baru dia pun sibuk juga tergedik-gedik nak tukar kereta. Dia tak tau berapa lama orang tu ambik masa dan berkira-kira untuk membuat keputusan menukar kereta tu. Dan orang itu menukar kereta bukan untuk menunjuk-nunjuk kehebatan pun. Menukar bila rasa ada keperluan untuk menukar. Bukan untuk suka-suka atau tunjuk hebat. Heh.

Pelik. Orang itu rasanya tak pernah merasa susah dari zaman dia kecil, tapi tiba-tiba nak dengki dengan orang yang memperoleh kesenangan setelah bersusah payah dari bawah? Apakah? Hmm, manusia..manusia..

No, bukan aku dengki dengan orang yang dengki macam tu. Dan aku pun tak berharap sifat dengki tu akan singgah dalam hati yang tak berapa bersih ni. Cuma, harap ia jadi peringatan untuk diri sendiri. Rezeki orang, mana sama dengan rezeki kita. Jadi kalau orang lain mampu, tak usahla nak dengki. Itu bahagian dia. Bahagian kita insya Allah, mungkin ada di tempat lain, siapa tahu kan? :)

Mudah-mudahan kita semua terhindar dari segala sifat hasad dengki sebegitu. Aminnn...

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Ukur baju di badan mannequin ;p

  1. sangat setuju. especially part 'dia tak tahu berapa lama kita usaha dan berfikir dan mempertimbangkan dan mengusahakan untuk dapat sesuatu perkara itu'.

    ReplyDelete
  2. tapi berapa ramai pulak yang 'sedar diri' agaknya kan?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.