Seminggu punya cerita

Fuh~

Bagus sangat la update seminggu sekali je. Haha. Minggu ni memang sibuk yang teramat. 3 hari straight kena dok HQ, buat kerja menghadap bos. Err, bukan tenung muka bos dari pagi sampai petang ye? :P Cuma biasala, bila kerja dah nak siap dan memerlukan final touch, bos akan panggil datang HQ untuk buat ammendment and so on.

Ni pun kerja yang tu dah siap bersusun 3 job baru atas meja. Adeh... Ni yang orang sibuk suruh kawen. Diri sendiri tak terurus, cemana nak urus orang lain? Heh.

Oh, sebut-sebut fasal topik sensitif ni aku teringat masa sembang-sembang dengan bos hari tu. Tiba-tiba je keluarkan ayat yang bikin aku cuak. Haha.

Bos: Ha, saya ada benda sebenarnya yang dah lama nak cakap ni. Tapi saya asyik lupa aje nak bagitau you. Ala, lagi pun kita kan jarang jumpa.

Me: (Muka cuak) O-kay, ayat bos ni dah berjaya buat saya cuak.

Bos: Hahaha (Gelak jahat). Takut eh? Takdelah, ni cuma sampaikan hajat orang ni. Yelah, saya kan selalu duduk sembang dengan pakcik-pakcik kat medan selera bawah ni. So ada lah yang berbunyi, bertanya. Nak kenen-kenen buat menantu. Saya dah cakap dah dengan diorang, saya ni mana tau yang you ni ada kawan ke ape ke? Nak bergurau pun tak berani, ini kan pulak nak tanya hal-hal peribadi macam tu?

(Seriously aku dah nak gelak masa ni. Sejak bila entah bos ni jadi match maker?)

Me: Oh, ingatkan apa. Buat orang cuak aje. Siapa la yang malang berkenan kat saya nak buat menantu ni eh? Haha..

Bos: Ala, biasala orang tua. Orang berpengalaman kan? Adalah kot yang diorang nampak tu. Pandangan orang tua ni selalunya lain. Bla..bla..bla..

And the rest was history. Dah tak ingat sangat sebenarnya. Haha..

Tapi sebenarnya cuak juga bila bos dah cakap macam tu. Bukan apa, sebelum ni aku selalu bersarapan pagi kat medan selera tu seorang diri. (Ye, saya memang lone ranger, tak kisah walau terpaksa ke mana-mana bersendirian). Pernah ada sekali tu seorang pakcik meja sebelah ajak berbual. Dok ramah bertanya - kerja mana, office tu buat apa etc..etc..

Ok, memang la previous entry aku ada mention yang aku rimas dengan orang yang suka beramah mesra pepagi ni kan? Tapi bila orang tua ajak berbual, takkan nak ignore je pulak? Tak ke kurang ajar namanya tu? So layan ajela mana yang termampu.

Then nak tau tak apa jadi lepas tu?

That pakcik called my office for some investigation! Luckily aku bukan kat HQ. Haha.. Pakcik tu dapat phone number dari signboard office. Yang bestnya masa tu tak seorang pun tau siapa yang dia maksudkan tu. Haha. Heh. Cemerlang la pakcik!

Lepas daripada kes tu aku dah kurang nak bersarapan kat medan selera tu. Even sekarang ni pun aku lebih selesa bersarapan di rumah sambil bermalas-malasan membaca e-novel thru iPod. Tak maulah orang kata macam sengaja nak menjaja muka pepagi, bila dah ada kes macam tu. Yelah mulut orang, bukan kita boleh control kan?

Jadi sebelum jadi buah mulut orang, baik kita ambil langkah berjaga-jaga, ye tak?

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.